Tuesday, 22 December 2015

Mari nyahkan angin cepat marah dalam diri

Sabar, maafkan kesalahan cara terbaik elak permusuhan

Sesiapa saja yang mengalami gangguan emosi akan mudah menjadi marah walaupun kepada perkara remah. Gurauan dan usikan pun boleh mengundang padah jika tidak kena pada masanya, apatah lagi jika ada yang mencurah minyak ke atas bara masih menyala, tentulah apinya menjulang lagi tinggi.

Perasaan marah bukan perkara luar biasa kepada manusia. Dalam dunia penuh cabaran seperti hari ini, setiap insan mendepani pelbagai ujian hidup yang kadangkala perit untuk ditanggung. Pancaroba datang dalam pelbagai bentuk.

 "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" Riwayat Abu Daud

Jika kita tidak menyedari setiap ujian yang datang itu adalah untuk menguji keimanan seseorang hamba, sudah tentulah kita tidak reda dan pasrah dengan kesulitan yang dialami. Itulah akhirnya yang menyebabkan rasa marah menguasai diri mengatasi yang lainnya. 

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”


Fitrah manusia

Kita perlu akur bahawa sifat marah memang wujud dalam diri setiap manusia, tetapi ia disediakan sebegitu rupa untuk dimanfaatkan pada masa yang sepatutnya, dengan penuh hikmah dan bijaksana, bukannya penuh nafsu atau membabi buta. 

Kepada orang yang beriman, rasa marah boleh dileraikan dengan kesabaran dan itulah yang menjadi perisai dalam menghadapi dugaan, bahkan itulah yang menjadikannya reda terhadap takdir Ilahi. Setiap yang terjadi adalah mengikut perancangan Allah SWT dengan usaha makhluk-Nya.

Orang yang beriman juga tahu marah adalah sifat yang amat dibenci oleh Allah SWT sehinggakan Rasulullah SAW pun berkali-kali menyatakannya.

Sabda Baginda SAW: “Dari Abu Hurairah bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku. Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta Rasulullah SAW memberinya pesanan, tetapi Baginda masih tetap bersabda: Jangan marah.” (Riwayat al-Bukhari) 

Punca permusuhan

Menurut Imam Al-Ghazali, Punca-Punca menyebabkan sifat marah,
  •  Rasa bangga diri (sombong).
  • Takjub kepada peribadi sendiri.
  • Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas.
  • Suka bercakap perkara sia-sia.
  • Suka membuat fitnah.
  • Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara.
  • Khianat.
  • Tamak kepada harta dan pangkat.
  • Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi

Walaupun sifat marah memang ada dalam diri setiap makhluk, tetapi sebaik-baiknya ia dielakkan kerana marah boleh menimbulkan permusuhan dan kemudaratan, bukan saja kepada orang lain tetapi diri sendiri. 

Lebih buruk lagi jika sifat marah menyebabkan kesusahan kepada masyarakat seluruhnya dan membiakkan dendam yang tidak berkesudahan. Ajaran agama supaya sesiapa yang merasa marah mengambil wuduk untuk menenangkan diri perlulah diamalkan setiap masa.

Malah itulah yang memudahkan huluran maaf, yang akhirnya menyambungkan kembali silaturahim sesama insan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada ‘Atiah ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Riwayat Abu Daud) 

Atasi kemarahan

Sememangnya perbuatan zalim seperti pembunuhan, rompakan, sumbang mahram dan sebagainya yang dilakukan kepada seseorang boleh menyebabkan kemarahan bukan saja orang yang menjadi mangsa tetapi juga orang di sekeliling yang melihat kejahatan itu dilakukan. 

Bukan saja yang boleh dilihat dengan mata kasar, ada kalanya kezaliman berbentuk fitnah yang memecahbelahkan umat Islam, serta boleh menghancurkan kesucian agama. Sudah tentulah keadaan ini menyebabkan rasa marah. 

Tetapi seperti yang dirakamkan dalam al-Quran, yang lebih baik adalah memaafkan perbuatan itu kerana itulah yang kekal dalam pertimbangan Allah SWT terhadap orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji. 

Jangan pula kejahatan dibalas dengan kezaliman dan fitnah dibalas tohmahan. Dalam syariat juga kemaafan ada meritnya dalam melonggarkan hukuman jika ia diberikan kepada pesalah, seperti Qasas. 

Allah SWT berfirman: “Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya.” (Surah Asy-Syura, ayat 37)

Orang yang terdidik untuk mengawal sifat marah boleh menjauhi dengki dan dendam, buruk sangka, berperasaan buruk terhadap orang lain, bertindak mengikut nafsu dan sabar dengan ujian-Nya. 

Sifat sopan, lemah lembut, berkasih sayang, mesra dan pemaaf seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW perlu dijadikan panduan serta ikutan umat Islam kerana selain menjauhi sifat marah ia juga adalah jalan ke syurga. 

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Abi Ad-Darda, ia berkata, wahai Rasulullah SAW, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga.” (Riwayat At-Tabarani) 


Cara menghilang rasa marah,
Ubah Posisi Kedudukan Anda
  • Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

Berwuduk
  • Rasulullah SAW bersabda; "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)
Meminum air
  • Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
 Berdiam diri
  • Bak kata orang, diam itu lebih baik. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
Menyampaikan kemarahan secara positif
  • Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam
  • Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.
Keluar dari rumah
  • Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah itu dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.

Rasulullah S.A.W hanya...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)Memaafkan orang lain

Ingatan supaya meminimumkan rasa marah, mudah memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain perlu dihayati setiap masa serta ketika, bukan sewaktu kita sedar yang kita tidak mampu melawan takdir saja. 

Jika rasa marah yang mengatasi kesabaran, kita jadikan janji Allah SWT dan nasihat Rasulullah SAW sebagai pengubat hati. 

Islam menggariskan cara hidup yang harmoni, aman damai, bersatu padu serta berkasih sayang sepanjang masa, termasuklah kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Demi memelihara maruah dan prinsip agama, perlu sentiasa beringat, jika marah menyebabkan perpecahan, permusuhan dan menghancurkan silaturahim umat Islam maka buanglah rasa marah itu jauh-jauh walaupun sukar supaya kita menjadi umat yang lebih baik.

KORANG JANGAN LENGAHKAN SOLAT !!

Jangan Melengahkan Solat!!!


Solat adalah ibadah yang difardukan Allah SWT kepada setiap Muslim dalam waktu tertentu. Ini bermaksud solat tidak sah dan tidak diterima jika dilakukan di luar waktunya. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ 103:

“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang wajib atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya”.

Jelas daripada ayat di atas kewajipan solat adalah dalam waktu tertentu. Jika diteliti lebih dalam lagi semua solat sama ada solat fardu atau solat sunat mempunyai waktu tertentu. Tidak ada persoalan solat pada awal waktu dan memang digalakkan untuk solat pada awal waktu tetapi persoalannya bagaimana solat pada akhir waktu. Apakah diterima dan diberi pahala?

Setiap waktu solat mempunyai waktu mula dan waktu tamat. Telah sabit kenyataan dalam beberapa hadis yang sahih bahawa Jibril telah datang bertemu Nabi s.a.w selepas solat lima waktu difardukan untuk memberitahu waktu-waktunya serta menetapkan waktu bermula dan waktu akhir setiap solat. Waktu solat itu telah diterangkan oleh Nabi s.a.w kepada umat Islam melalui perkataan dan perbuatan Nabi s.a.w.

Sabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud, daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA, daripada Nabi s.a.w, Baginda telah ditemui oleh seorang yang bertanya tentang waktu-waktu solat. Tetapi Baginda tidak menjawabnya. Manakala dalam riwayat yang lain pula Baginda bersabda, “Bersolatlah bersama-sama kami”.

Lalu baginda menunaikan solat Subuh ketika fajar terbit sedangkan penglihatan orang ramai masih belum dapat mengenali antara satu sama lain. Kemudian Baginda menyuruhnya lagi bersolat Zuhur ketika matahari gelincir. Ada yang berkata, ketika itu waktu tengah hari sedangkan Baginda lebih mengetahuinya daripada mereka.

Seterusnya Baginda menyuruh mereka bersama-sama Baginda menunaikan solat Asar ketika matahari masih tinggi. Kemudian disuruhnya lagi, lalu Baginda menunaikan solat Maghrib yang pada ketika itu matahari telah terbenam. Kemudian Baginda menyuruhnya lagi, maka ditunaikan pula solat Isyak ketika syafak hilang daripada penglihatan.

Pada keesokan harinya, Baginda telah melewatkan solat Subuh sehingga ada yang mengatakan selepas solat tersebut, matahari telah terbit atau hampir terbit. Kemudian Baginda melewatkan solat Zuhur hingga hampir ke waktu Asar sebagaimana semalam. Kemudian Baginda melewatkan solat Asar sehingga ada yang mengatakan selepas solat tersebut, warna matahari kemerah-merahan.

Seterusnya Baginda melewatkan pula solat Maghrib, hingga syafak hampir tidak kelihatan lagi. Kemudian Baginda melewatkan solat Isyak sehingga lewat tengah malam. Apabila menjelang pagi, Baginda memanggil orang tersebut lalu bersabda, “Waktu solat ialah di antara dua masa ini”.

Terdapat juga beberapa hadis yang menerangkan sebahagian perkara yang umum atau yang menambah penerangannya sebagaimana yang dapat dilihat dalam perincian waktu-waktu setiap solat seperti yang berikut:

Apabila Nabi s.a.w berkata “Waktu solat ialah di antara dua masa ini” ia menunjukkan bahawa solat di antara dua waktu itu diterima oleh Allah SWT dan diberikan pahala. Cuma solat pada awal waktu amat digalakkan daripada solat pada akhir waktu.

Jangan sengaja lengahkan solat

Tidak patut seseorang Muslim sengaja melengah-lengahkannya hingga ke akhir waktu dengan alasan tempohnya panjang. Ini kerana perbuatan tersebut mungkin menyebabkan waktunya terluput malah sikap cuai ini mungkin menyebabkan solat terus tertinggal. Sebenarnya semua solat, sunat disegerakan pada awal waktunya. Ketika ditanya tentang amalan yang afdal Nabi s.a.w bersabda:

Yang bermaksud : “Menunaikan solat pada awal waktunya.”

Seseorang yang melakukan sebahagian solatnya dalam waktu dan sebahagian yang lainnya di luar waktu jika dapat menyempurnakan satu rakaat dalam waktunya maka keseluruhan solat tersebut dikira qada’.

 Hal ini berdasarkan hadis : Yang bermaksud : “daripada Abu Hurairah r.a  Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang dapat melakukan satu rakaat solat Subuh sebelum matahari terbit maka dia telah dapat menunaikan solat Subuh itu dan sesiapa yang dapat melakukan satu rakaat solat Asar sebelum matahari terbenam maka dia telah dapat menunaikan solat Asar itu. Dan sabdanya lagi, sesiapa yang dapat melakukan satu rakaat solat dalam waktunya maka dia telah dapat menunaikan solat itu.”

Ancaman Orang Yang Melengahkan Solat

Allah SWT berfirman dalam Surah Maryam Ayat 59, yang bermaksud :

"Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka."

(Surah Maryam : Ayat 59)

Abdullah bin Abbas R.A berkata, maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkan dari waktunya. Umpamanya mereka melaksanakan Solat Zuhur dalam waktu Asar, Solat Asar di dalam waktu Maghrib, Solat Isyak ditanguhkan sehingga masuk waktu Subuh serta Solat Subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama ‘Al-Ghai’a di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan (Uzur Menurut Syarak), maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".

(Riwayat Al-Hakim)

Nah, lihatlah ancaman-ancaman yang telah diberi oleh Allah SWT dan RasulNYA SAW tentang azab dan siksaan yang menanti mereka yang suka melengah-lengahkan dan melewat-lewatkan solat dengan sengaja.

Ingin ditegaskan di sini bahawa, jika sudah masuk waktu solat, dan kita masih lagi tidak menunaikan solat dan melengah-lengahkannya walaupun sekejap tanpa ada sebab yang dibenarkan, ianya juga dikira termasuk di dalam golongan mereka yang melewat-lewatkan solat.

Oleh itu, sedarlah wahai saudara-saudaraku sekalian. Terutamanya pada mereka-mereka yang mengaku dirinya sebagai pejuang-pejuang dan pembela-pembela Islam, hendaklah kita menjaga solat kita dengan sebaik-baiknya. Hendaklah solat di awal waktu dan janganlah melengah-lengahkannya dengan sengaja kerana solat di awal waktu itu lebih afdal dan sangat-sangat dituntut dan mendapat keredhaan daripa Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mukminun yang bermaksud :

“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang yang berhak mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.”

(Surah al-Mukminun, ayat 8-11)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Pada suatu hari Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang lebih utama? Baginda SAW menjawab: Solat tepat pada waktunya.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:

“Barang siapa bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuknya, sujudnya dan khusyuk, maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah SWT menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang bersolat tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujudnya dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah SWT mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah SWT, iapun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.”

(Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi)

Lihatlah antara kelebihan-kelebihan dan ganjaran-ganjaran yang menanti mereka yang menjaga dan memelihara solatnya di awal waktu. Maka, terpulanglah pada diri kita sendiri. Jika kebahagiaan dan keredhaan Allah yang kita cari, maka jagalah solat kita sebaik-baiknya dengan bersolat di awal waktu. Jika tidak, bersiap sedialah untuk menghadapi pembalasan azab dan siksaan daripada Allah SWT di akhirat nanti.

Thursday, 17 December 2015

Nota Cinta

Assalamualaikum wbt , nota kawan sy yg share di ws.. In shaa Allah sy rasa nota ni bermanfaat.. Bende baik elok dishare ye dok ? Hahah in shaa Allah harap dapat jadikan sebagai nota kepada diri dan semua..

Bismillahirrahmannirrahim..

Wake up. ⏰
Nota Cinta untuk Sis.

Couple. 👫

Yes. Memang rsa bahagia. Setiap kata ibarat gula. Setiap fe'el indah belaka. Semua yang dipamerkan lakonan semata.

Si dia akan mencari kesempurnaan dlm diri kamu,Sis. Sungguh aku cakap. Bila kamu nikah nanti,mungkin kamu tak sempurna. Tetapi pasangan kamu akan mengatasi ketidaksempurnaan itu. Tu yang best bercinta lepas nikah. Pehhhh. Daebak. 👍

Aku pernah teringin nak bercinta. Ingin dicintai. Walaupun, aku ni agak "gangster". 👊Tapi biarlah. Biar hati ini mahal. Tak mudah memberi. 🙅

Sis. Kamu couple dengan Si dia. Kamu beri segalanya. Cinta, masa,hati. Kamu layan dia persis kamu melayan suami kamu. Untuk apa Sis? Dia bukan milik kamu.

Kamu berinya Cinta. Asyik dengan dunia fantasi Cinta kalian. Sis,walau 100 tahun Sis couple dengan dia. Jika Allah tak redha,dia takkan jadi zauj kamu. Bayangkan banyak benda yang kamu sia-sia!

Sis jaga hubungan Sis dengan dia. Rela setia,katanya setia hingga hujung nyawa. Macam mana dengan hubungan Sis dengan Tuhan yang selama ini terbiar? "Call" dari Si dia Sis boleh jawab dengan rela. "Call" dari Tuhan,Sis? Sis jawab dengan terpaksa. Mesej dari si dia Sis mampu "scroll" berjam-jam lamanya. Mesej dari Tuhan iaitu al-Quran?? Mungkin berhabuk lamanya.

Sis jaga hati Si dia. Nampak Sis begitu penyayang. Mak ayah Sis macam mana? Adakah sama sepertimana Sis layan si dia?😔

Wake up Sis. 😊

Sampai bila Sis?

"Kami couple Islamik".
"Kami akan disatukan nanti."
"Kami tak berzina."

Couple itu jalan zina. Zina apa? Zina hati. Sis,jangan khuatir masih ramai yang tak couple,bahagia je.  Bahagia dengan sahabat, keluarga tercinta. Boleh je hidup.

Bukan maksud aku,kita harus benci lelaki. Tak. Kerana fitrah perempuan sukakan lelaki. Kita dan lelaki ibarat magnet. Mungkin kita " North Pole". Mereka sudah tentu "South Pole". Saling tertarik bila didekatkan. Itu fitrah Sis.

Jadi mahal Sis. Mahal dalam memberi hati. Mahal harga diri.

Sis ada Tuhan yang Maha Melindungi. Jika Sis " clash" dengan Si dia mungkin tu " signal" dari Allah. Bahawa Allah lebih mampu jaga Sis.

Sampai bila Sis nak teruskan hubungan yang Tuhan tak redha? Move on Sis. Sis pasti akan dapat jodoh yang lebih baik. Ini janji Allah, Sis. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Janji Tuhan takkan mungkiri.

Sis akan rasa bahagia. Dikelilingi sahabat yang setia. Yang gila-gila. Dan yang penting,yang akan memimpin tangan kita ke Syurga. Bersama mengejar CintaNya. Nahh,,ni baru gula. Besar punya gula. Haha.

Sis, aku juga perempuan. Aku faham. Biar kita jadi awan biru yang tinggi. Sukar digapai oleh tangan. Jangan kita ini menjadi daun pada musim luruh. Kering dan akhirnya jatuh ke tanah.

Dongibap Sis. Tuhan tak pernah "offline". Kita ni saja yang selalu "last seen".

-Ukhti Hensem-
#justsharingnooffense
#sbbsayangkansahabat

Monday, 14 December 2015

Study tips (II)

9) check out the glossary or list of the terms

Make sure that you understand these completely. You don't have to memorize them, but whenever there is an important concept in a particular field, there is usually a special term to refer to it. Learn these terms, and be able to use them easily, and you will have gone a long way towards mastering the subject itself. (Besides, teachers frequently draw from these lists as a quick and easy way to make up test questions!)

10) make flash cards

Traditionally, this is done with index cards, but you can also download computer programs that cut down on space and the cost of index cards. You can also just use a regular piece of paper folded (vertically) in half. Put the questions on the side you can see when the paper is folded; unfold it to see the answers inside. Keep quizzing yourself until you get all the answers right reliably. Remember: "Repetition is the mother of skill."

You can also turn your notes into flash cards using the Cornell note-taking system, which involves grouping your notes around keywords that you can quiz yourself on later by covering the notes and trying to remember what you wrote based on seeing only the keyword.

11) make associations

The most effective way to retain information is to "tie" it to existing information that's already lodged in your mind.

Take advantage of your learning style. Think about what you already learn and remember easily--song lyrics? choreography? pictures? Work that into your study habits. 

12)  use mnemonics ( memory maid )

Rearrange the information is a sequence that's meaningful to you. For example, if one wants to remember the notes of the treble clef lines in music, remember the mnemonic Every Good Boy Deserves Fudge = E, G, B, D, F. It's much easier to remember a sentence than a series of random letters. You can also build a memory palace or Roman room to memorize lists. If the list is short, link the items together using an image in your mind.

13) use visualization skills

Construct a movie in your mind that illustrates the concept you're trying to remember, and play it several times over. Imagine every little detail. Use your senses--how does it smell? look? feel? sound? taste

14)  make  a study sheet

Try and condense the information you will need into one sheet, or two if absolutely necessary. Bring it around with you and look at it whenever you have downtime during the days leading up to the test. If you type it up onto the computer, you can get a lot more control over your layout by changing font sizes, margin spaces, etc.

15) make it a group effort

Get some friends together--friends who are actually interested in studying, that is--and have everyone bring over their flash cards. Pass them around and quiz each other. If anyone is unclear on a concept, take turns explaining them to each other. Better yet, turn your study session into a game like Trivial Pursuit.

16) block distracting sites

Download the one of the available applications to instantly block some of the distracting sites on your computer. When you are done with your work, you can unblock access to all the sites as before.

17) test yourself

Test yourself or have someone test you on the material to find out what your weak and strong areas are. You can use the review questions at the end of each chapter, practice tests that the teacher may give out or other pertinent materials.

18)  ask for help

If you need help, ask someone who is good at these subjects. Friends, family, teachers are all good options. If you don't understand what the person helping you is communicating, don't be afraid to ask them to elaborate.

19) get creative with online study tolls

Don’t feel obliged to just sit in front of a book with a highlighter; there are many different ways to study. You should pick whatever works for you. Try using as many study tools and techniques as possible to help you study better and find what works best for you. Perfect examples of such study tools would be online flashcards, mind maps, mnemonics, online study planners, video and audio resources.

20) teach it

Find someone and explain it to them. Nothing forces you to learn better than teaching.

21) song or story

This memorizing technique links information together by placing it in a sequence of a song or a story. You could list all the bones in your hand by creating a story in which you meet each of them in sequence.

22) burn of stress

Party, mediate, socialize, whatever you need to do to relax. Being in a depressed state won’t help your studies, so have fun and find a balance. Then again, hangovers aren’t the best way to write an exam so know where to draw the line.

23) study every day

If you study a little bit every day you'll be continually reviewing things in your mind. This helps you understand things. It also helps you avoid the stress of last-minute cramming.

Early in the year an hour or two a night might be enough to stay on top of things. Later in the year you might need to study more each day.

If you're finding it hard to find time to study, cut back on some (but not all!) of your other activities. Prioritising study might mean spending less time online, or it might mean cutting back on shifts at work, or giving weekend sport a miss for a while.

24) discover your learning style

Most of us have a preferred way of learning. Get to know your learning style and study in the ways you learn best.

Auditory learners learn by listening.

If you're an auditory learner you could try reading your notes aloud and discussing them with other people. You might like to record key points and play them back. 

Visual learners learn by seeing.

If you're a visual learner you could use colours in your notes and draw diagrams to help represent key points. You could try to remember some ideas as images. 

Tactile/kinesthetic learners learn by doing.

If you're a tactile/kinesthetic learner you could use methods like role-playing or building models to revise key points.

25) review and revise

At least once a week you should go back over the things you've studied in class. Thinking things over can help you to understand the concepts and help you remember when you need them the most.

26) grade are just letter

My final suggestion is to stop thinking about classes in terms of grades and degrees. Think of school as just one facet of the larger self-education in your life. Find reasons to learn information for its own sake, instead of just to pass the class. While this may sound obvious, I believe it is the most important tip on this list and the one few people actually use. Study to learn, not just to pass.

STUDY TIPS (I)

1) make thing interesting

Logical arguments will not give you motivation to study. Thinking that if I study hard and get into a good university and get a good job, etc., will not interest you. Love what you do. Try to find the beauty of every subject, and most importantly try to link it with the events of your life and things that interest you

2) manage your time

Make a weekly schedule and devote a certain amount of time per day to studying. This will also improve your grades. That amount will vary depending on whether you're in high school or college, and also varies by field of study

3) Study in 20-50 Minutes Chunks

It takes time for your brain to form new long-term memories, and you can't just keep studying flat out. Take 5-10 minute breaks minimum and do something physically active to get your blood flowing and make you more alert. Do a few jumping jacks, run around your house, play with the dog, whatever it takes. Do just enough to get yourself pumped, but not worn out.

4) Find Out A Study Spot

You should feel comfortable, but not so comfortable that you risk falling asleep--a bed isn't a very good study spot when you're tired! The place where you study should be relatively quiet (traffic outside your window and quiet library conversations are fine, but interrupting siblings and music blasting in the next room are not).

As far as music is concerned, that's up to you. Some people prefer silence, others prefer music in the background. If you belong to the latter group, stick to instrumental music (music that has no words like classical, soundtrack, trance, baroque ) and that you're already familiar with (not something that's bound to distract you)--otherwise, your brain will "multi-task" and not be able to retain information as well.

Having the television on while you study is generally a bad idea. It can distract you a lot and suck all of the things you've studied out by making you focused on the show that is on.

5) Clear Your Mind

If you’ve got a lot on your mind take a moment to write yourself some notes about what you're thinking about before you start studying. This will help to clear your mind and focus all your thoughts on your work.

Try the Keywords Technique. In this simple technique, the only thing you have to do is to find the right keyword on what you are studying or doing and whenever you lose concentration or feel distracted or your mind wanders to something else, start saying that keyword repeatedly in your mind until you come back to the topic at hand. The keyword in this technique is not a single, fixed word but keeps changing according to your study or work. There are no rules to select the keyword and whichever word the person feels that it will bring back his concentration can be used as a keyword. Example: When you are reading an article about the guitar. Here the keyword guitar can be used. Start reading each sentence slowly and while reading, whenever you feel distracted or not able to understand or concentrate, start saying the keyword guitar, guitar, guitar, guitar, guitar until your mind comes back to the article and then you can continue your reading.

6) snack smart while you study

Have your snacks prepared when you begin a study session--don't wait till you get hungry and go rummaging for food. Avoid any snacks or drinks that will give you a rush of energy, because with every rush comes a crash in which all the information you studied is lost to an intense desire to sleep. Focus on "slow release" carbohydrates, which not only give you a steady stream of energy, but they also boost serotonin, a brain chemical that makes you feel good.

7) rewrite your notes at home

When you're in class, emphasize recording over understanding or neatness when you take notes. That doesn't mean you shouldn't try to understand or organize your notes at all; just don't waste time doing something in class that you can figure out or neaten up at home. Consider your in-class notes a "rough draft" of sorts. Rewrite your notes as soon after the class as possible, while the material is fresh in your mind so that you can fill in any gaps completely from memory. The process of rewriting your notes is a more active approach to studying--it engages your mind in a way that just reading the notes doesn't.

8) learn the most important facts first

Don't just read the material from beginning to end, stopping to memorize each new fact as you come to it. New information is acquired much more easily when you can relate it to material that you already know.

When you are beginning to study a new chapter, it will make the information it contains much more meaningful and easier to learn if you first take a few minutes to read the introduction, the headings, the first sentence of every paragraph, and the chapter summary to get a good idea of what the chapter is about before going on to read the chapter as a whole. (Word for word, these portions also contain more information that is likely to be asked about on a test!)

If you can, use a highlighter, or underline the most important points in the body of the text, so that you can spot them more easily when you review the material. It also helps to make notes in pencil in the margin in your own words to summarize or comment on important points. If the text book belongs to the school, than you can use those highlighted sticky notes, or a regular sticky note beside the sentence or paragraph.

You can also read just these portions in order to quickly review the material you have learned while it is still fresh in your memory, and help the main points to sink in.

Sunday, 13 December 2015

Kawan baik vs kawan tk baik

Tajuk kita " kawan baik vs kawan x baik ..

Hari ni, ramai yang ada BFF masing-masing. Bestfrind forever. Tapi, masalahnya ialah, ramai yang SALAH MEMILIH kawan baik. Ramai orang menjadikan kawan yang jahat sebagai kawan baik dia, dan kawan yang baik di jauhi.

Dalam bab memilih kawan ni, islam amat tekankan. Hatta ada banyak hadis yang menekankan isu pemilihan kawan. Salah pilih kawan, habis hancur diri kita.

"Kawan yang baik ialah kawan yang bila kita buat baik, dia support. Bila kita buat jahat, dia tegur.."

Masalahnya hari ni, bila ada orang tegur kita bila kita buat salah, kita benci dia, kita jauhi dia, kita kata dia bajet alim, kita kata dia kacau tepi kain kita, kita kata dia poyo, pastu kita salahkan dia dengan kata kat dia:

"Kalau kalau nak tegur aku, tengok diri kau dulu. Kau tak amal, tak payah bajet nak tegur aku..."

"Kau tegur hikmah la sikit!!"

"Kau tak payah nak gelabah sangatla. Syadid la kau ni. Semua benda salah, semua benda tak boleh, semua benda haram. Kau je la yang betul. Islam tu mudah!!"

Apala masalah kita ni sebenarnya?! Tak boleh terima teguran, lepas tu salahkan orang yang tegur kita.

Dan, kita lebih suka berkawan dengan kawan yang tak tegur kita, bahkan se"geng" dengan kita.

Kalau kita kaki drama korea jepun kpop bagai, kita suka berkawan dengan kaki korea jepun kpop jugak. Pastu layan sama-sama kata bilik, nangis sama-sama.

Kalau kita kaki couple, ikhtilat bagai, kita akan kawan dengan kawan-kawan yang suka sembang pasal crush, sembang pasal cinta, awek, pakwe bagai.

Kalau kita kaki porno, kita suka lepak dengan kaki porno jugak. Pastu sembang benda-benda lucah.

Kalau kita kaki game, kita suka lepak dengan kaki game, main dota sampai dua tiga pagi, pastu tak tahajud, subuh gajah.

Ingat kata-kata saya:

"Kita akan suka duduk dengan orang yang sama jenis dengan kita..."

Orang jahat akan suka duduk dengan orang jahat.
Orang baik akan suka duduk dengan orang baik. 

Kalau kita suka baca quran, minat agama, kita akan suka duduk dengan orang-orang yang suka quran dan sembang tentang agama.

Kalau kita suka buat dakwah, kita akan duduk dengan orang yang minat dakwah, sembang pasal dakwah, nangis pasal dakwah.

Kalau kita suka ikut tarbiah, usrah semua, kita akan duduk dengan kawan seusrah, berukhwah, tidur bersama, musafir bersama dan sebagainya.

Kalau kita minat nasyid, kita akan duduk dengan orang-orang yang minat nasyid, hafal banyak nasyid, buat show sama-sama, jamming sama-sama.

Sebab tu, kalau nak tahu diri kita baik ke jahat, lihatlah dengan siapa kita berkawan. Kalau kita suka berkawan dan bersahabat dengan kaki maksiat, bermakna kita pun suka bermaksiat. Begitulah sebaliknya.

Kerana itu nabi pernah bersabda bahawa "kawan ada cermin bagi diri kita". 

Nabi tak berkawan dengan Abu Jahal, nabi tak berkawan dengan Abu Lahab. Nabi berkawan dengan Abu Bakar, Umar, Uthman Ali.

NAMUN, tak bermakna kita perlu sisihkan orang-orang yang bermasalah. Kita perlu DAKWAH MEREKA.

Ada orang tanya saya:

"Ustaz, macamana nak tegur kawan baik saya? Saya takut bila saya tegur dia, dia terasa..."

Saya jawab:

"Itu bukan kawan baik. Kalau kau kata kau kawan baik dia, kau takkan takut nak tegur dia, sebab kalau betul kawan baik, bila kau tegur, dia akan berlapang dada dengan teguran. Sebab bukti ukhwah ialah saling tegur menegur. Ni, kalau nak tegur pun takut, maknanya ukhwah korang selama ni PALSU..."

Wallahua'lam.

Pilihla kawan yang baik.
Tegurlah kawan korang, supportlah dia ke arah kebaikan.
# kawan baik baldi ku haha
# sahabat dunia akhirat

Tuesday, 8 December 2015

Air Musta'mal

Wanita yg bercouple umpama Air Musta'mal

💧💧💧💧💧💧💧💧💧
Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone.. (couple)💑

Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua..💘

🌿Syeikh:
Kamu suka dia? 💌

🌻Fulan:
Ya syeikh....👉👈

🌿Syeikh:
Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu? ✋

🌻Fulan:
Ya Syeikh... Pada pandangan saya, dia
yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...🌟

🌿Syeikh:
Bila kamu akan menikahinya? 💍✨

🌻Fulan:
Lepas belajar syeikh... dalam 3 tahun lagi... 🙇📚

🌿Syeikh:
Jadi kenapa kamu rosakkan dia?
Kamu bukan nak menikah sekarang?
Kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan
datang?
Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? 😢

Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? 😳

Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?🚶

Bukankah cara itu lebih suci? 💎

Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi ber couple, wanita itu umpama air musta'mal..

Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh
benda yang jijik dan sebagainya...💩

Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?
Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya,

kalau lelaki datang ucapkan kata- kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-Quran...

Sedangkan lelaki memang perangai mereka
hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang
perzinaan..

Itu tandanya akal mereka sangat pendek...

Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga
para wanita bukan perosak mereka....

Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....

berchat itu juga menyebabkan berlakunya zina hati...

Dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km mahupun beribu km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....

Jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...

Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina
tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....

Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau TAK ingin nikahi diganti dengan azab NERAKA yang panasnya 70x  ganda api dunia?

📌Note :

Kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita...
Kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk..

Memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi.

fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan
untuk mengawan...

Wanita yang berPURDAH yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat
wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di FB untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,

mereka tanpa segan silu bergurau senda, dan sebagainya...

Sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..

Jadi siapa yang bertanggungjawab
menjaga maruah para bidadari
Rasulullah kalau bukan LELAKI???

😔😔😔😔😔😔

Lelaki yang bercouple dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..

Tolonglah..
Korang ada akal kuat..
Korang tak bodoh....

Tetapi, korang kena sedar, nanti korang pun
akan ada anak perempuan, suka ke jantan tah mana-mana berhubung, bermanja, bersayang
secara haram dengan anak perempuan korang? kalau korang redha..
Lelaki.
Nampak sangat korang Dayus..
InShaaAllah jangan sampai nafsu mengawal akal biar akal mengawal nafsu

Sama-samalah kita muhasabah diri adakah kita tergolong dalam golongan tersebut

Nauzubillahhi minzalik

Friday, 18 September 2015

Marah jangan kau marah !!

Sabar tu penting. Amanah itu WAJIB dilaksanakan.
Gais, kita sebagai manusia dimuka bumi Allah ni masing2 ada amanah ada tanggungjawab masing2. BERDOSA hukumnya bagi sesiapa yang mengabai atau mengelat dari melakukan amanah dan tangungjawabnya. Esok2 diakhirat kelak akan disoal semua. Allah itu Maha Adil.
Sebagai seorang student kita ada amanah ada tanggungjawab iaitu belajar. Ya belajar jangan tk belajar (mencari ilmulh maksudnya), dan hormat kepada orang tua, ikot semua perintah Allah hindari semua larangannya.  Kita tkde amanah lain, tu je. Kita tk perlu cari duit nk sara keluarga ke apa tpi klau nk cari apa salahnya dapat bonus pahala heheh. Pahala memang tk nmpk tpi percayalah pahala itu macam duit diakhirat nanti. Pastu  gais klau nk kawen ke apa make sure kita dh ready dalam semua aspek jasmani rohani. Penuhkan ilmu didada, bukan hanya ilmu dunia tetapi ilmu akhirat. Pastikan kita thu tanggungjawab yg bakal kita hadapi dialam berumahtangga . kebanyakan orang just thu nk kawen nk seronok tpi mereka lupa tanggungjawab yg bakal mereka pikul. Lagi2 kepada bakal suami. Berat tangungjawab seorang suami, dalam bab memberi nafkah pesemua kepada isteri , ibubapa mertua,ibubapa klau dapat anak pulak bg kt anak. Semua tu kene pikir. Klau korang abaikan ya Allah, berat nk kene jawab diahirat nanti. Janganlah buat keluarga korang susah. Nak jadi Ketua keluarga korang kene amek hati ahli keluarga barulah berkat alam keluarga tu. Janganlah buat mereka takut time kita ada . nauzhubillah...  Klau kita balik rumah asyik nk memarah je pasal bende kecik pon mrah pastu buat acara membesarkan masalah haiya.. No no jangan macamni.. Klau kita asyik marah2 org tua2 selalu cakap nanti malaikat lari cik setan dan family datang dekat.. T_T taknaklah macamtu .. Kita nk keluarga tu aman damai sentosa harmoni segalanyalah.. So hindari sifat marah ye ! Tk elok utk kesihatan.. Pastu org tua2 selalu cakap org selalu marah ni nnt cepat uahaaa nk tua ke ? Tknk en so tanam sifat sabar ye.. Banyak manfaat klau kita bersabar ni in shaa Allah nanti saya akan cuba post kisah tentang para sahabat Nabi SAW in shaa ALLAH agar menjadi pengajaran dan amek nilai murninya ya .

Monday, 15 June 2015

PAKAIAN YANG PALING SESUAI DAN PALING COMEL DAN PALING LAWA BAGI MUSLIMAT

Pagi tadi Ust Firdaus.mengatakan kita mesti berpakaian menutup aurat yg boleh terus dibawa utk solat.  Ini guideline dia

6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG

Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.

SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.

Thursday, 4 June 2015

Memanah Is Sunnah

bismillahirrahmanirrahim.
soalan :
macamana nak bagi kena target?
kalau target dkt tp tetap tak kena? target jauh?
jawapan pemanah sebenar :
memanah lah dgn hati. dan ingatlah,
8-17: Maka (hakikatnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka tetapi Allah jua yang membunuh mereka. Dan bukan kamu (hakikatnya) yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah jua yang melempar.
maka oleh itu, tak usahlah kalian gusar bila tak tepat pada sasaran, perbaikilah dan ambil ibrah dr setiap tarikan anak panah yg dilepaskan. jika tak kena, perbaiki dan berusaha lg dr segi teknik dan rohani antara kita dengan Allah . jika kena pada sasaran, jgnlah kalian riya'  dan bangga, kerana jelaslah "Allah jua yg melempar". sy menyeru diri saya dan sahabat-sahabat untuk sama sama memanah , kerana
antara hiburan yang dibenarkan oleh syara’ ialah bermain memanah.
satu masa Nabi pernah berjalan-jalan jumpa sekumpulan sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, lalu Rasulullah SAW memberi sokongan  dengan sabdanya: “Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu.” (Riwayat Bukhari)

menandakan Nabi suka,nabi buat. Allahuma solli ala Muhammad.
memanah bukan hanya hobi atau sekadar bermain, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firmanNya “Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup.” Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: “Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud ‘kekuatan’ itu ialah memanah (Riwayat Muslim)
Nabi sebut sebanyak 3 kali.

haaa,jgn cakap , "eh mana adanya perang2 dah zaman skrg"
atau "eh memanah ni, nk jd terrorist ke?

sambil senyum kita kongsi hadith Nabi ni,
Barangsiapa mati dan belum berperang dan tidak pernah bercita-cita untuk berperang, maka ia mati dalam salah satu cabang kemunafiqan” (Abu Dawud 2141)

Nauzubillah. maka rumusnya disini, memanah salah satu cara untuk kita mengenang kembali peperangan demi peperangan zaman Nabi untuk menegakkan islam yg ada sehingga hari ini . hayatilah dan rasainya dengan setiap tarikan. betapa hebatnya Nabi dan sahabat memanah ,  melalui sumber dr seorang habib, Nabi memanah dengan jarak 175 m. ya Allah, kita? paling jauh pernah sy hadiri pertandingan ,90m. tu pun hanya seorang yg layak ke peringkat 90m tu. subhanaAllah.
kalau nak cerita bab Nabi dan sahabat memanah, banyak dan buatkan kita sangat kagum.
bukan sikit hadith dan cerita2 Nabi dan sahabat mengenai memanah ni.. sampai saya ada baca Nabi kata, “Tidak ada hiburan kecuali dalam tiga hal; seorang laki-laki yang melatih kudanya, candaan seseorang terhadap isterinya, dan lemparan anak panah. Dan barangsiapa yang tidak memanah setelah ia mengetahui ilmunya karena tidak menyenanginya, maka sesungguhnya hal itu adalah kenikmatan yang ia kufuri.” (NASAI – 3522)

Rasulullah SAW bersabda:”“Sesungguhnya Allah memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikandaripadanya, pemanah (yang melepaskan anak panah) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua kebaikan) ini atau telah mengingkari perintah Pesuruh Allah.”

nak lagi?  kalau nak,tunggu saya buat buku lah 😂 ameen .
ooo satu je lg..bola sepak, bola jaring, boling, , takde  dalam alquran dan hadith. tp....memanah , ada 😄 selamat memanah sahabat-sahabat sekalian. saya doakan pada yg belum pernah memanah, diberi kesempatan memanah, yg telah menjadi pemanah,moga terus istiqomah dalam memanah. ingat cerita sahabat Nabi,
Amir Al Juhani berlatih memanah setiap  hari, pastu ajak  Abdullah bin Zaid .tp  abdullah bosan. uqbah pun cerita dia pernah mendengar Nabi bersabda mengenai memanah. lalu bersemangatlah mereka untuk memanah. mcm tu lah juga kita harapkan diantara kita pemanah. insha Allah.
saya tahu, setiap yg baik itu, ada ujiannya. maka teruslah memanah walau ujian yg bagaimana yg kita tempuh. dan sy dapat rasakan kita smua bersemangat waja masa baca artikel sy ni, sbb sy sendiri tak pernah walau sehari lupa tntg MEMANAH.. 😁 jom shoot ptg ni 😂 akhir kalam,
Dari Nabi SAW katanya:“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!” terima kasih pada yg baca dan selamat berkongsi pada yg lain. 😊 ALLAHUMA  SOLLI ALA MUHAMMAD

OC; @aisyyhumaira

Adab - Adab Menuntu Ilmu

Adab-Adab Menuntut Ilmu Agama-Naqibah Intan

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah, Alhamdulilah hirobbil'alamin ini adalah usrah pertama DaeiAkaunFamilia, tajuk usrah pada hari ini adalah Adab-Adab dalam menuntut Ilmu Agama. In shaa Allah harap semua dapat memberi perhatian dan sedikit sebanyak dapat membantu diri kita dalam mrencari ilmu. In Shaa Allah. Jadi sy terus ke tajuk utama kita iaitu adab-adab dalam menuntut ilmu.

Adab # 1: Ikhlas dalam menuntut ilmu.

Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran:

“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

 

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].

 
Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan:

 

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

 

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].

 
Justeru orang yang ingin memahami agama perlu membetulkan niat dan tujuannya. Hendaklah dia melakukannya kerana:

Ingin memperbaiki diri dalam mentauhidkan Allah sebagai merealisasikan bahagian pertama syahdah: “La ilaha illallah”.

Ingin memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai merealisasikan bahagian kedua syahdah: “Wa anna Muhammad Rasulullah”.

Ingin memperbaiki keadaan umat Islam sebagai merealisasikan tuntutan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang merupakan salah satu tuntutan asas agama.

Ingin membela agama Islam daripada fitnah musuh-musuhnya seperti para orientalis dan para pencipta bid’ah.

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana:

 

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

[Maksud surah Muhammad, ayat 7]

 
Adab # 2: Positif dan Yakin kepada diri sendiri.

Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

 
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut, ayat 69]

 
“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Adab # 3: Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.

Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,

maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

 

[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

 

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.

 

Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.

 

Adab # 4: Tidak mengenal titik noktah.

Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

 
“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah, yang bermaksud:

 

Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

Perkataan “tambahilah” menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batas maksimum, sebaliknya sentiasa dinamik sehingga boleh bertambah dan bertambah.

 

Memiliki manhaj yang dinamik dalam rangka memahami agama setidak-tidaknya memiliki kepentingan dari dua sudut:

 

Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.

 

Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.

 

Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.

Adab # 5: Mengamalkan ilmu.

Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff, ayat 2-3]

Malah ia adalah faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi keras sehingga tidak dapat lagi menerima apa-apa manfaat daripada ilmu. Firman Allah:

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” [Maksud surah al-Hadid, ayat 16]

Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.” [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya. Dengan itu Allah akan menambah hidayah tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.”[Muhammad, ayat 17] “Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk.” [Maryam, ayat 76]
 

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Diamengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Hadid, ayat 28]

 
 
Adab # 6: Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.

Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan

teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].

 
Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.

Adab # 7: Berdoa Kepada Allah.

Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:

 

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” [Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

 

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا.

 
“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

 

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا.

 
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

[al-Kahf, ayat 10]

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ.

 
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”

[Ali Imran, ayat 8]

 

اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ

 
تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنْ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ

 
تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.

“Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”

[Shahih Muslim, hadis no: 77].

 
Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri.

Friday, 29 May 2015

Ingatlah DUNIA hanya sementara..

Jom fikir-fikirkan...
Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......
Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami...

Wednesday, 6 May 2015

Kisah zaman Sultan Murad ke-4 Empayar Abbasiyah Iraq

Kisah utk kita supaya x buruk sangka....terutama utk Zwan..

#Tazkirah Wednesday#

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
صباح الخير
اللهم صل على سيدنا محمد.

*Jangan Buruk Sangka*

Kisah zaman Sultan Murad ke-4 Empayar Abbasiyah Iraq

Sultan Murad terasa pd satu mlm, perasaan tidak senang hati. Maka dia buat keputusan utk keluar dgn kawalan ketua pasukan pengawal round masyarakat bandar Baghdad.

Jadi mereka merayau sembunyi2 mcm org awam & sampai di kwsn tepi hjg kota, mereka terlihat seorg terbaring atas jalan raya.

Mereka pegi dekat & sedari yg org tu dah mati !!! Tetapi org tempatan yg lalu, buat tak peduli pun !!!

Sultan Murad pun berteriak..
"Hey apa nie..? Mengapa kamu semua tak pedulikan si mayat ni..? Mana keluarga atau rumahnya? "

Kemudian ada seorg menjawab. "Si mayat ni org ZiNDIQ (fasiq, jahat), peminum arak & penzina yg pergi kpd pelacur !!"

Tegur Sultan Murad, "Bukan kah dia drpd Ummat Nabi Muhammed SAW? Sila tlg angkat jenazahnya kembali ke rumahnya !"

Bila sampai di rumah nya, isterinya mula menangis & org awam pun tinggalkan si mayat & balik.Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawalnya.

Si isteri semasa menangis, berdoa. "Ya Allah, kasihani lah Wali Allah. Sesungguhnya ana saksi dia drpd kaum SALIHIN"

Sultan Murad pun tegur si isteri. "Macam mana awak blh panggil arwah sebagai Wali, tetapi org ramai kutuknya hingga tak sudi pedulikan mayatnya?"

Jawab si isteri. "Saya sudah sangka akn brlaku begitu. Si suami selalu kaluar waktu mlm pegi ke kedai bar & beli sebyk mungkin arak dan kemudian membawanya balik ke rumah. Kemudian dia menuang ke dlm tandas rumah kami! Dia berdoa. "Aku telah kurangkan bala arak yg ada utk org Islam"

Dan dia pergi kpd wanita pelacur & bayar duit suruh pelacur tutup pintu jgn ambil pelanggan lain mlm ni! Balik ke rmh, dia akan bersyukur, Alhamdulillah kpd Allah yg beri taufiq ringankan dosa si pelacur & pemuda org Islam mlm ni"

Tetapi malangnya, org awam nampak dia beli arak & masuk rumah pelacuran.Jadi mereka sangka dia buat jahat!

Kata isterinya, saya dah kata kpdnya. "Jikalau awak mati, tak akan ada sesiapa yg akan mandikan kamu & solatkan jenazah serta kebumikan kamu!"

Tetapi dia gelak & jawab balik.
"Jangan takut! Jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam ni dgn ulama & wali-wali Allah!"

Maka menangislah Sultan Murad. Beliau berkata,
"Benarlah kata si arwah.
Aku ialah Sultan Murad!
Esok kami akan mandikan arwah & solat jenazah serta kebumikannya"

Jadi pada keesokan harinya, solat jenazah bersamanya si Sultan dgn ulama dan pembesar negara.Ramai org awam dtg dan uruskan pengebumiannya.

Maha Suci ALLAH !!!
Kita hukum org ikut yg kita nampak & dgr saja apa percakapan org lain.Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita..
Nescaya akan brtambah taqwa kpd ALLAH..

Ya Allah! kurniakan kami sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah...
jgn buruk sangka dgn org lain
anggaplah diri kita lagi hina dri org..aminn..

Sunday, 26 April 2015

Bersedekah kepada ahli keluarga mendapat dua fadhilat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Nabi SAW maksudnya: "Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah, manakala sedekah kepada keluarga ada dua fadilat iaitu fadilat sedekah dan fadilat silaturrahim"

(Hadis Riwayat Tirmizi)

 

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bersedekah kepada orang miskin akan mendapat pahala sedekah sedangkan pahala bersedekah kepada keluarga terdapat dua fadilat iaitu fadilat bersedekah dan fadilat silaturahim.

 

Huraiannya :

 

Bersedekah adalah amalan yang mulia disisi Allah SWT kerana banyak hadis Nabi SAW yang menceritakan kebaikan-kebaikan bersedekah.

 

Sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-sadakah : benar. Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan kepada janji Allah SWT., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian. Jelaslah sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah SWT. kurniakan. Malah apabila kita menyebut sedekah ini, hukumnya sunat, berbeza dengan nazar dan zakat.

 

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Orang yang banyak bersedekah akan dapat membersihkan hatinya daripada sifat bakhil dan mementingkan diri sendiri. Bersedekah  dapat meredakan kemurkaan Allah SWT dan menjauhi su'ul khatimah. Bersedekah boleh menjauhkan bala dan musibah dengan izin Allah SWT dan merupakan salah satu cara dapat menghapuskankan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Bersedekah juga sebagai salah satu rawatan dan penyembuhan penyakit yang dihadapi oleh seseorang mukmin.

 

Pertama : Bersedekah kepada orang miskin.

 

Bersedekah kepada orang miskin adalah satu tuntutan agama kerana orang-orang miskin adalah hamba Allah SWT yang diuji dengan kekurangan harta untuk menyara kehidupan mereka.

 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Hadis Riwayat Ahmad).

 

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW juga pernah bersabda, : "Orang yang bekerja keras untuk membantu janda dan orang miskin adalah seperti pejuang di jalan Allah atau seperti orang yang terus menerus solat malam atau terus berpuasa" (Hadis Riwayat Muslim).

 

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Segala sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga adalah mencintai orang-orang miskin" (Hadis Riwayat  Ad Daruqutni dan Ibnu Hiban).

 

Kedua : Sedekah kepada ahli keluarga (isteri dan anak-anak, ibu bapa, adik beradik, bapa dan ibu saudara dan ahli keluarga yang lain).

 

Bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin adalah mendapat dua fadilat iaitu fadilat sedekah dan akan merapakan lagi silaturahim sesama ahli keluarga.

 

Rasulullah SAW  bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah SWT, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah SWT kelegaan kepadanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah SWT. memasukkan ke dalam syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

 

Hadis di atas secara jelas menyatakan betapa tingginya nilai silaturahim. Bahkan Rasulullah SAW  memberi jaminan bagi para pelaksana silaturahim, hanya dengan satu amalan, ini ia memperolehi empat jaminan sekaligus; dicintai keluarga, diluaskan rezeki, dipanjangkan usia dan yang paling penting menjadi penghuni syurga Allah SWT.

 

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita disisi Allah SWT dengan membanyakkan bersedekah . Jika ada ahli keluarga kita yang miskin maka dahulukan ahli keluarga kita sendiri sebelum bersedekah kepada orang lain yang bukan ahli keluarga. Jika tidak ada ahli keluarag kita yang miskin maka keutamaan sedekah kita adalah kepada orang miskin tegar yang terdapat di dalam masyarakat kita.

 

Mengabaikan ahli keluarga sendiri yang miskin dan memerlukan bantuan adalah satu sifat tercela dan  dimurkai oleh Allah SWT.

C/p