bismillahirrahmanirrahim.
soalan :
macamana nak bagi kena target?
kalau target dkt tp tetap tak kena? target jauh?
jawapan pemanah sebenar :
memanah lah dgn hati. dan ingatlah,
8-17: Maka (hakikatnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka tetapi Allah jua yang membunuh mereka. Dan bukan kamu (hakikatnya) yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah jua yang melempar.
maka oleh itu, tak usahlah kalian gusar bila tak tepat pada sasaran, perbaikilah dan ambil ibrah dr setiap tarikan anak panah yg dilepaskan. jika tak kena, perbaiki dan berusaha lg dr segi teknik dan rohani antara kita dengan Allah . jika kena pada sasaran, jgnlah kalian riya' dan bangga, kerana jelaslah "Allah jua yg melempar". sy menyeru diri saya dan sahabat-sahabat untuk sama sama memanah , kerana
antara hiburan yang dibenarkan oleh syara’ ialah bermain memanah.
satu masa Nabi pernah berjalan-jalan jumpa sekumpulan sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, lalu Rasulullah SAW memberi sokongan dengan sabdanya: “Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu.” (Riwayat Bukhari)
menandakan Nabi suka,nabi buat. Allahuma solli ala Muhammad.
memanah bukan hanya hobi atau sekadar bermain, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firmanNya “Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup.” Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: “Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud ‘kekuatan’ itu ialah memanah (Riwayat Muslim)
Nabi sebut sebanyak 3 kali.
haaa,jgn cakap , "eh mana adanya perang2 dah zaman skrg"
atau "eh memanah ni, nk jd terrorist ke?
sambil senyum kita kongsi hadith Nabi ni,
Barangsiapa mati dan belum berperang dan tidak pernah bercita-cita untuk berperang, maka ia mati dalam salah satu cabang kemunafiqan” (Abu Dawud 2141)
Nauzubillah. maka rumusnya disini, memanah salah satu cara untuk kita mengenang kembali peperangan demi peperangan zaman Nabi untuk menegakkan islam yg ada sehingga hari ini . hayatilah dan rasainya dengan setiap tarikan. betapa hebatnya Nabi dan sahabat memanah , melalui sumber dr seorang habib, Nabi memanah dengan jarak 175 m. ya Allah, kita? paling jauh pernah sy hadiri pertandingan ,90m. tu pun hanya seorang yg layak ke peringkat 90m tu. subhanaAllah.
kalau nak cerita bab Nabi dan sahabat memanah, banyak dan buatkan kita sangat kagum.
bukan sikit hadith dan cerita2 Nabi dan sahabat mengenai memanah ni.. sampai saya ada baca Nabi kata, “Tidak ada hiburan kecuali dalam tiga hal; seorang laki-laki yang melatih kudanya, candaan seseorang terhadap isterinya, dan lemparan anak panah. Dan barangsiapa yang tidak memanah setelah ia mengetahui ilmunya karena tidak menyenanginya, maka sesungguhnya hal itu adalah kenikmatan yang ia kufuri.” (NASAI – 3522)
Rasulullah SAW bersabda:”“Sesungguhnya Allah memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikandaripadanya, pemanah (yang melepaskan anak panah) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua kebaikan) ini atau telah mengingkari perintah Pesuruh Allah.”
nak lagi? kalau nak,tunggu saya buat buku lah 😂 ameen .
ooo satu je lg..bola sepak, bola jaring, boling, , takde dalam alquran dan hadith. tp....memanah , ada 😄 selamat memanah sahabat-sahabat sekalian. saya doakan pada yg belum pernah memanah, diberi kesempatan memanah, yg telah menjadi pemanah,moga terus istiqomah dalam memanah. ingat cerita sahabat Nabi,
Amir Al Juhani berlatih memanah setiap hari, pastu ajak Abdullah bin Zaid .tp abdullah bosan. uqbah pun cerita dia pernah mendengar Nabi bersabda mengenai memanah. lalu bersemangatlah mereka untuk memanah. mcm tu lah juga kita harapkan diantara kita pemanah. insha Allah.
saya tahu, setiap yg baik itu, ada ujiannya. maka teruslah memanah walau ujian yg bagaimana yg kita tempuh. dan sy dapat rasakan kita smua bersemangat waja masa baca artikel sy ni, sbb sy sendiri tak pernah walau sehari lupa tntg MEMANAH.. 😁 jom shoot ptg ni 😂 akhir kalam,
Dari Nabi SAW katanya:“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!” terima kasih pada yg baca dan selamat berkongsi pada yg lain. 😊 ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD
OC; @aisyyhumaira
No comments:
Post a Comment