Tuesday, 25 November 2014

TEGURAN

Hanya yang benar-benar bijak & 'tahu agama'  tidak tegur depan-depan tetapi disapa secara peribadi di 'belakang-belakang' dengan penuh hikmah dan kelembutan.
Tak ramai yang mahir dengan seni ini kerana ramai yang mahu tunjuk hebat, lebih tahu, & berilmu bila membuat teguran. Kita lihat je di alam maya, berapa ramai yang 'tergelincir', memberi nasihat-nasihat sinis dan kasar sewenang-wenangnya sehingga mengaibkan orang yang ditegur dan dinasihati. Kita terlalu suka bersangka-sangka walaupun tidak tahu hujung pangkal cerita.
Malah kadangkala yang belajar agama juga tersilap cara, itulah namanya manusia, perlu diingatkan sentiasa kerana kita mudah terbuai dengan pujian dan penghargaan manusia. Mahu dilihat tahu dalam syaitan yang mentertawakan kita kerana kita sudah terjerat di dalam perangkap mereka. Seni ini harus kita pelajari kerana percayalah, jika silap cara, nasihat dan tegiran yang diberi hanyalah seperti mencurah air ke daun keladi. Yang ditegur tidak terkesan untuk membaiki diri, namun nasihat dan teguran yang diberi menjadi provokasi, menghidupkan amarah dan rasa benci. Kita  belajar sama-sama mulai hari ini. Belajar walaupun sehingga ke liang lahad sekalipun..

No comments:

Post a Comment