Dulu masa sy kecik2, sy selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah.
Semua orang puji sy dan ibu sy akan gembira dan peluk cium sy.
Dulu sy dapat 5A UPSR..
Semua orang puji sy dan ibu sy akan gembira dan peluk cium sy..
Dulu sy dapat tawaran masuk MRSM..
Semua org puji sy dan ibu sy akan gembira dan peluk cium sy..
Dulu sy dapat 8A dalam PMR..
Semua orang puji sy dan ibu saya gembira dan peluk cium sy..
Dulu sy dapat tawaran buat kursus medic kat indonesia..
Semua org puji sy dan ibu sy akan gembira dan peluk cium sy..
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebangaan Rasulallah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan2 Sunnah Rasulallah di badan saya.
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya..
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh2 sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pula.."
Kata mereka..
Tapi...
Pada suatu subuh...
Saya ke masjid bersama ibu saya dimana saya merupakan imam di masjid itu..
Saya bacakan surah Abasa..
Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih..
Wa ummihi.. Wa abih….
Selesai solat, semasa perjalanan pulang..
Ibu bertanya, kenapa saya sebak ketika samapai ayat itu?
Saya jelaskan..
Ayat itu menceritakan tentang huru hara masyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya..
Ibunya..
Ayahnya..
Isterinya..
Anak-anaknya..
Saya katakan..
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya..
Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila..
Sedangkan di masyar nanti, semua "kata-kata orang" itu langsung tidak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun.. Kelak di masyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut...
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di masyar kelak..
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya..
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya..
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil berkata..
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangchik.."
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan 'pujian' ibuku..
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu saya juga dipeluk cium ibu dan dipuji..
-artikal yang dipetik dari laman sosial Facebook-
Wahai hamba Allah ..
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebanarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian yang sia-sia manusia..?
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian.?
Wahai saudaraku..
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalin digali?
Apa yang aq dan kalian ada.. Untuk Allah dan Rasul bangga?
MASALAH KITA masih bernyawa ini.. Dah ambik bekal kah belum.. Atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita...
Bak kata kalam saiyidina Ali r.a ... " hidup didunia INi ramai yang terlena, akhirat nanti baru terjaga.. "
Jangan kita masuk golongan yang "ramai" tu.. Sebab ramai kononnya "normallah" di akhir zaman ni..
Masuklah golongan yang sedikit..sebab yang sedikit itu akan masuk syurga...selama-selamanya..
"Pesanan untuk kita .. Saya sekali yang banyak dosa ni"
*sebarkan je seikhlas hatindemi secubit keinsafan diri. Kehidupan dunia hanua sementara. Kehidupan akhirat yang kekal selamanya. Tanya diri dan pilih . mulakan dari sekarang sebelum malaikat maut menjemput..
No comments:
Post a Comment