Tuesday, 25 November 2014

Dunia alam sementara

Dulu masa sy kecik2, sy selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah.
Semua orang puji sy dan ibu sy akan gembira dan peluk cium sy.
Dulu sy dapat 5A UPSR..
Semua orang puji sy dan ibu sy akan gembira dan peluk cium sy..
Dulu sy dapat tawaran masuk MRSM..
Semua org puji sy dan ibu sy akan gembira dan peluk cium sy..
Dulu sy dapat 8A dalam PMR..
Semua orang puji sy dan ibu saya gembira dan peluk cium sy..
Dulu sy dapat tawaran buat kursus medic  kat indonesia..
Semua org puji sy dan ibu sy akan gembira dan  peluk cium sy..
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebangaan Rasulallah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan2 Sunnah Rasulallah di badan saya.

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya..
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh2 sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pula.."

Kata mereka..

Tapi...

Pada suatu subuh...
Saya ke masjid bersama ibu saya dimana saya merupakan imam di masjid itu..
Saya bacakan surah Abasa..
Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih..
Wa ummihi.. Wa abih….

Selesai solat, semasa perjalanan pulang..
Ibu bertanya, kenapa saya sebak ketika samapai ayat itu?
Saya jelaskan..
Ayat itu menceritakan tentang huru hara masyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya..

Ibunya..

Ayahnya..

Isterinya..

Anak-anaknya..

Saya katakan..
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya..
Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila..
Sedangkan di masyar nanti, semua "kata-kata orang" itu langsung tidak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun.. Kelak di masyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut...
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di masyar kelak..
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya..
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya..
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil berkata..
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangchik.."
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan 'pujian' ibuku..
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu saya juga dipeluk cium ibu dan dipuji..

-artikal yang dipetik dari laman sosial Facebook-

Wahai hamba Allah ..
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebanarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian yang sia-sia manusia..?
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian.?

Wahai saudaraku..
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalin digali?
Apa yang aq dan kalian ada.. Untuk Allah dan Rasul bangga?

MASALAH KITA masih bernyawa ini.. Dah ambik bekal kah belum.. Atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita...
Bak kata kalam saiyidina Ali r.a ... " hidup didunia INi ramai yang terlena, akhirat nanti baru terjaga.. "
Jangan kita masuk golongan yang "ramai" tu.. Sebab ramai kononnya "normallah" di akhir zaman ni..

Masuklah golongan yang sedikit..sebab yang sedikit itu akan masuk syurga...selama-selamanya..
"Pesanan untuk kita .. Saya sekali yang banyak dosa ni"

*sebarkan je seikhlas hatindemi secubit keinsafan diri. Kehidupan dunia hanua sementara. Kehidupan akhirat yang kekal selamanya. Tanya diri dan pilih . mulakan dari sekarang sebelum malaikat maut menjemput..

TEGURAN

Hanya yang benar-benar bijak & 'tahu agama'  tidak tegur depan-depan tetapi disapa secara peribadi di 'belakang-belakang' dengan penuh hikmah dan kelembutan.
Tak ramai yang mahir dengan seni ini kerana ramai yang mahu tunjuk hebat, lebih tahu, & berilmu bila membuat teguran. Kita lihat je di alam maya, berapa ramai yang 'tergelincir', memberi nasihat-nasihat sinis dan kasar sewenang-wenangnya sehingga mengaibkan orang yang ditegur dan dinasihati. Kita terlalu suka bersangka-sangka walaupun tidak tahu hujung pangkal cerita.
Malah kadangkala yang belajar agama juga tersilap cara, itulah namanya manusia, perlu diingatkan sentiasa kerana kita mudah terbuai dengan pujian dan penghargaan manusia. Mahu dilihat tahu dalam syaitan yang mentertawakan kita kerana kita sudah terjerat di dalam perangkap mereka. Seni ini harus kita pelajari kerana percayalah, jika silap cara, nasihat dan tegiran yang diberi hanyalah seperti mencurah air ke daun keladi. Yang ditegur tidak terkesan untuk membaiki diri, namun nasihat dan teguran yang diberi menjadi provokasi, menghidupkan amarah dan rasa benci. Kita  belajar sama-sama mulai hari ini. Belajar walaupun sehingga ke liang lahad sekalipun..

Monday, 24 November 2014

Sambungan Perang Uhud yang dikatakan sebagai peristiwa yang sedih di dalam sejarah Islam.

Antaranya adalah Sayyidina Abu Dujanah yang sanggup gunakan tubuh nya sebab perisai kepada nabi ﷺ

Sanggup dipanah asalkan nabi ﷺ tk Kene tembak

Maka dikatakan ada seorang musuh yg bunuh Sahabat nabi saw lalu dia ingat dia telah bunuh nabi Muhammad ﷺ

Lalu dia kata aku telah bunuh Muhamamd!

Maka berita itu tersebar di seluruh tempat hingga askar Islam ingat Bahawa Rasulullah ﷺ sudah dibunuh
Maka ada sudah putus asa dan ingin larikan diri

Tapi Sayyidina Anas Ibn Nadr berkata dekat mereka .. "... Lawan untuk Allah! Bangkit dan mati lah seperti mana nabi Muhammad ﷺ telah dibunuh "

Dlm sebuah riwayat dikatakan Bahawa Siti Aishah dan Ummu sulaim
Akan angkat air dan pergi ke Medan perang untuk beri air kepada askar Islam.

Begitu juga sayyidatina nusaibah bint ka'ab

Yang juga Ikut untuk masuk perang uhud untuk bawak kan air untuk suami nya dan dua anaknya

Maka apabila pemanah tu langgar perintah nabi saw yg menjadi punca kekalahan Islam

Maka sayyidatina nusaibah masuk ke Medan perang sambil bawak pedang

Maka apabila panah dtg ke arah Rasulullah ﷺ. Nusaibah RA sanggup korbankan dirinya untuk jadi perisai

Maka apabila ada askar quraish berkuda dtg menuju mereka, Beliau sempat Tarik tempat duduk si penunggang

Hingga jatuh si penunggang itu. Yang di mana Rasulullah ﷺ panggil anak nusaibah iatu Abdullah untuk Bantu ibunya

Maka ibunya dan anaknya dua dua kepung nabi ﷺ untuk mempertahankan baginda

Nabi ﷺ memuji mereka atas kebenarian mereka . Yg dimana nabi saw janjikan syurga buat mereka

Maka semakin ramai yg dtg serang mereka. Nusaibah dicederai oleh musuh musuh.. Hingga nusaibah RA jatuh pengsan

MashaAllah .. Dia tk risau kan suami nya dan dua anaknya

Tapi yg utama adalah adakah Rasulullah saw selamat ?

Begitu juga dlm perang badar , Sayydina hamza Ibn Abdul Mutalib dibunuh oleh wahsyi
Ini adalah kerana wahsyi adalah seorang hamba Abdi yang ingin sgt dapat bebas. Maka tuannya janji untuk lepas kan wahsyi jika dia dapat bunuh Sayydina hamza

Wahsyi ini seorang yg hebat dalam baling tombak. Maka dia mmg Handal dlm bunuh org dari jauh
Maka Sayydina hamza sedang lawan ketika perang uhud .. Dan wahsyi hanya sembunyi untuk tunggu peluang yg terbaik
Apabila dia lihat Sayyidna hamza dlm keadaan terbuka
Jadi wahsyi pun baling tombak nya ke arah Sayyidina hamza. Dan mencucuk ke dlm tubuh Sayydina hamza RA yg sgt dalam.

Sayyidina hamza walaupun dlm keadaan seperti tu. Tetap ingin cube bunuh wahsyi
Tapi kerana lukanya yg amat dlm. Maka Sayyidina hamza jatuh dan syahid di situ
Maka pada saat perang uhud Nk dekat habis

Ada Sahabat nabi ﷺ yg lihat Rasulullah ﷺ lalu dia kata Rasulullah ﷺ masih Hidup !!

Maka ini dtg kan balik semangat askar Islam untuk lawan.. Dan hingga mereka Semua naik ke atas gunung uhud bersama dgn nabi ﷺ

Maka perlawanan pun Henti .. Dan Abu sufyan pun dtg dan jerit dekat Semua askar Islam

Maka askar quraish yg berkuda tk dapat kejar lagi sebab mereka tk dapat naik gunung uhud
Adakah Muhammad masih hidup ?

Tkde jawab. Lalu dia tanya adakah Abu bakar masih Hidup ? Pun tkde jwb
Adakah Umar masih Hidup ? Pun tkde jwb

Maka dia ketawa dan kata Bahawa mereka Semua dah dibunuh
Sayydina Umar yg ada lalu bangkit dan kata Bahawa ketiga org tu masih Hidup lagi
Abu sufyan pun kata Bahawa ini adalah dendam untuk perang badar

Dan lagi Kejam lagi.. Apabila hind potong beberapa jasad askar tentera Islam
Ana tambah sikit lagi yee.. Berkenaan wahsyi. Mmg dia telah bunuh Sayyidna hamza. Dan Rasulullah ﷺ sgt sedih dgn kewafatan pakciknya yg Sentiasa bela nya

Maka selepas beberapa tahun yg dimana Islam kembali dan membuka Kota mekah.
Wahsyi dikatakan pergi ke taif dan dia dgr pasal Islam .. Maka dia ingin masuk Islam
Dia pun jumpa dgn nabi ﷺ.. Lalu nabi ﷺ .. Kamu kah wahsyi ? Maka wahsyi jwb ya.. Dan nabi ﷺ tau wahsyi yg bunuh pakciknya
Tapi Rasulullah ﷺ terpaksa Paling ke arah lain. Sebab melihat wajah wahsyi buat kan baginda Teringat ttg Sayyidna hamza
Maka Rasulullah ﷺ risau jika pandang wahsyi nanti akan buat baginda terpandang dgn kebencian.

Yg di mana boleh jadi pada saat tu Allah pandang wahsyi dgn pandangan  yg sama.

Maka nabi saw Paling ke arah lain untuk elak kan dirinya untuk benci wahsyi. Tapi hakikatnya nabi ﷺ tetap maafkan wahsyi. MashaAllah walaupun apa yg telah dibuat oleh nya

Hind juga yg dikatakan membelah dada jasad Sayyidna hamza dan makan hati nya

Juga dimaafkan oleh nabi ﷺ .. MashaAllah ini lah nabi ﷺ yg tetap terima taubat hind ketika hind masuk Islam

Dan akhir sekali ttg perang uhud ini.. Kalau Kita lihat apa kah punca nya?

Sedangkan Islam sudah menang masa tu. Tapi akibat satu je .. Yg TK IKUT ARAHAN NABI. Maka seluruh tentera kalah

Begitu lah Umat kita. Umat Kita bersatu dan kuat. Tapi kerana ada beberapa puak atau suku yang tk Ikut Arahan agama. Maka runtuh lah Umat ni

Perang Uhud yang dikatakan sebagai peristiwa yang sedih di dalam sejarah Islam.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah,  Wasolatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabbil a'lamin

Berbeza dengan perang badar yang memberikan kegemilangan kepada Umat Islam tetapi kali ini para tentera Islam menghadapi kekalahan.

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy.

Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar.

Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud
Selepas kematian ketua ketua qusaish pada waktu perang Badar seperti Abu Jahal, Umayya Ibn Khilaf dan sebagainya.

Maka Abu Sufyan yang tidak ikut serta dalam perang Badar mengambil kekuasan dan menjadi ketua bagi Orang Quraish.

Dan kerana perang badar, orang quraish menghadap kekalahan yang memberi kesan kepada reputasi mereka. Lagi lagi dikalahkan oleh askar Islam yang jumlah nya sedikit lagi jumlah tentera Quraish.

Ada pula yang menjadi benci dan ingin balas dendam terhadap askar islam kerana membunuh ahli keluarganya.

Misalnya seperti Hind bint utbah iatu Isteri kepada Abu Sufyan yang sangat geram.
Ini kerana ketika perang Badar, askar Islam telah membunuh ayahnya iatu 'Utba ibn Rabi'ah. Juga adiknya/abangnya   Walid ibn 'Utbah. Dan pakciknya Shaibah ibn Rabī‘ah.

Maka ini membuat nya geram terhadap Askar Islam dan berhasrat untuk membalas dendam.

Lagi lagi kepada Sayyidina Hamza Ibn Abdul Mutalib yang merupakan pakcik tercinta kepada Nabi Muhammad SAW.

Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud.

Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq.

Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.

Ini kerana sebelum pergi ke Medan Perang, Rasulullah SAW membuat meeting dengan para sahabat. Dan bertanya manakah strategy untuk ambil.

1. Adakah membuat kubu di Madinah dan mempertahankan nya?
2. Atau pergi ke medan perang di Uhud.

Rasulullah SAW lebih cenderung kepada strategy pertama sebab Rasulullah SAW lihat sebagai strategy yang baik. Pendapat ini disokong oleh ketua Munafiq iatu Abdullah Ibn Ubai.

Tetapi Abdullah ibn Ubai sokong sebab dia seorang yang pengecut dan tidak mahu lawan dengan puak quraish.

Maka asalnya ada 1000 askar lalu menjadi 700 yang pergi ke Uhud sebab dihasut oleh Abdullah Ibn Ubai yang munafiq.

Kata dia “Muhammad lebih dengar cakap budak kecil”. Di sini kita lihat puak mukmin dan munafiq; bezanya.

Nabi Muhammad s.a.w.
telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh.

Rasulullah memulakan penyusunan tentera dengan membahagikan kepada tiga kelompok:
1. Katibah (kelompok) al-Muhajirin panjinya diserahkan kepada Mus’ab bin Umair al-Abdari.
2. Katibah al-Ansar dari al-Aws diserahkan panjinya kepada Usaid bin Hadhir.
3. Katibah Ansar dari al-Khazraj diserahkan panjinya kepada al-Habbab bin al-Munzir.

Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Yang ketuanya adalah Abdullah bin Jubair

Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Maka dikatakan Rasulullah saw memberi arahan yang cukup jelas dekat mereka yang diarah untuk menjaga bukit Uhud.

Rasulullah SAW pesan jika kamu lihat kami dalam kalah, jangan turun untuk bantu kami, Jika kamu lihat kami dalam kemenangan, jangan turun.

Nabi pesan cukup jelas hingga jika burung bangkai datang untuk makan bankai askar islam, jangan turun hingga nabi saw memberi arahan untuk turun.
Lihat betapa kerasnya arahan nabi saw untuk jangan turun; sekali pun kalah atau menang.

Maka seperti biasa Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Iatu 1 vs 1
Maka dikatakan Sayyidina Ali Ibn Abi Talib RA yang keluar untuk bertarung dengan Talha ibn Abi Talha yang menjadikan wakil kepada askar Quraish. Dan Sayyidna Ali berjaya menikam dia tapi tk bunuh dia.

Juga Sebelum bermula, nabi ﷺ keluarkan pedang dan tanya kepada tentera Islam.

"Siapa yg ingin Pakai pedang ini dengan tunaikan haknya?"

Semua ingin dapat kan pedang itu. Tapi nabi ﷺ Serahkan kepada Sayyidina Abu Dujanah RA.

Maka Abu Dujanah pun tanya "apakah haknya ?" Maka nabi saw jwb "kamu Mesti pukul hingga bengkok"

Abu Dujanah pun gunakan pedang ini untuk perang. Dan apabila dia perang dia akan Pakai serban mereh.

Dikatakan Beliau gunakan pedang itu dan bunuh musuh Allah satu persatu. Lalu Beliau Jalan dgn kesombongan.

Nabi saw pun kata
"Jalan seperti ini adalah Jalan yang dibenci oleh Allah. Tetapi bukan dlm situasi ini."

Perang uhud pun bermula dan askar islam sangat mustahil untuk dikalahkan oleh askar quraish,

Ramai askar quraish yang terbunuh hingga mereka pun bermula berundur.
Maka akhir nya, askar quraish terus larikan diri dari medan perang. Askar Islam menyambung untuk kejar askar quraish yang sedang berlari.

Di sini lah, sesuatu twist yang berlaku bila mana, pemanah-pemanah yang diarahkan untuk diri dan jaga di Bukit Uhud, , melihat masa keemasan itu.

Mereka ingin turun dan dapatkan harta rempasan perang. Kata beberapa sahabat yang tidak ingin turun “Nabi saw suruh jangan turun!” .. yang lain pun kata “Tetapi Islam dah menang!”

Maka mereka turun hingga 10 sahaja yang ada di atas  bukit Uhud.
Khalid Ibn Walid yang masih belum jadi Islam lagi, dimana menjadi commander bagi tentera berkuda.

Dia melihat peluang. Maka dia dan Ikrimah bersama tentera kudanya pun serang dari belakang.

Mereka terus pergi sekeliling Gunung Uhud dan serang askar islam dari belakang (sila lihat gambar1)

Maka askar islam yang sedang lawan diserang dari dua arah; depan dan belakang. Oleh sebab tk dapat kawal, maka saf saf mereka telah pecah dan serangan askar islam bukan di dalam organize lagi

Maka tentera Quraish kembali lawan askar islam dan mereka semua datang ke arah Nabi SAW. Maka mereka datang dan mendekati Nabi SAW.

Maka Rasulullah ﷺ dibaling batu di kepalanya hingga nabi saw jatuh ke bawah. Gigi baginda saw patah dan bibirnya berdarah.

Nabi saw berkata kepada mereka yang buat bende yg terkutuk tu
"Kemurkaan Allah swt sangat pedih kepada mereka yang menyakiti nabiNya dan Kemurkaan Allah swt sgt pedih kepada mereka yang dibunuh oleh nabiNya di atas Jalan Allah."

Dikatakan di dalam riwayat Bahawa Sahabat nabi ﷺ yg bernama Mus'ab Ibn Umair RA  yang telah syahid kerana ingin mempertahankan nabi ﷺ

Pembunuh Beliau adlah askar quraish yang ingatkan Mus'ab Ibn Umair RA adalah nabi ﷺ sebab dia tk pernah lihat nabi ﷺ secara detail.

Jadi apabila dia bunuh Mus'ab Ibn Umair. Dia terus kata "aku telah bunuh Muhamamad!!"
Sebelum itu terjadi, dikatakan Bahawa musuh Mulai serang nabi ﷺ
Mereka semakin ramai untuk bunuh nabi ﷺ dan beberapa Sahabat ansar yang berjuangkan mempertahankan nabi ﷺ

Mukjizat Nabi ﷺ dalam fenomena alam

1. Sangat masyur mukjizat ini iatu Nabi saw membelah bulan jadi dua Berita tentang terbelahnya bulan pada zaman nabi S.A.W banyak diriwayatkan oleh para Shahabat, sehingga hadis tentang terbelahnya bulan adalah hadis Muthawatir.

Dikisahkan bahawa orang quraish nak lihat bukti kenabian Rasulullah saw jadi mereka cabar baginda untuk belahkan bulan. Maka Nabi saw berdoa dan Allah izinkan untuk perkara itu berlaku. Maka lepas berlaku. Org quraish yang cabar masih tknk percaya dan tuduh nabi ﷺ buat sihir Maka org quraish kata mereka Nk tunggu untuk padagang2 atau kafilah yang datang dari luar.

Jadi apabila dtg org luar ke mekah. Mereka pun kata mereka nampak perkara itu terjadi. Tapi degil sgt mereka , masih tknk beriman lagi. Diriwayatkan oleh Anas: "Ketika orang-orang Mekah meminta rasulullah S.A.W untuk menunjukkan mukjizat, maka nabi menunjukkan bulan yang terbelah. (Sahih Bukhari, juz 4 no 831). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: "Orang-orang Mekah meminta nabi S.A.W untuk menunjukkan sebuah mukjizat. Maka Beliau menunjukkan bulan yang terbelah menjadi dua bagian, sehingga gunung Hira' itu dapat mereka lihat di antara dua belahannya. (Sahih Bukhari, juz 5 no 208).

Diriwayatkan oleh 'Abdullah: "Diwaktu kami bersama-sama rasulullah S.A.W di Mina, maka terbelah bulan, lalu sebelahnya berlindung dibelakang gunung, maka sabda rasulullah S.A.W: "Saksikanlah!" Saksikanlah!" (Sahih Bukhari, juz 5 no 209).

2. Juga dikatakan bahawa Nabi SAW boleh hentikan satu gegaran oleh bumi. hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik, dia berkata: “Nabi naik ke Uhud bersamanya Abu Bakar, Umar dan Utsman. Tiba-tiba gunung bergegar. Maka nabi menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Uhud! Yang ada di atasmu tiada lain kecuali nabi, Shiddiq dan dua orang syahid.”

Di antara pelajaran besar dalam dua riwayat di atas bahwa ternyata gunung tidak layak berguncang saat ada 4 manusia terbaik ada di atasnya. Nabi harus menghentakkan kaki dan mengeluarkan perintah kepada gunung untuk menghentikan guncangan tersebut. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Bab Mukjizat Nabi dalam hal makan minum 1- Daging yang telah masak bercakap Wanita Yahudi yang memberi racun di daging kambing bernama Zainab binti Hârits, Dari Ibnu Syihâb, ia mengatakan , “Dahulu Jâbir menceritakan bahwa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar yang meracuni seekor kambing bakar.

Kemudian menghadiahkannya kepada rasulullâh S.A.W" Rasulullâh S.A.W pun mengambil paha kambing itu dan memakannya. Beberapa Sahabat pun juga ikut makan bersama Beliau.

Tiba-tiba rasulullâh S.A.W berkata kepada para Sahabat, "Jangan kalian makan!."Lalu rasulullâh S.A.W mengutus seseorang untuk memanggil wanita (yang memberi kambing) itu dan wanita itu pun datang.

Rasulullâh S.A.W pun segera bertanya kepadanya, "Apakah kamu telah meracuni kambing ini?" Wanita itu menjawab, "Siapa yang telah memberitahumu?" Rasulullâh S.A.W menjawab, "Paha kambing ini yang telah mengabariku." Wanita itu berkata, "Ya"(aku telah meracuninya). Rasulullâh S.A.W bertanya lagi, "Apa yang kamu kehendaki dari perbuatanmu ini?"

Wanita itu berkata dalam hati, "Jika dia seorang nabi, makanan pasti itu tidak akan membahayakannya, dan jika dia bukan seorang nabi, maka kami akan selamat dari gangguannya." Selanjutnya rasulullâh S.A.W memaafkan wanita itu dan tidak menghukumnya

2- Makanan yang dimakan oleh Nabi saw agunkan Allah Diriwayatkan oleh Abdullah: "Sesungguhnya kami mendengar makanan yang dimakan rasulullah S.A.W mengagungkan nama Allah."(Sahih Bukhari, juz 5 no 779)

3- Makanan sedikit yang mampu dimakan sebanyak 800 orang InshaAllah cerita ini akan lebih detail pada hari esok sebab kisah ini berlaku sewaktu sebelum perang khandaq. Dikisahkan bahawa masa itu para sahabat semua dalam keadaan lapar.termasuk lah nabi saw yang tk makan beberapa hari.

Lalu ada satu sahabat yang ingin jemput nabi saw dan beberapa sahabat untuk makan jamu sebab kesihan dekat Nabi. Tapi Nabi saw jemput semua sahabat yang lebih kurang 800 orang. Dan semua orang semuanya kenyang walaupun makan itu sikit.

Juga banyak lagi peristiwa yang dimana makan yang sikit menjadi banyak mashaAllah. Teringat dekat guru ana yang pesan kepada ana dan ijazahkan ana. Iatu jika kita dalam situasi makanan sikit lalu ramai orang yang datang. Banyakkan membaca surah al quraish. inshaAllah Juga ada pun kisah lain yang dengan semangkuk cawan susu. Nabi ﷺ mampu berikan ramai Sahabat .
MashaAllah Sampaikan Sahabat yg minum sampai tk boleh minum lagi sebab kenyang sangat.

SIBUK?

Wajib Baca
ADAKAH ANDA ORANG SIBUK ???
=================
Ada seorang ulama berguru kepada seorang ulama

Selang beberapa lama, saat dia ingin
melanjutkan belajar ke guru lain.gurunya
berpesan :

"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an ,Semakin banyak baca Al Qur’an urusanmu semakin mudah"

Dan muridnya pun melakukan. Dia
membaca Al Qur’an 3 juz per hari.

Dia menambahkan hingga 10 juz per hari.

Dan urusannya semakin mudah.

Allah yang mengurus semua urusannya.

Waktu ⌚ pun
semakin berkah.

Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu⌚?

Boleh melakukan banyak hal dalam waktu
sedikit.

Itulah berkah Al Qur’an .

Al Qur’an membuat kita mudah mengefektifkan pengurusan waktu.

Bukan kita yang atur waktu⌚ kita, tapi Allah.

Padahal teorinya orang yang membaca Al Qur’an menghabiskan banyak waktu.

mengurangi kegiatan lain, tapi Allah yang membuat waktunya itu jadi berkah.

Hingga menjadi begitu efektif.

Hidup pun efektif.

Dan Allah akan mencurahkan banyak berkah dan kebaikan pada kita kerana
Al Qur’an .

Salah satu berkahnya adalah membuka
pintu .... kebaikan, membuka kesempatan
untuk amal soleh berikutnya.

Dan salah satu balasan bagi amal baik yang
kita lakukan adalah kesempatan untuk amal
baik berikutnya. Jagalah Allah maka Allah akan menjagamu
Dan sbaliknya waktu yg selalu sibuk shg hanya habis urusan dunia, maka jadi itu -adalah tandanya ada yg salah dlm hidup kita,
 
Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg di fikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya.
3. Keperluan yang tidak pernah merasa dipenuhi.
4. Khayalan yang tidak berujung wujudnya.
[Hadits Riwayat Muslim]

Note :
"keberkahan waktu iaitu biasa melakukan banyak amal kebaikan dalam waktu sedikit".                                                       Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..selamat beramal😊

UMAT AKHIR ZAMAN

Umat Akhir Zaman sudah kembali ke Umat yang terdahulu.

Umat Nabi Lut kembali. Ramai dah bermula homesexual.

Zaman Firuan kembali. Ramai yang dah jadi dan buat kerje "Tuhan" dan menjadi zalim lagi Kejam.

Zaman Arab Jahilyah kembali. Dlu bertelanjang sambil tawaf Kaabah. Kini bertelanjang di pantai.

Zaman bani Israel kembali. Dlu membunuh dan menentang Nabi mereka. Sampai Nk salib nabi Isa. Kini, Umat mula menentang dan tindas Para Ulama.

Ada sebab Kenapa Allah turunkan kisah Umat yang dlu. Supaya dijadikan pengajaran. Tetapi bukan untuk ikutan

UBAN ?

- "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang memiliki sehelai uban, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud 4204. "

-" janganlah kalian mencabut uban, tidaklah seorang muslim beruban di dalam Islam.” (Beliau bersabda, dari Sufyan): “Melainkan baginya cahaya di hari kiamat nanti.” (Dia bersabda dalam hadits Yahya): “melainkan Allah Ta’ala catat baginya satu kebaikan dan menghapuskan untuknya satu kesalahan.” (HR. Abu Daud"

-“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam melarang mencabut uban,” dan katanya: “Itu adalah cahaya bagi seorang mu’min.” (HR. Ibnu Majah)"

-" Hadis yang menceritakan bahwa Allah akan mencatat kebaikan, menghapuskan kesalahan dan akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban ketika di dunia.” (Shahih Ibnu Hibban"

-" Sayyidina usman bile dapat SATU uban je, Terus berikan urusan bisness dia kepada keluarga dia ..
Dan dia terus focus kepada Ibadah "

Saturday, 22 November 2014

WELCOME TO ME.. MARHABAN MARHABAN YA SURAYA!!

Okay.. Hahaha first time bukak blog.. Ya
Teruja agaknya hahahahahaha
Okay lh tetiba aq dapat hidayah nak bukak blog ni sebab aq baca satu novel ni heroin dia blogger tegar la hahah tah la .. Satu lagi aq suka share something yg boleh kasi aq pengajaran , nasihat dan satu geng dengan dia.. So alang2 tu haaa aq buat lh boleh lh aq letak sagala jenis mak nenek yg aq dapat dan kopi then pasta kat sini kan. Okay2 papehal.. Aq baru nak berjinak2 dengan dunia blogger in shaa Allah aq guna blog ni sebaik mungkin untuk menyebarkan dakwah ececececeh.. Hahaha kk tu saja.. Assalamualaikum,.