Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabbil a'lamin
Berbeza dengan perang badar yang memberikan kegemilangan kepada Umat Islam tetapi kali ini para tentera Islam menghadapi kekalahan.
Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy.
Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar.
Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud
Selepas kematian ketua ketua qusaish pada waktu perang Badar seperti Abu Jahal, Umayya Ibn Khilaf dan sebagainya.
Maka Abu Sufyan yang tidak ikut serta dalam perang Badar mengambil kekuasan dan menjadi ketua bagi Orang Quraish.
Dan kerana perang badar, orang quraish menghadap kekalahan yang memberi kesan kepada reputasi mereka. Lagi lagi dikalahkan oleh askar Islam yang jumlah nya sedikit lagi jumlah tentera Quraish.
Ada pula yang menjadi benci dan ingin balas dendam terhadap askar islam kerana membunuh ahli keluarganya.
Misalnya seperti Hind bint utbah iatu Isteri kepada Abu Sufyan yang sangat geram.
Ini kerana ketika perang Badar, askar Islam telah membunuh ayahnya iatu 'Utba ibn Rabi'ah. Juga adiknya/abangnya Walid ibn 'Utbah. Dan pakciknya Shaibah ibn Rabī‘ah.
Maka ini membuat nya geram terhadap Askar Islam dan berhasrat untuk membalas dendam.
Lagi lagi kepada Sayyidina Hamza Ibn Abdul Mutalib yang merupakan pakcik tercinta kepada Nabi Muhammad SAW.
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud.
Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq.
Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.
Ini kerana sebelum pergi ke Medan Perang, Rasulullah SAW membuat meeting dengan para sahabat. Dan bertanya manakah strategy untuk ambil.
1. Adakah membuat kubu di Madinah dan mempertahankan nya?
2. Atau pergi ke medan perang di Uhud.
Rasulullah SAW lebih cenderung kepada strategy pertama sebab Rasulullah SAW lihat sebagai strategy yang baik. Pendapat ini disokong oleh ketua Munafiq iatu Abdullah Ibn Ubai.
Tetapi Abdullah ibn Ubai sokong sebab dia seorang yang pengecut dan tidak mahu lawan dengan puak quraish.
Maka asalnya ada 1000 askar lalu menjadi 700 yang pergi ke Uhud sebab dihasut oleh Abdullah Ibn Ubai yang munafiq.
Kata dia “Muhammad lebih dengar cakap budak kecil”. Di sini kita lihat puak mukmin dan munafiq; bezanya.
Nabi Muhammad s.a.w.
telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh.
Rasulullah memulakan penyusunan tentera dengan membahagikan kepada tiga kelompok:
1. Katibah (kelompok) al-Muhajirin panjinya diserahkan kepada Mus’ab bin Umair al-Abdari.
2. Katibah al-Ansar dari al-Aws diserahkan panjinya kepada Usaid bin Hadhir.
3. Katibah Ansar dari al-Khazraj diserahkan panjinya kepada al-Habbab bin al-Munzir.
Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Yang ketuanya adalah Abdullah bin Jubair
Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.
Maka dikatakan Rasulullah saw memberi arahan yang cukup jelas dekat mereka yang diarah untuk menjaga bukit Uhud.
Rasulullah SAW pesan jika kamu lihat kami dalam kalah, jangan turun untuk bantu kami, Jika kamu lihat kami dalam kemenangan, jangan turun.
Nabi pesan cukup jelas hingga jika burung bangkai datang untuk makan bankai askar islam, jangan turun hingga nabi saw memberi arahan untuk turun.
Lihat betapa kerasnya arahan nabi saw untuk jangan turun; sekali pun kalah atau menang.
Maka seperti biasa Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Iatu 1 vs 1
Maka dikatakan Sayyidina Ali Ibn Abi Talib RA yang keluar untuk bertarung dengan Talha ibn Abi Talha yang menjadikan wakil kepada askar Quraish. Dan Sayyidna Ali berjaya menikam dia tapi tk bunuh dia.
Juga Sebelum bermula, nabi ﷺ keluarkan pedang dan tanya kepada tentera Islam.
"Siapa yg ingin Pakai pedang ini dengan tunaikan haknya?"
Semua ingin dapat kan pedang itu. Tapi nabi ﷺ Serahkan kepada Sayyidina Abu Dujanah RA.
Maka Abu Dujanah pun tanya "apakah haknya ?" Maka nabi saw jwb "kamu Mesti pukul hingga bengkok"
Abu Dujanah pun gunakan pedang ini untuk perang. Dan apabila dia perang dia akan Pakai serban mereh.
Dikatakan Beliau gunakan pedang itu dan bunuh musuh Allah satu persatu. Lalu Beliau Jalan dgn kesombongan.
Nabi saw pun kata
"Jalan seperti ini adalah Jalan yang dibenci oleh Allah. Tetapi bukan dlm situasi ini."
Perang uhud pun bermula dan askar islam sangat mustahil untuk dikalahkan oleh askar quraish,
Ramai askar quraish yang terbunuh hingga mereka pun bermula berundur.
Maka akhir nya, askar quraish terus larikan diri dari medan perang. Askar Islam menyambung untuk kejar askar quraish yang sedang berlari.
Di sini lah, sesuatu twist yang berlaku bila mana, pemanah-pemanah yang diarahkan untuk diri dan jaga di Bukit Uhud, , melihat masa keemasan itu.
Mereka ingin turun dan dapatkan harta rempasan perang. Kata beberapa sahabat yang tidak ingin turun “Nabi saw suruh jangan turun!” .. yang lain pun kata “Tetapi Islam dah menang!”
Maka mereka turun hingga 10 sahaja yang ada di atas bukit Uhud.
Khalid Ibn Walid yang masih belum jadi Islam lagi, dimana menjadi commander bagi tentera berkuda.
Dia melihat peluang. Maka dia dan Ikrimah bersama tentera kudanya pun serang dari belakang.
Mereka terus pergi sekeliling Gunung Uhud dan serang askar islam dari belakang (sila lihat gambar1)
Maka askar islam yang sedang lawan diserang dari dua arah; depan dan belakang. Oleh sebab tk dapat kawal, maka saf saf mereka telah pecah dan serangan askar islam bukan di dalam organize lagi
Maka tentera Quraish kembali lawan askar islam dan mereka semua datang ke arah Nabi SAW. Maka mereka datang dan mendekati Nabi SAW.
Maka Rasulullah ﷺ dibaling batu di kepalanya hingga nabi saw jatuh ke bawah. Gigi baginda saw patah dan bibirnya berdarah.
Nabi saw berkata kepada mereka yang buat bende yg terkutuk tu
"Kemurkaan Allah swt sangat pedih kepada mereka yang menyakiti nabiNya dan Kemurkaan Allah swt sgt pedih kepada mereka yang dibunuh oleh nabiNya di atas Jalan Allah."
Dikatakan di dalam riwayat Bahawa Sahabat nabi ﷺ yg bernama Mus'ab Ibn Umair RA yang telah syahid kerana ingin mempertahankan nabi ﷺ
Pembunuh Beliau adlah askar quraish yang ingatkan Mus'ab Ibn Umair RA adalah nabi ﷺ sebab dia tk pernah lihat nabi ﷺ secara detail.
Jadi apabila dia bunuh Mus'ab Ibn Umair. Dia terus kata "aku telah bunuh Muhamamad!!"
Sebelum itu terjadi, dikatakan Bahawa musuh Mulai serang nabi ﷺ
Mereka semakin ramai untuk bunuh nabi ﷺ dan beberapa Sahabat ansar yang berjuangkan mempertahankan nabi ﷺ