Monday, 14 August 2017

Haji time Muda

Cerita ni posting dari member kt ws

Coretan dari fb yang patut dikongsi:

Coretan haji.... (Terima kasih kpd si pencoret yg tak dikenali)

Sepanjang melaksanakan ibadah haji, aku perhatikan ramai jemaah dari India muda2 belaka.
Anak muda badan sihat tegap.
Tawaf menyelit2 sekejap je siap.
Sa'ie mampu berlari.
Kaki melecet  pun selamba saja.
Habis ibadah tidur di lantai luar masjid beralas tangan atau sekadar beg nipis. Nyenyak pulak tu. Masya Allah!
Niat teguh beribadah. Tanpa hotel berhawa dingin, tanpa duit belanja berkepuk2.
Satu hari aku pergi bertanya. Berkenalan.
Anak muda India sedang makan roti paratha kosong duduk tepi kaki kedai.
Boleh berbahasa inggeris dengan baik.
Aku mula bertanya. Kenapa jemaah haji dari negara kamu muda2?
Jawapan dia buat aku tersentak, terkedu dan menginsafkan.
*Bermula dengan gaji bulan pertama mereka sudah mengikat perut menabung sehabis perlu untuk pergi haji.* Bukan menabung untuk beli kereta, beli rumah atau melancong mengelilingi dunia.
Niat yang solid semata2 kerana Allah. Haji itu dari Allah dan kerana Allah. Tuntutan untuk kita.
*Selesaikan tuntutan kita dengan Allah dahulu dan Allah akan permudahkan urusan kita yang lainnya* - untuk beli kereta, beli rumah, melancong, rezeki dan segalanya.
Subhanallah! Aku terdiam. Ada rasa insaf di situ. Sesungguhnya Allah itu mahu menyedarkan aku melalui anak muda ini. Terima kasih Allah..

#labbaikallahummalabbaik.
Bagaimana dgn umat melayu kita?  
Dapat kerja, dpt gaji pertama enjoy dulu, pastu kumpul duit beli kereta, yg dah ada kereta, tukar kereta baru..                
Kewajipan haji letak akhir sekali..   
Fikir2kanlah, renung2kanlah..    
Allahu Akhbarr!!!     
  

No comments:

Post a Comment