Assalamualaikum wbt, fiuuuh okay hari ni hari selasa.. Dan tkde kerja kt ofis ni heheeh jdi tkda buat apa.. Sy update blog lh ye kalau kt rumah hahah memang berkurun jugak nak bukak blog heheeh..
Orait insyaAllah pagi ni sy rasa macam nak share kisah yg sy dengar dari ikim.fm time nak pi beli nasi lemak kt damansara height.. Nasi lemak situ singgit jee dah la muraah sedap pulaak tuu. Haish susah nak jumpa org jual nasi lemak singgit sekarang, pakcik tu pulak baik 😇😇 semoga dimurahkan rezeki pakciiiiik.
Okay back to the topic.. Heheh
Kisah ni disampaikan oleh ustazah kt dlm radio tuu tapi lupa pulak nama apa 😅 ...
Satu hari ada sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang..lalu Rasulullah bertanya...
"Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?"
"Ya"..jawab Aishah..
Maka Rasulullah mendukung Aishah dan berdiri di ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aishah menempel pada pipi Rasulullah..
Setelah agak lama, Rasulullah bertanya..
"Adakah kamu merasa puas?"
"Belum ya Rasul" jawab Aishah...
Maka Rasulullah kembali mendukung Aishah dan selang beberapa ketika, Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama..Aisyah masih berikan jawapan yang sama..
Ya Allah sweet kan Rasulullah saw dengan isteri yang beliau cintai..
Dalam sabda Baginda ada beberapa perkara yang kita buat tidak dianggap sia-sia antaranya ialah gurau senda antara Suami isteri.. Jadi bagi yang dah berkahwin banyak2kanlah bergurau dengan isteri BUKAN BAKAL isteri ye.. Banyak pahala, sunnah pon sunnah gembira pon gembira kan? Kepada yang belom berkahwin galakkan mak ayah korang bergurau yaa.. Kalau korang nak bergurau jugak sila bergurau dengan kucing hahah kk gurau gurau.. Indahkan bila satu family berkumpul bermesra ikatan ukhwah pon makin kuat... Zaman sekarang memang tak dinafikan zaman gadget.. Duduk rumah gadget.. Satu family berkumpul kt family area tapi boraknya dlm group bukan depan2... Boleh tak kita cuba buat "sehari tanpa gadget" mashaAllah jangan terkejut sebab banyaknya masa kita..
Berkumpul satu keluarga demi mencapai keluarga yang mawaddah warohmah
🌹🌹
No comments:
Post a Comment