[ Part 1 ]
5 Tahun lepas...
"Kenapa keputusan kau teruk sangat ni,Along?"marah ibu.
Along menunduk memandang lantai.Tak mampu bersuara.Terasa sesuatu tersekat di kerongkong.
"Selama ini kau buat apa di sekolah?Main-main..pastu bergaduh..kan?!!"marah ibu memuncak.
Keputusan peperiksaan Along tidak seperti yang diharapkan.Tiada satu A pun tertera di slip keputusan.Namun tak ada pula subjek yang gagal.
"Along minta maaf...Ini semua salah Along.Along leka..tak sedar yang Along adalah contoh kepada adik-adik.Along tak jalankan tanggungjawab sebagai abang yang baik.Along..."belum sempat Along habis bercakap,ibu beredar menuju ke pokok rambutan.
Ranting rambutan dipatahkan.Ibu mendekati Along..Wajah anak sulungnya itu tenang.Tiada sebarang riak bersalah.Hal ini membuatkannya semakin geram.'Langsung tak rasa bersalah'desis hatinya.
Zappp!! Ranting singgah bertalu-talu ke belakang Along.Mukanya berkerut menahan sakit.Wajahnya merah.Namun tak sedikit pun dia menghalang atau membela diri.Dia sedar semua itu salahnya.
Setelah puas,ibu meninggalkan Along seorang diri.Saat ibu hilang dari pandangan,Along terduduk di atas tanah.Pedihnya tak perlu dicakap.Sakit..kemungkinan belakangnya luka.Bibirnya mengukir senyum.Terdetik di hatinya..
'Kalau dengan cara ini ibu boleh tenangkan hati ibu...Along sedia tadah badan Along.Pukullah Along ibu'..
* * * * * * * * * *
Luka lama sudah sembuh.Tapi luka di hati ibu kelihatan berparut..Seolah-olah baru semalam berlaku.
"Sabarlah Angah..ibu tak ada duit buat masa sekarang.Nanti bila dah ada,ibu berilah pada Angah.Ibu akan cuba dapatkan duit secepat mungkin.Ibu janji."suara ibu menyapa gegendang telinga Along.Angah perlukan duit?
Jaket dicapai..Kunci motor dimasukkan ke dalam poket.Langkahnya diatur menuju ke dapur,mencari ibu.Saat terpandang wajah ibu,perasaan tenang menyelinap masuk ke hatinya.Ibu adalah satu-satunya wanita yang bertakhta di hati.
"Nak ke mana pulak ni?Merayap aje kerjanya..Cukuplah kau malukan ibu dengan keputusan kau..Jangan tambahkan lagi dengan perangai kau."ibu beredar tanpa sempat Along mencium tangan.
Tersiat hati Along mendengar.Senyuman tetap diukir.Wajahnya tetap tenang dan mendamaikan.
'Alah..biasa la tu Along.Ibu sayangkan kau.Sebab tu dia cakap macam tu.Tak nak kasi kau kawan ngan budak nakal.'..seperti biasa,bisikan hati menjadi penasihat terbaik buat dirinya.
Along keluar,mencapai motosikal dan seperti biasa,dia ada kerja yang perlu dilakukan.
* * * * * * * * * *
Pen dicapai.Dicatatkan sesuatu ke buku nota peribadinya.Tulisannya teratur,cantik dan kemas.Dibaca bait-bait ayat yang tercatat.
Saat aku mengenali dunia...
Hatiku hanya untuk seorang wanita..
Yang tabah menggalas tugasnya...
~ Untuk ibu tercinta ~
Saban hari,setiap malam..inilah yang dilakukannya.Dia berharap dapat menghadiahkan buku ini kepada ibu,pada hari lahirnya.Kebetulan pada tahun ini tarikh lahir ibunya jatuh pada hari terakhir puasa ramadhan.Along tersenyum.
Seminggu lagi,puasa ramadhan akan bermula.Perasaan teruja menghiasi ruang hatinya.'Ibu,nantikan hadiah daripada Along.Along sayangkan ibu.Ibu wanita pertama dan terakhir dalam hidup Along'. Matanya berkaca saat menyebut perkataan 'sayang'..Adakah ibu pun mempunyai perasaan yang sama dengan aku? 'Ishhh..Along.Jangan fikir bukan-bukan.'Hatinya mengingatkan.
Selesai menjalankan rutin hariannya,Along melangkah keluar dari bilik.Terdengar suara ibu bercakap dengan seseorang.Siapa pula yang datang malam-malam macam ni?
Dirapatkan telinganya ke dinding.Niatnya hanya untuk mengetahui siapa yang sedang bercakap dengan ibunya.Setelah mendengar perbualan yang agak lama...Along mengerti.
Tak lama lagi cuti penggal.Achik dan Adik akan pulang dari asrama.Patutlah ibu kelihatan gembira.Rupanya tahun ini keluarga akan lengkap.Angah akan balik dari UK.Ramadhan tahun ini nampaknya lengkap.Cuma...arwah ayah yang tak ada.Sayu menjengah hatinya.
Along mendekati ibunya.Wajah ibunya ditatap.Dah lama tak pandang wajah ibu.Sungguh mendamaikan apabila memandang wajah wanita pemilik hatinya.
"Nah..ni barang-barang yang perlu kau beli.Angah,Achik dan Adik akan balik minggu depan.Nak buat masakan istimewa sikit untuk diorang."ujar ibu dan terus berlalu ke bilik.
Along tersenyum lagi..Alhamdulillah,ada juga tugas daripada ibu untuk aku.Kertas di tangan dibuka.Ermmm..senarai barang yang diperlukan.Mungkin ibu nak masak sedap-sedap.
'Kenapa ibu tak masak pun untuk aku?'hatinya menyoal.
Ishhh..Aku kan duduk kat rumah.Dah sentiasa bersama ibu.Angah,Achik dan Adik jarang-jarang balik.Tak mengapalah.Cukuplah dapat bersama ibu.
[ Part 2 ]
"Assalamualaikum.."satu suara kedengaran dari halaman rumah.Along bangkit dan keluar untuk menjenguk.Kelihatan adiknya tercegat dengan memegang sebuah beg pakaian.Dah balik...
Aliya menghulurkan tangan,bersalam dengan abangnya.Along mengangkat beg adiknya masuk ke dalam sambil langkahnya mengekori Aliya ke dapur.
"Ibu..."mendengar suara yang ditunggu-tunggu,Puan Azizah memeluk Aliya kemudian mencium dahi anak keduanya itu.
"Rindunya ibu pada Angah..Angah pun jarang-jarang saja telefon ibu.Waktu tiada duit dan ketika ada masalah saja.Ibu rindu nak dengar khabar Angah tau."mata ibu berkaca.
Beg diletakkan ke lantai.Along sekadar memerhati gelagat ibu dan adiknya.Hatinya puas kerana dapat melihat senyuman dan raut wajah ibu yang ceria.
'Ibu..Along harap sangat,suatu hari nanti ibu akan cium dahi Along..usap rambut Along.Sekali seumur hidup dah memadai ibu..'hati kecilnya berkata.
* * * * * * * * * *
Semua berkumpul di meja makan.Angah sampai di rumah tengah hari tadi.Manakala Achik dan Adik sampai pada lewat petang tadi.Ibu tersenyum lebar.Memerhati satu per satu wajah anak-anak.Bermula daripada Angah,Achik dan Adik.
Along menunduk seketika.Ibu langsung tidak memandangnya.Kolam mata mula bertakung.Sebak yang amat..Bibirnya mengukir senyum,tapi hambar.Ditahannya supaya air mata tidak gugur di hadapan ibu.Dia mahu kelihatan kuat,supaya ibu yakin bahawa dia boleh melindungi ibu.
Angah,Achik dan Adik rancak berbual mengenai pengalaman masing-masing.Angah bercerita tentang kehidupannya di United Kingdom.Manakala Achik dan Adik bercerita tentang kisah di asrama.Kadang-kadang ibu tergelak mendengar cerita Angah.Achik pula sememangnya pandai membuat lawak,menghiburkan hati ibu.Adik masih dengan sikap manjanya yang menawan hati ibu.
Sepanjang perbualan ibu dan adik-adiknya,Along tidak bersuara walaupun sepatah kata.Kekal membisu dan terus-terusan memandang ibu.Entah kenapa,hatinya digamit untuk memandang ibu sepuas-puasnya.
'Kalau dengan cara Along berdiam diri itu membahagiakan ibu...Along akan terus macam ni.Melihat senyuman di wajah ibu sudah cukup
menenangkan Along.Along takkan biarkan segaris duka pun ada di wajah ibu.Along sayang ibu,dunia akhirat.'hatinya berbicara,biarpun mulut terkunci tanpa suara.
* * * * * * * * * *
"Angah,macam mana nak selesaikan soalan ni?Susahlah...Achik dah pening ni"Aiman,atau nama panggilan manjanya Achik menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dari tadi soalan matematik tambahan itu cuba diselesaikan namun jawapan yang ditemuinya tidak tepat dengan skema yang disediakan.
"Angah sibuk ni..Cubalah tanya Along."Aliya ataupun nama manjanya Angah,menghadap komputer ribanya tanpa menoleh sedikitpun memandang Achik.
Assignment masih banyak yang perlu dibereskan.Pertanyaan Achik dibiarkan tidak berjawab.Matanya terus menatap komputer riba.Fokus..
Along yang sedang asyik menonton televisyen mengalihkan pandangan.Memandang Achik yang termangu sendirian.Kasihan pula kepada adik lelakinya ini.Achik akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.Dan harapannya,Achik akan memperoleh keputusan yang cemerlang,bukan sepertinya.Sayu menjengah sekali lagi.
"Along boleh ke ajar Achik?"soal Aiman sangsi.
Along senyum.Dia bangun dari sofa dan duduk di sebelah Achik.Ohh..matematik tambahan.Subjek bermasalah di setiap sekolah.
"Along tak sehebat Achik dan Angah.Tapi izinkan Along cuba eah?Achik mantap.Along setakat tahu rumus je.In sha Allah,Along tolong selesaikan."Along mengusap kepala Achik.
Pen beralih tangan.Along fokus,menyelesaikan soalan tersebut semampu yang boleh.10 minit kemudian,Along melepaskan pen.Fuhh..berbisa jugak soalan ni.Lima soalan sudahpun siap.Buku diletakkan di hadapan Achik.
"Cuba semak jawapannya.."suruhan Along disambut malas oleh Achik.
Soalan satu..betul.Beralih ke soalan dua dan seterusnya.Achik terlopong.Memandang Along dengan penuh rasa tak percaya.Along dan buku dipandang silih berganti.Mak aih...terror nya Along.Semua jawapan betul dan tepat dengan kehendak skema.
"Apa tengok buku ngan Along ni?Muka Along sama dengan buku ke?"Along tergelak melihat Achik yang kebingungan.
"Along...ajar balik apa yang Along tulis tadi.Cara nak selesaikan soalan tadi.Along macam mesin fotostat la.Sebijik sama ngan skema.Seolah-olah Along ni buku"Achik mulai teruja.
Along memulakan sesi pengajaran.Bermula dari awal...hingga memperoleh jawapan.Achik mendengar dengan penuh fokus.Tak sangka Along bijak sebenarnya.Perghh..Wira yang tak diketahui kehebatannya!
Along senyum sendiri.Selama ini Achik tak pernah bertanyakan apa-apa soalan kepadanya.Dia tahu semua ini disebabkan keputusan SPM nya.Dia tidak menjadi sumber rujukan adik-adiknya.Aina,adik perempuannya yang bongsu juga mengharapkan Angah.Angah menjadi kebanggaan ibu.Setiap kali orang bertanyakan tentang Angah...ibu akan senyum sampai ke telinga.
Sesekali Angah menjeling Achik dan Along dengan ekor matanya.Ermmm...biarlah.'Sesekali Along kenalah jalankan tanggungjawab,jadi abang yang baik.Bimbing adik-adiknya'getus hatinya.
* * * * * * * * * *
"Assalamualaikum..Jah...Oo..Jah."suara yang memberi salam.
Along membuka pintu dan menjenguk ke luar.Ermmm..Puan Hasmah dan Puan Aini rupanya.
"Ibu kamu ada,Ammar?"soal Puan Hasmah.
"Ada je..jemputlah masuk"jawab Along sopan seraya membuka pintu.
Setelah Puan Hasmah dan Puan Aini melangkah masuk,Along segera ke dapur.Menjadi kebiasaannya untuk menghidangkan air kepada tetamu yang datang.Dalam Islam juga menuntut kita menghormati tetamu dan melayani mereka dengan baik.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka janganlah ia menyakiti tetangganya.Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah ia berkata yang baik ataupun diam" [HR Muslim]
Semasa hendak ke dapur,Along berselisih dengan ibu.Ibu langsung tidak memandangnya.
'Tak mengapa.Ibu yang jaga aku dari kecil.Dan aku tak berhak nak berkecil hati dengan perkara kecil macam ni.'pujuk hatinya.
* * * * * * * * * *
"Semua anak-anak kamu balik ya?Puasa kat rumah?"soal Puan Aini.
Along memandang ibu di sebalik dinding.Ibunya tersenyum.Senyuman ibu menghakis semua rasa lelahnya.Baru hendak melangkah,kedengaran suara bertanya kepada ibu.
"Anak sulung kau apa cerita?Sepatutnya dia yang jadi contoh kepada adik-adik.Ini tidak.Si Aliya pulak yang jadi contoh kepada Aiman dan Aina."Puan Hasmah bersuara.
"A'aa..Jah.Kalau dibiarkan entah apa lagi yang dia akan lakukan.Entah-entah berkawan dengan budak-budak nakal.Budak sekarang bukan boleh percaya.."
"Kalau dia bagi duit kat kau,hati-hatilah sebelum kau terima.Entah kerja apa yang dia buat.Hishh..Budak sekarang memang tak boleh percaya"Puan Aini menambah.
Along mengucap panjang.Begitu sekali tanggapan orang kampung terhadapnya.Hanya kerana keputusan peperiksaan tidak cemerlang...Hanya kerana dia bekerja kampung...maruahnya diinjak-injak.Dia tidak kisah jika dihina atau diumpat.Namun dia bimbang ibu akan terguris dengan fitnah orang kampung.
Along melangkah sambil menatang dulang berisi air.Penuh santun dia meletakkan gelas dan menuangkan air ke dalam gelas.Bibirnya tetap merekah mengukir senyuman meskipun Puan Aini dan Puan Hasmah baru saja bercakap perkara yang tidak benar tentangnya.
Along berlalu ke bilik.Teringat pesanan Iqmal,kawan yang menjadi naqibah usrah yang disertainya.
"Orang mukmin perlu menjauhi sebarang buruk sangka,cela-mencela,umpatan atau fitnah serta lain-lain perkara yang menyakiti orang lain."
'Tak mengapa.Aku ada Allah sebagai pembela'pujuk hatinya.
* * * * * * * * * *
Seminggu berlalu..
Achik dan Adik dah kembali ke asrama.Sesi persekolahan sudahpun bermula.Hanya Angah dan dia saja yang ada di rumah menemani ibu.Dia pula selalu keluar.Pagi menghilang,malam baru balik ke rumah.Ibu langsung tak bertanya khabarnya.
'Tak mengapalah ibu'..jauh di sudut hatinya dia ingin ibu memarahinya jika ada kesalahan,ingin ibu berleter dan menegurnya.
Terngiang-ngiang kata-kata Adik sewaktu dia menghantar Adik dan Achik ke asrama.
"Abang,lain kali tak perlu dah hantar Adik.Adik malu bila orang tanya..Along kerja apa..Belajar kat mana"
Sungguh...hatinya terguris.Perasaannya terhiris.Namun dia tak salahkan Adik.Adik mungkin belum faham.Dan jika dia di tempat Adik pun,mungkin dia akan berbuat perkara yang sama.
'Adik...selagi Along ada,selagi Allah izinkan Along lindungi keluarga kita...Along akan jalankan tanggungjawab sebaik mungkin'
Maafkan Along kerana tak berjaya menjadi abang yang baik...Dan abang yang boleh dibanggakan.Maafkan Along...
[ Part 3 ]
Telefon bergetar.Along mengerling sekilas.Mesej masuk.Dibiarkan seketika..Kali kedua bergetar,Along mencapai telefonnya dan membuka peti masuk.
-Ammar,jom join kitorang pergi memancing-
Dahinya berkerut.Siapa pulak ni?Awal pagi pula tu hantar mesej..Tiada nama pengirim.Nombor pun tak dikenali.Dibalasnya sepatah.
-Siapa?-
Seminit kemudian,mesej masuk.
-Your cousins,Izzat and Wan-
Along memandang skrin telefon.Owhh..Anak Mak Long.Diorang balik bercuti agaknya.Along membalas..
-Okay..aku bawak member aku sorang-
Along bingkas bangun dan menyiapkan peralatan.Memancing merupakan antara aktiviti yang dia suka.Dulu dia digelar raja sungai.Setiap kali memancing,Along tak pernah pulang dengan tangan kosong.Akan ada juga hasil.Kalau tak banyak,sedikit pun jadi la.
Joran,umpan dan lain-lain sudah disediakan.Tikar kecil dicapainya.Dah lama tak bertemu sepupunya itu.Zaman sekarang hubungan silaturahim kurang dititikberatkan.Semuanya kerana teknologi sekarang sudah canggih.Mungkin pada masa akan datang,anak-anak tidak lagi mengenal sepupu sendiri.Maklumlah teknologi komunikasi sudah berkembang pesat.
Sekeping mesej dihantar kepada Iqmal,sahabat yang setia di sisi saat dirinya tersisih.
Daripada Abdullah r.a berkata,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Sebaik-baik sahabat di sini Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetangganya" [ HR at-Tirmizi ]
* * * * * * * * * *
Iqmal sudah tercegat di depan rumahnya.Puan Azizah keluar dan berdiri di pintu.
"Nak ke mana ni Iqmal?"soal Puan Azizah.
"Ammar ajak saya memancing mak cik"jawabnya sopan.
"Kamu tolong tengokkan dia ya?Maklumlah remaja sekarang...lain yang dicakap,lain yang dibuat"sinis nada Puan Azizah.
Iqmal tersentak sedikit.Kemudian dia mengangguk dan menghadiahkan senyum plastik.Puan Azizah berlalu.
"Dah lama tunggu aku?"soal Along.
Sebuah beg galas yang berisi peralatan memancing,sebidang tikar dan dua botol air mineral dibawa ke kereta Iqmal.Iqmal tersenyum..
"Tak lama pun.Aku baru je sampai.Dah beritahu ibu kau yang kau nak pergi memancing ni?"soal Iqmal.
Along mengangguk..."Jom."
Masing-masing masuk ke dalam kereta.Iqmal yang memandu memandangkan Ammar masih tiada lesen.
Enjin kereta dihidupkan..Perlahan-lahan Audi keluar dari halaman rumah,meluncur laju ke jalan raya.Iqmal fokus memandu.Namun ada sesuatu yang kerap kali terlintas di fikirannya.Kenapa Puan Azizah cakap begitu?Dan hatinya mula berdebar,satu perasaan ganjil..entah kenapa,rasa tak sedap hati.
* * * * * * * * * *
Sampai di rumah Mak Long,Along keluar dari kereta.Iqmal menunggu di dalam kereta,malas hendak matikan enjin.
"Assalamualaikum..."
Setelah tiga kali memberi salam,Mak Longnya menjenguk keluar dan menjemputnya masuk.Along menolak namun setelah berkali-kali diajak oleh ibu saudaranya itu,dia melangkah masuk.
"Mak Long ada kerja sikit di dapur.Ammar tunggulah sekejap.Diorang dah nak siap tu."Along mengangguk patuh dan dia duduk di sofa sambil menunggu kedua-dua sepupunya.
10 minit kemudian,Izzat dan Ridhwan keluar dari bilik.Masing-masing membawa alatan keperluan memancing.Along tersenyum.Mereka berjalan beriringan ke kereta.
Apabila semua lengkap dan pasti tiada barang yang tertinggal,mereka memulakan perjalanan.Destinasi mereka ialah kawasan tasik,yang terkenal sebagai syurga bagi pemancing.
* * * * * * * * * *
Setelah sampai,perkara utama yang perlu dilakukan ialah mencari tapak yang sesuai.Along memilih untuk duduk di bawah sepohon pokok yang rendang,membolehkannya berteduh dari terik matahari.Sepupunya,Izzat dan Ridhwan duduk tidak jauh dari tempat Along dan Iqmal.
Waktu memancing bermula.
Along kelihatan tekun.Merenung jauh ke tengah tasik sambil lidahnya tidak berhenti daripada mengalunkan zikir.Kelihatan bahagia dan tenang.Iqmal sekadar memerhati.
Iqmal memerhati gelagat sepupu Ammar.Hatinya terdetik rasa risau.Entah kenapa,tak tenang.
"Ammar,kau rapat ke dengan diorang tu?"soal Iqmal.
"Waktu kecil,memang rapat.Tapi satu insiden berlaku sewaktu kitorang sekolah menengah.Dah semakin renggang tapi aku tak mau la putus silaturahim.Hal kecil tak perlu dibesarkan."Along terus tekun memancing.
Iqmal diam sejenak.
'Aku sendiri pun rasa something dengan dua orang mamat tu,si Ammar ni boleh pulak yakin?Hishh..Tak fahamlah dengan Ammar ni.Terlalu baik..'
"Dah...jangan nak buruk sangka..Kita ni saudara seagama.Jauhilah perbuatan keji dan buruk sangka."teguran Along membuatkan Iqmal tersengih.
"Mana kau tahu aku sedang fikir hal diorang?"
"Sekilas ikan di air,dah tahu jantan ke betina.Sekilas aku pandang muka kau..dah tahu kau fikir apa"Along senyum...ni kelas bahasa melayu ke apa?
Iqmal tergelak...lupa seketika dengan perasaan tidak sedap hatinya.Along bangun dan menghampiri kedua-dua sepupunya.Kesempatan ini digunakan untuk berbual dengan sepupunya.
* * * * * * * * * *
Banyak jugak hasil yang Along dapat.Alhamdulillah...rezeki Allah.Macam-macam saiz ada.Memang murah rezeki hari ni.
"Kau memang jaguh memancing la.Memang patut pun orang gelarkan kau Raja Sungai waktu sekolah dulu."ujar Iqmal sambil memandu.
"Semuanya rezeki Allah...Kalau kau nak,ambil je.Banyak juga tu kalau nak makan.Keluarga aku siapa je yang ada kat rumah."Along senyum.
Semua hasilnya akan diberikan kepada ibu.'Ibu,Along sayang sangat kat ibu.'
Izzat dan Ridhwan hanya diam.Tiada satu pun umpan mereka yang kena.Macam mana nak mengena kalau waktu memancing pun sempat lagi bergaduh..
Along mengerling jam tangannya.Dah pukul 1.28 p.m. Dah masuk waktu zuhur.
"Ehh,dah masuk waktu zuhur la..Jom stop kat masjid kejap."Along mencadangkan.
Iqmal hanya mengangguk dan menurut.Kagum dengan Along.Apapun pekerjaan yang dilakukan,solat tak pernah dilewatkan..
"Wan,Izzat..kita solat kejap ya sebelum balik?"soal Along,menoleh sedikit ke belakang meminta persetujuan sepupunya.
"Solat kat rumah aje la.Aku ada kerja nak buat.Sibuk ni.."Ridhwan memprotes.
"A'aa...bukannya nak masuk waktu asar dah pun..Baru je masuk waktu zuhur kan?"Izzat pula menyokong.
Along memandang Iqmal.Kemudian menoleh ke belakang.Wajah Izzat dan Ridhwan dipandang.
"Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,'Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu solat yang diwajibkan,lalu dia pun berwudhu' dengan wudhu' yang baik,melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya,maka sembahyang itu merupakan kifarah (memadamkan) dosa-dosanya yang lalu selagi dia tidak melakukan dosa besar. [ HR Muslim ]"lancar Along membacakan hadis.
Izzat buat muka bosan.Ridhwan pula sentap.Mana tak sentapnya,solatnya hanya sekali seminggu.Itu pun solat jumaat.
"Baiklah ustaz celup"jawab Izzat,dengan muka terpaksa.
Iqmal tersenyum.Fuh..kawan aku ni ada gaya nak jadi ustaz.Memang layak sebenarnya.Pemanduan diteruskan sambil matanya melilau mencari masjid.
* * * * * * * * * *
Iqmal keluar lebih awal daripada Along.Biasalah si Ammar tu,paling kurang sehelai al Quran akan dibacanya selepas solat.Selesai memakai kasut,langkahnya diatur menuju ke keretanya.Izzat dan Ridhwan kelihatan terbongkok-bongkok mencari sesuatu.Ada benda hilang ke?
"Izzat,Wan...kamu cari apa?"soal Iqmal seolah-olah menyergah.
Kedua-duanya kelihatan terperanjat.Iqmal berdiri sambil tangan disilang ke dada.Lagaknya macam bos.Kalau Along nampak,dah tentu dia ditegur.Sergah orang tanpa memberi salam..
"Ehh..tak...ada apa-apa.Cari handphone tertinggal tadi."jawab Ridhwan,sedikit gagap.
Iqmal malas nak ambil tahu.Dia melangkah masuk dan duduk di tempat pemandu sementara menunggu Along.
Ridhwan dan Izzat menghela nafas lega.Nasib baik tak kantoi.Kalau tak,rosak plan..
* * * * * * * * * *
6.30 petang,Along tiba di rumah selepas singgah solat asar di masjid dan menghantar kedua-dua sepupunya.Kebetulan waktu itu juga Angah keluar dari kereta.Mungkin keluar ke pekan.Tapi dengan siapa?Lelaki itu seperti dikenalinya.
"Aku balik dulu lah ya?Ada apa-apa..call aku ea?"setelah mengangkut barang-barang,Iqmal meminta diri.
Along mengangguk,memerhati kereta Iqmal sehingga hilang dari pandangan.
Ikan dibawa masuk ke dapur.Dia takkan membiarkan ibu yang membuat kerja.Selagi boleh dilakukan sendiri,dia takkan meminta bantuan orang.Teringat hal Angah.Tak sempat pula nak tanya.Tak apalah,malam ni try slow talk dengan dia..
* * * * * * * * * *
Selesai solat isyak dan berwirid seketika,Along ke ruang tamu,kemudian duduk di sebelah Angah di sofa.Angah tetap tak menoleh.Matanya terus memandang kaca televisyen.
"Angah.."panggil Along,perlahan tapi cukup kuat untuk didengari.
"Apa?"mata tak lepas dari memandang televisyen.
"Angah ke mana tadi?Dan dengan siapa?"soal Along tanpa selindung.
"Angah keluar ke pekan dengan kawan."jawab Angah dingin.
"Lelaki?"kali ini Angah memusingkan badan,menghadap Along.
"Ya..lelaki.Salah ke?"soalan dibalas dengan soalan.
"Angah,pergaulan lelaki dan perempuan ada batasnya.Perempuan dan lelaki yang bukan mahram tak boleh keluar berduaan.Kena ada mahram."
"Angah bukan keluar dating!"jawapan Along membuatkannya panas hati. 'Sesuka hati nak tuduh' getusnya.
"Angah..Along tak cakap yang Angah keluar dating.Along kenal Angah macam mana.Tapi itu tak bermaksud Angah boleh keluar dengan mana-mana lelaki.Along pun lelaki.Along kenal kawan Angah tu."
"Dah lah..Tak habis-habis buruk sangka dengan orang lain.Macam diri sendiri tu bagus.."Angah membentak dan berlalu ke bilik.
Along tergamam.Bungkam tanpa kata.Jauh di sudut hatinya,dia bimbangkan Angah.
'Angah,kalaulah Angah tahu beratnya tanggungjawab seorang lelaki..Along perlu tegur silap Angah.Along tegur sebab sayang.Ya Allah,peliharalah dia dari apa-apa yang tidak diingini berlaku' hatinya berbicara.
* * * * * * * * * *
Bunyi suara menangis mengejutkan Along dari lenanya.Terpisat-pisat dia bangun.Pukul empat pagi.Selesai mencuci muka,dia ke dapur.Niatnya ingin menyediakan makanan untuk bersahur terbantut apabila melihat ibunya sedang menangis dan ditenangkan oleh Angah.
"Ibu,kenapa ni?"soal Along.
Pandangan tajam Angah membuatkan Along faham.Angah marahkannya...tapi kenapa?Hal semalam ke?Deringan telefon beberapa kali di ruang tamu.Along bergegas dan menjawab panggilan.
Senyumannya mengendur tatkala insan di hujung talian bersuara.Matanya berkaca..Hati terasa berat.Kepala seolah-olah diletakkan beban.Along terduduk.Patutlah ibu menangis..Patutlah Angah marahkannya..
'Ya Allah...ampunkan aku,kerana gagal bahagiakan ibu..Ibu,maafkan Along.Along sayang ibu dunia dan akhirat."buat kali pertama,air matanya gugur di hadapan ibu
.. [ Part 4 ]
Along memandang satu per satu wajah di hadapannya.Mak Longnya bercekak pinggang,Izzat dan Ridhwan senyum mengejek,Angah dengan wajah masamnya,dan paling menyentap tangkai hatinya...Wajah ibu yang penuh riak kecewa.
"Anak dengan ayah,sama saja perangainya!! Memang dasar menyusahkan hidup orang!Inilah yang jadi bila tak ada pelajaran.Sia-sia aku percayakan kau selama ni..Mujur si Iqmal jadi penjamin.Kalau tak,rasalah macam mana hidup dalam lokap.."hatinya tersiat dengan kata-kata Mak Longnya.
Along menunduk memandang lantai.Tak sanggup mendongak,melihat wajah kecewa ibu.Ibu terguris dengan kata-kata Mak Long yang menghina ayah.Angah pula berdiri di sisi ibu,sambil merenungnya tajam.
Izzat dan Ridhwan tersenyum sinis.Dendam lama sudah dilunaskan.Tergambar kepuasan di wajah masing-masing.Selepas ni,orang kampung pasti tak akan mempercayai Along.Dan sudah tentu Along akan disisihkan oleh masyarakat.
"Along bersumpah..Along tak bersalah.Along difitnah.Along tahu tak akan ada yang percayakan Along."ujar Along,tenang meskipun hatinya hancur dek perbuatan sepupunya.
"Jangan nak tegakkan benang yang basah.Sepandai-pandai tupai melompat,jatuh ke tanah juga akhirnya.Jangan ingat semua yang kau lakukan selama ni,akan kekal tersembunyi.Suatu masa..Akan terbongkar semua perbuatan jijik kau."lantang Ridhwan bersuara.
"Kami berdua dah lama perhatikan kerja kau.Jelas pendapatan kau datang dari sumber yang haram.Cuba fikir...semua duit yang kau beri untuk tanggung pembelajaran adik-adik kau,adakah duit itu halal?Adakah berkat kerja yang kau buat?"Izzat bertindak sebagai penyokong setia Ridhwan.
Iqmal sudah menggenggam penumbuk.Kalau hilang sabar,berterabur gigi dua orang mamat ni.Menuduh melulu.Dia yang paling rapat dengan Ammar,dia lah yang lebih tahu mengenai Ammar.Ini dah masuk bab fitnah.Dan sungguh kejam..Ammar yang naif dan tak tahu apa-apa difitnah sedemikian.
Angah menghampiri Along.Wajah abangnya dipandang penuh kebencian.Seketika mata mereka bertentang.Angah menatap tanpa berkelip,cuba mencari sinar kejujuran dalam mata Along.Abangnya itu kekal tenang tanpa berubah riak.
"Along ke yang masukkan wang untuk Angah setiap bulan?Selama Angah belajar kat luar negara?"soalnya mahukan kepastian.
"Ya..Along yang masukkan.Sebab Along tahu,duit yang ibu beri takkan cukup untuk perbelanjaan Angah.Dan Along tak perlu susahkan ibu.Along akan usaha sendiri,demi Angah.Yang penting Angah boleh belajar tanpa fikirkan masalah kewangan.."terpaksa membocorkan rahsia yang selama ini dipendam.
"Tapi semua tu hasil titik peluh Along..Along tak buat..."terhenti kata-katanya saat telapak tangan Angah singgah di pipi.
"Dah,tak perlu nak explain.Izzat dan Ridhwan dah cukup menjadi saksi.Diorang tahu apa yang Along buat.Patutlah balik lewat malam..Tak lekat di rumah..Sekarang Along dah malukan ibu,Along ingat Along boleh tinggal dengan kami lagi ke?!!"herdik Angah seraya mengambil beg pakaian dan mencampakkannya di hadapan Along.
Iqmal melangkah setapak ke hadapan tapi segera dihalang oleh Along.Iqmal bukan jenis berdiam diri.Kalau tak memuaskan hatinya,Angah pun tak mustahil dapat pelempang.
"Ibu,maafkan Along sebab tak mampu jaga ibu.Maaf sebab tak layak jadi anak yang soleh.Maafkan Along sebab tak pernah bahagiakan ibu,malah memalukan ibu.Tapi suatu ketika..Along tunggu kedatangan ibu."ayat terakhir Along merentap jiwa Puan Azizah.
Iqmal menarik tangan Along,mengajak sahabatnya untuk beredar.Dia sendiri tidak sanggup menahan perasaan.Marah,sayu,geram bercampur baur.
Along menurut.Beberapa langkah berjalan,Along menoleh ke belakang.Matanya memandang tepat ke wajah Izzat dan Ridhwan.
Along bersuara sambil menahan sebak.
"Daripada Abdillah bin Amru bin al-Asr r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,"Dosa besar itu ialah menyekutukan Allah,menderhaka kepada kedua ibu bapa,membunuh manusia yang diharamkan pembunuhannya dan bersumpah palsu" [ HR Bukhari ]
"Jangan nak sucikan diri dengan menggunakan hadis.Yang haram tetap haram.Selamanya takkan jadi halal.Berlagak suci,siap bacakan hadis!!"tempelak Ridhwan.
"Daripada Jabir r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda,"Takutilah (Jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka" [ HR Muslim ]
Melihat Ridhwan masih mahu membalas kata-kata Along,Iqmal bersuara.Nadanya penuh amaran.
"Hati-hatilah dengan doa orang yang dizalimi dan air mata orang yang teraniaya".
Padu dan tepat,Izzat dan Ridhwan terdiam.Iqmal dan Along berjalan menuju ke kereta.Puan Azizah mengamati langkah Along.Hatinya mula menangis.
* * * * * * * * * *
Dah masuk minggu ketiga berpuasa.Along tinggal di rumah Iqmal memandangkan Iqmal merupakan anak tunggal.Ibu bapa Iqmal sentiasa sibuk.Maklumlah ahli korporat..Jarang-jarang ada di rumah.Lagipun Iqmal menganggap Along seperti abang kandungnya sendiri.Jika Along tinggal bersamanya,dapatlah dia belajar hukum tajwid ataupun mendengar tazkirah pendek setiap kali selepas solat.
"Iqmal...aku ucapkan terima kasih sangat sebab sudi tumpangkan aku kat rumah ni.Tak mampu rasanya nak balas jasa baik kau."ujar Along membuatkan Iqmal tergelak.
"Kalau nak bandingkan apa yang kau dah tolong,aku lagi lah tak mampu nak balas.Harta boleh dicari,tapi ilmu kekal di hati.Harta akan habis bila tiba masanya,ilmu akan berkekalan walaupun kita dah meninggal"Iqmal menepuk bahu Along.
Sejujurnya dia kagum dengan peribadi yang ada pada Along..Seorang yang bijak,penyabar,sopan.Tak dapat dibayangkan jika dia yang diuji sedemikian.Andai hati tidak mempunyai pegangan yang kukuh,tentu saja semangat akan runtuh.
Namun teringat nasihat Along saat dia menghadapi kesusahan.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sekadar kemampuannya"[Al baqarah : 286]
Semakin seseorang cuba bangkit kerana Allah,semakin Allah mengujinya.Ujian merupakan tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya.
* * * * * * * * * *
Angah menjenguk ibunya.Ibu selalu termenung sendirian sejak kebelakangan ini.Sejak Along tiada,ibu lebih banyak berdiam diri.Tak banyak bercakap seperti kebiasaannya.Timbul rasa risau melihat ibunya.Seolah-olah memikirkan satu perkara yang serius.
"Ibu,kenapa ibu selalu termenung sejak Along keluar dari rumah ni?Sepatutnya ibu gembira kerana Along dah tiada kat rumah ni.Tiada siapa yang akan malukan ibu."ujar Angah,menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Puan Azizah.
"Ibu dapat rasakan sesuatu yang pelik.Ibu rasa sunyi sangat padahal ramai orang di sekeliling.Ibu rasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup."luah Puan Azizah.
"Mungkin ibu hanya teringatkan arwah ayah.Jangan dilayan perasaan tu ibu."
Puan Azizah senyum segaris.Naluri seorang ibu tidak mungkin salah.Tapi apa yang membuatkannya resah?Semakin difikirkan semakin dihantui rasa bersalah.
* * * * * * * * * *
"Janganlah kamu bersikap lemah..dan jangan pula kamu bersedih hati..padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman..[Ali Imran : 139]
Fail berterabur di atas lantai.Selesai menyusun fail,bekas alat tulis pula jatuh ke lantai.Entah kenapa,dia seolah-olah hilang arah.Malah sepanjang hari dia terasa resah.
Deringan telefon menyentak lamunannya.Segera dijawab.Seketika,dia terdiam mendengar suara yang berbicara.
"Assalamualaikum Iqmal..Along ada kat sana tak?"soal suara di hujung talian.Kedengaran seperti baru sahaja selesai menangis.
"Maaf Mak Cik...Ammar belum pulang dari tempat kerja.Biasanya waktu malam kerjanya selesai.Itupun kalau dia tak bekerja lebih masa."jawab Iqmal.
"Bila dia pulang,cakap pada dia supaya telefon Mak Cik ya?"pinta Puan Azizah.
"Kenapa Mak Cik tak bercakap sendiri dengan dia?"kali ini Iqmal menanyakan soalan.
"Kedua-dua sepupunya,Izzat dan Ridhwan terlibat dalam kemalangan..Ridhwan dah meninggal.Izzat pula dalam keadaan tidak stabil.Mak Cik nak minta tolong dia.Izzat asyik menyebut nama Along sebelum dia tak sedarkan diri.Mak Cik dah Cuba hubungi dia dari tengah hari tadi.Sampai sekarang belum dijawab.Tak ada balasan."
Iqmal bungkam..Semuanya berlaku dengan pantas.Baru minggu lepas Ammar difitnah,minggu ini si pemfitnah..Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
"Baiklah Mak Cik..Tapi,bolehkan saya datang melawat Izzat di hospital?"
"Datang sajalah...kedatangan kamu dialu-alukan"suara Puan Azizah sambil menahan tangisan.
Iqmal memutuskan talian.Segera mengemaskan mejanya dan bersedia untuk pulang.Setelah memaklumkan kepada setiausahanya,dia bergegas menuju ke hospital.Meskipun syarikat itu hak milik tunggal keluarganya,ini tidak bermaksud dia bebas masuk dan keluar dari pejabat.Satu prinsip yang dipegang teguh olehnya,iaitu..
"Posisi bukan posesi" ringkas tapi bermakna.
* * * * * * * * * *
Tiba di hospital,Iqmal bergegas ke Unit Rawatan Rapi (ICU).Sekujur tubuh terbaring kaku,dengan wayar yang berselirat,ditambah pula dengan nebulizer dan beg darah yang tergantung.Keadaan Izzat nampaknya agak kritikal.Puan Azizah duduk di kerusi bersebelahan dengan katil pesakit.Ibu kepada Ridhwan dan Izzat menangis tersedu-sedan...tidak dapat menahan pilu.
"Mana Along? Takkan waktu macam ni pun nak pentingkan kerja?Saudara sendiri yang sakit tak dipedulikan langsung!"pedih hati Iqmal saat mendengar perkataan yang dituturkan.
SubhanAllah..betapa sabarnya sahabatku..'Ya Allah,kurniakanlah yang terbaik untuknya..di dunia dan akhirat.Sahabat yang memimpinku menuju jalan Ilahi'
Tidak mahu mengganggu Puan Azizah dan ibu Izzat yang sedang bersedih,Iqmal keluar dari bilik untuk membuat satu panggilan.'Ammar,where are you right now?'
Beberapa orang nurse dan doktor kelihatan kalut.Sekujur tubuh ditolak masuk ke wad CCU,berhampiran dengan wad yang menempatkan Izzat.Iqmal cuba melihat wajah pesakit,namun tidak dapat dikenalpasti memandangkan wajahnya penuh dengan darah.Mungkin mangsa kemalangan ngeri.Agak mustahil pesakit seperti itu kembali stabil.Namun kuasa Allah tiada siapa yang mengetahui.
Syawal bakal menjelang seminggu saja lagi.Hari jumaat merupakan hari terakhir ramadhan tahun ini.Waktu sebeginilah yang banyak terjadi kejadian yang tak diingini.Misalnya kemalangan jalan raya.
Sekali lagi panggilan didailnya..Kali ini panggilan berjawab.Serta-merta jantungnya berdegup kencang.
"Ya Allah...Kenapa dengan perasaan ini?"rintih hatinya.
[ Part 5 - Ending ]
"Assalamualaikum..Ammar,kau kat mana tu?"soal Iqmal sejurus selepas panggilan yang didailnya dijawab.
"Maafkan saya,awak ni Encik Iqmal Harith...kawan kepada Encik Ammar Furqan ke?"nada yang formal,menambah kelajuan degupan jantung Iqmal.
"Ya...ya.Kenapa dengan kawan saya?Kenapa encik yang jawab?Kawan saya di mana?"bertubi-tubi soalan disoal oleh Iqmal.
"Bertenang...boleh Encik Iqmal datang ke Prince Court Medical Center sekarang?"soal suara yang menjawab panggilan itu tadi.
"Saya ada di sini sekarang.."jawab Iqmal,menahan debaran.Dada dah rasa sesak.
"Sila datang ke wad CCU sekarang."
"Okay...Saya datang sekarang."talian diputuskan.
Iqmal menapak laju,mencari kaunter pertanyaan yang terdekat.Fikiran asyik melayang,memikirkan apa yang terjadi kepada Ammar.
'Ya Allah...selamatkan sahabatku."rintih hatinya.
* * * * * * * * *
"Macam mana boleh terjadi?Salah siapa?"
"Rasanya salah pemandu lori tu..Memandu lebih had laju."
"Kesiannya dia...Dia budak baik..Muda lagi.Rajin pulak tu.Solatnya sentiasa di masjid.Menjadi imam..dan rutin hariannya menyampaikan tazkirah.Ramai yang suka dengan akhlak dia."
"Pada mulanya aku ingatkan dia tak pandai.Tapi selepas tengok dia buat tuisyen untuk pelajar sekolah..aku kagum.Gayanya bersahaja..Caranya sederhana..Tapi ilmunya...masya-Allah..Malah tuisyen itu tak dikenakan apa-apa bayaran.Anak aku yang sertai tuisyen yang dibuat oleh dia..dah makin rajin belajar.Alhamdulillah...Allah hadirkan insan sebegini.."
"Dia dah jadi contoh kepada anak muda yang lain.Sikapnya..tutur katanya...perlakuannya..menarik hati anak muda untuk dekat dengan dia.Anak aku,dulunya kaki tak pernah jejak masjid..Sejak berkawan dengan dia,aku pulak yang diajaknya ke masjid.Alhamdulillah.."
Perbualan daripada beberapa orang lelaki dalam lingkungan umur 50-an menarik minat Iqmal.
"Assalamualaikum..pak cik."rendah suaranya memberi salam.
"Waalaikummussalam..anak ni siapa?Dan buat apa di sini?"soal mereka.
"Saya,Iqmal..Saya datang sebab nak jenguk sahabat saya.Pak cik semua sembang tentang apa tadi?"matanya memandang baju setiap orang di hadapannya.
Baju yang masih terdapat kesan darah..Mungkin mereka membantu mangsa kemalangan.Kesan darah pun masih baru lagi.Hatinya direntap..Ammar..
"Anak tak tahu ke hal kemalangan petang tadi?Sebuah motosikal dengan sebuah lori?"salah seorang mula membuka cerita.
"Sewaktu dalam perjalanan ke sini...Saya ada ternampak ramai orang berkerumun..Saya agak,mungkin kemalangan..Tapi saya tak tahu siapa dan kemalangan melibatkan apa."
"Kemalangan melibatkan motosikal dan lori"
Iqmal senyap.Jarang penunggang motosikal mempunyai peluang untuk hidup kalau bertembung dengan lori.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.."ucap Iqmal manakala semua pak cik memandangnya dengan pandangan yang aneh.
"Dia belum meninggal..Kenapa ucap macam tu?"soal pak cik yang memegang sebuah beg.Hatinya mengesan sesuatu.
"Ucapan ni sering disalahertikan.Ucapan ini bukan diucapkan apabila berlaku kematian sahaja.Ucapan ini diucapkan apabila menghadapi apa jua musibah.Namun masyarakat kita mengehadkan ucapan ini..hanya digunakan semasa berlakunya kematian.Apa jua ujian dan musibah,ucaplah perkataan ni" penerangan Iqmal membuatkan mereka mengangguk..
"Beg ni milik mangsa..Boleh kamu tolong pegang? Mangsa berumur sebaya dengan kamu.Mungkin kamu boleh tolong.Maklumkan kepada keluarganya.."Beg diserahkan kepada Iqmal.
Huluran disambut.Beg di tangannya diperhatikan.Semacam pernah lihat.Tapi tak ingat di mana.Beberapa orang pak cik tadi mula melangkah pergi.Dah hampir masuk waktu maghrib.Langkahnya dihayun..menuju ke masjid.."Apapun yang dilakuka..solat jangan ditinggalkan"teringat pesan Along.
* * * * * * * * * *
Usai solat,dia duduk di atas sejadah.Kedua-dua tangannya diangkat.Memohon doa..dengan penuh pengharapan.Air matanya berderai,tak sekalipun diseka.Memohon ketabahan..dan memohon yang terbaik untuk Ammar.Hatinya merintih sayu..
Terimbas kembali jawapan Ammar apabila ditanya,
"Kau tak pernah fikir pasal kahwin ke?Tak pernah sukakan seseorang ke?"soalnya.
Ammar tersenyum dan menjawab.
"Aku belum mampu membahagiakan seseorang yang banyak berjasa terhadap aku.Aku belum mampu memadamkan kesedihan seorang wanita yang melahirkan aku,membesarkan aku.Aku juga belum berjaya mendapatkan redha dan restunya untuk seumur hidup.Juga semua itu belum mampu aku lakukan,mana mungkin aku mampu membimbing seseorang yang bakal hadir.Wanita pertama dan terakhir dalam hidup aku hanyalah ibu."
Jawapan itu membuatkannya terdiam.Termangu sendirian.
Sehelai kertas yang terselit di beg tadi menarik perhatiannya.Rasanya tak ada pula kertas yang terselit di beg sejak tadi.Dicapainya dan dibacanya.
Room 5,CCU....
Mungkin bilik ini menempatkan pemilik beg ini.Alhamdulillah..Mungkin ini juga adalah petunjuk.Sejadah dilipat dan segera dia menggalas beg.Mahu memulangkan beg itu kepada pemiliknya.
* * * * * * * * * *
Pintu diketuk.Dari luar bilik..kelihatan beberapa orang doktor dan jururawat sedang sibuk.Proses membalut,membersihkan luka dan sebagainya dilakukan oleh para doktor dengan cekap.
Seorang jururawat membuka pintu.
"Saya hanya nak memulangkan beg ni.Rasanya milik pesakit."beg dihulurkan.
"Nama Encik apa ya?"huluran beg tidak bersambut.
"Iqmal Harith"jururawat itu termangu seketika sebelum menjemput Iqmal untuk masuk.
Iqmal bingung.Mana boleh pelawat masuk sewaktu pesakit sedang dirawat.Mengapa jururawat tadi membenarkan?Dengan fikiran yang blur,kakinya tetap melangkah.Bau ubat-ubatan dan bau darah agak meloyakan.Kecederaan yang serius.Mujurlah dia tak mabuk dengan darah.
"Encik Iqmal.."seorang doktor bersuara.
"Kenapa membenarkan saya masuk?"soal Iqmal.
"Ini adalah permintaan pesakit.Beliau mahukan Encik yang temankan dia.Pembedahan akan dijalankan sebentar lagi.Mohon Encik memberikan kekuatan kepada dia.Kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya.Namun ketentuan Allah tak mampu dihalang."suara doktor kedengaran sangat sebak.
Jururawat beralih,memberi ruang untuk Iqmal berada di sisi pesakit.Iqmal mengangkat wajahnya memandang pesakit.
Seolah-olah segala sendinya lumpuh,Iqmal terjelepok ke lantai.Dada terasa mahu pecah..menanggung rasa sakit.Terasa separuh nyawanya melayang.Jiwa bagaikan berkecai.Segala luka pesakit seperti telah beralih kepadanya.Hanya nama Allah yang terucap di bibir.
"Encik...pesakit memerlukan kekuatan.Saya faham perasaan Encik.Tapi tolong tunjukkan bahawa kita kuat."mendengar kata-kata doktor,Iqmal cuba berdiri.
Dengan tangan yang berpaut pada katil...Iqmal berdiri di sebelah pesakit."Ya Allah..kuatkan aku."
Wajah pesakit ini tidak asing baginya..Dialah Ammar Furqan,sahabat yang berjanji untuk melangkah ke jannah bersama-sama.Dialah sahabat yang mengingatkannya tentang kewajipan sebagai seorang muslim.Dialah sahabat yang menariknya saat hati lalai dari mengingati Pencipta.Dialah sahabat...in sha Allah sebagai ahli syurga.
Ammar menggerakkan jarinya.Lemah dan jelas tak berdaya.Iqmal menahan perasaan sakit yang menggunung.Tak terungkap sakitnya melihat keadaan Ammar.Jika secalit luka di badan Ammar memberi kesan kepadanya,apatah lagi seluruh badan yang berbalut..
"Ammar..keep strong okay? Jangan lupa kau ada Allah..ada aku dan..kau ada ibu.Tolong kuat.Jangan mengalah.Kau cakap kau nak bahagiakan ibu.Kau cakap nak tengok dia senyum pada kau.Jadi kau tak boleh mengalah.Apapun yang jadi aku tetap ada untuk kau"suaranya bergetar hebat.
Mutiara jernih mengalir di pipi Ammar,diseka lembut oleh Iqmal.Dia tahu Ammar akan lakukan apa saja demi ibunya.Ammar akan kuat jika ibunya datang memberi semangat...
Kerdipan Ammar dah cukup membuatkan Iqmal faham.Ya...Ammar,seorang yang tabah.Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.Siapa lagi yang diharapkan selain Allah Yang Maha Agung?Sebagaimana firmanNya,
"Cukuplah Allah bagiku...tiada Tuhan selain Nya.Hanya kepada Allah aku bertawakal dan Dialah yang memiliki arasy yang agung.."[At taubah : 129].
"Masa pembedahan semakin hampir..Pesakit perlu dipindahkan ke bilik bedah."ujar doktor seraya bergegas menolak troli keluar dari bilik.
Doktor dan jururawat bergegas keluar,meninggalkan Iqmal sendirian.Tangisan yang ditahan sejak tadi dilepaskan.Hanya Allah yang mengetahui sejauh mana kasihnya pada Ammar,sahabat yang dianggap sebagai abang.Namun tangisannya reda apabila teringat hadis yang pernah dibacakan oleh Ammar.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda,"Allah telah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,'Tiada balasan bagi seseorang hambaKu yang telah Aku ambil kekasihnya(orang yang disayangi) di dunia dan dia mengharapkan pahala daripadaKu melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." [ HR Bukhari ]
* * * * * * * * * *
Pintu dibuka...Puan Azizah,Angah dan Iqmal menapak masuk menghampiri Along yang terlentang di katil.Dah tiga hari Along koma.Tiga hari itu jugalah Puan Azizah berendam dengan air mata.
Ibu duduk di sisi katil dan menggenggam erat tangan Along.Air mata mengalir laju.Angah menenangkan ibunya.
"Along...bangunlah.Ibu dah tahu semua pasal Along.Iqmal dah ceritakan semuanya.Maafkan ibu....Along.."
Angah turut serta menangis.Iqmal meraup muka.Kasihan pula melihat Puan Azizah.Dia tak tahu apa-apa.Disebabkan fitnah,dia membenci Along.
Along menggerakkan jemarinya.Perlahan-lahan mata dibuka.Melihat wajah ibu,bibirnya cuba mengukir senyum walaupun payah.Dia tak mahu berkerut menahan sakit di hadapan ibu.Dia mahu kelihatan kuat.
"Along...Maafkan ibu.Ibu tahu ibu salah.Ibu terlalu percayakan cakap orang sampai ibu tak nampak semua kebaikan Along,Disebabkan kata-kata orang,ibu membenci Along.Maafkan ibu...Along."
Along senyum lagi.Hanya Allah yang tahu betapa lapangnya hati apabila melihat wajah ibu.Betapa gembira apabila ibu menggenggam tangannya.Satu sahaja,ibu menangis.Dia dah berjanji pada diri...takkan benarkan ibu menangis.
"Ibu...jangan menangis.Along tak pernah marah ibu.Cuma Along rindu waktu ibu marah Along apabila Along buat salah.Along rindu waktu ibu bertanyakan khabar Along.Tapi ibu jangan risau.Semua tu dah langsai..Ibu ada di sisi Along sekarang.Itu dah memadai.Maaf...Along bukanlah anak yang soleh.Along tak mampu buat ibu bangga.Along tak berpendidikan tinggi.Along tak berhak berkecil hati dengan ibu.Jasa ibu terlalu besar.Melahirkan,membesarkan Along.Along tak berhak minta apa-apa."
Tangisan makin lebat.Iqmal menahan sebak.Jika dia berada di tempat Along,belum tentu dia akan jadi macam tu.Sememangnya,dia insan terpilih.
* * * * * * * * * *
Puasa tahun ini berakhir pada hari Jumaat.Dua hari lagi berbaki.Di saat semua orang bergembira,ada insan yang sedang menderita dan berjuang mempertahankan nyawa.
Along semakin ceria.Apabila Iqmal bertanya,jawapannya hanya satu..
"Aku gembira sebab hari Jumaat,adalah hari lahir ibu.Aku akan hadiahkan sesuatu kepada ibu.Dan semoga aku kekal dalam ingatannya."
"Kau nak hadiahkan apa?"soal Iqmal tertanya-tanya.
"Sesuatu yang menceritakan semua perasaan aku.Luahan hati aku..Benda tu sama saja dengan hati aku.Hadiah itulah aku akan berikan kepada ibu."Along senyum lagi.
Iqmal terdiam..Voice recorder ke apa ni?Ermmm.
Dia cukup kagum dengan Ammar.Apabila masuk waktu solat,dia berusaha menunaikannya.Dan sebelum melelapkan mata,al-Quran menjadi lagu kegemarannya.Senyuman menjadi sedekah.Qiamullail menjadi rutin.
Wajah ceria Ammar menghilangkan resah di hatinya.Ammar adalah satu-satunya sahabat yang dia ada.Yang mengingatkannya kepada Yang Esa.
* * * * * * * * * *
"Along nak apa? Ibu akan buatkan..."begitulah Puan Azizah setiap kali menjaga Along.
Apa jua permintaan Along akan ditunaikan sedaya upaya,semampu yang mungkin.Cukuplah selama ini Along diabaikan.
"Along nak ibu senyum,ibu bahagia.."hanya itu permintaan Along setiap kali ditanya.
Tatkala Along minta untuk disuapkan makanan,naluri keibuannya terasa sesuatu.Bukan meluat,tetapi satu perasaan yang tak dapat diungkap.Bahagia??
"Iqmal...meh sini kejap."panggil Along.
Iqmal menurut.Dia duduk di sebelah Along.Apabila Puan Azizah menapak keluar dari bilik,Along bersuara.
"Aku nak pesan something.Tapi mohon jangan gelak."
Iqmal mengerutkan dahi..apakah?Dia mengangguk.
"Dalam perjalanan ke pejabat kau..kau akan jumpa satu warung,kan?"
Angguk lagi.
"Kat situ kau akan jumpa seekor kucing.Warna kelabu.Setiap pagi dan petang dia akan tercegat di depan warung tu.Aku nak mintak tolong,boleh?"
Iqmal mengangguk."Tolong apa?"
"Setiap pagi dan petang,tolong singgah dan beri makan pada dia.Boleh kan?"
Mendengar permintaan Ammar,matanya berkaca.Ammar dipeluk seeratnya.Air matanya menitis.
"Kenapa dengan kau?"soal Along,pelik dengan tindakan Iqmal.
"Terima kasih sahabat."hanya itu yang terluah.Berterima kasih kerana Ammar mengajarnya apa erti kehidupan.
* * * * * * * * * *
Hari yang ditunggu tiba jua akhirnya.Selesai membaca surah al Kahfi,Along mencapai sebuah beg kertas.Senyuman menghiasi bibir pucatnya.
Baju untuk ibu,Angah,Achik dan Adik.Dicatat sesuatu ke atas kertas kemudian diselitkan ke dalam beg kertas berisi baju.Hadiah untuk ibu,sedikit istimewa berbanding hadiah untuk adik-adiknya.Hadiah yang dirahsiakan daripada Iqmal turut disertakan bersama baju untuk ibu.
Badannya terasa sejuk.Matanya pula seakan-akan menahan rasa mengantuk yang amat.
Puan Azizah,Iqmal dan Angah melangkah masuk.Along melemparkan senyuman paling manis.Ibu mengambil tempat di sebelah Along.Along menggenggam tangan ibu,manakala matanya tepat memandang mata ibu.
"Ibu...selamat hari lahir.Dan selamat menyambut hari raya aidilfitri.Along minta. maaf semua dosa Along pada ibu.Hadiah untuk ibu dan adik-adik."beg berisi pakaian diserahkan kepada ibunya.
Air mata seorang ibu tumpah.Sebak tak terkata.
"Apa permintaan Along hari ini?"soalnya seperti biasa.
"Permintaan Along hari ni..agak banyak.Pertama,Along mohon ibu halalkan segala makan minum Along,segala susah payah ibu membesarkan dan mendidik Along.Dan yang terakhir kalau boleh,Along nak ibu cium dahi Along,sebagaimana ibu selalu cium dahi Angah,Achik dan Adik."mata Along berkaca meskipun wajahnya kekal tenang.
"Ibu dah halalkan segala makan minum Along.Dan ibu redha dengan kehidupan Along."
Saat ibu mencium dahi Along,Angah mula teresak.Iqmal menunduk.Along menangis dalam senyum.
"Terima kasih..Ciuman ibu...dan redha ibu... dah cukup untuk Along."nafasnya mula tersekat.
"Along mengantuk sangat.Maafkan Along ya?Tak dapat teman ibu?"tangan mula dingin,pucat tak berdarah.
Ibu mengangguk.
"Tidurlah Along..Rehatlah secukupnya dan tunggu ibu di pintu syurga."
Genggaman Along semakin lemah.Ibu membisikkan kalimah syahadah,diikuti oleh Along.Meskipun tersekat-sekat,alhamdulillah kalimah tersebut berjaya disebut.
Matanya tertutup perlahan-lahan.Akhirnya terpejam rapat dengan wajah tenang,sedingin salju.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un".
Persiapan untuk pengebumian jenazah dimulakan.Ibu bapa Iqmal turut hadir.Menatap wajah yang telah mengajarkan kepada anaknya apa erti kehidupan.
* * * * * * * * * *
Pagi syawal...
Semua orang mula melangkah meninggalkan tapak perkuburan.Puan Azizah,Angah,Iqmal dan kedua ibu bapanya masih setia,menghadiahkan al Fatihah dan Yasin.
"Tunggu ibu di syurga"ujar ibu.Diari pemberian Along telah dibacanya semalam.Meruntun jiwa...
Iqmal memandang langit.'Ammar,aku dah ambil kucing tu dan jadikan sebagai haiwan peliharaan aku.'hatinya berbicara.
Segala perbelanjaan untuk pengajian Angah,Achik dan Adik akan ditanggung oleh ibu bapa Iqmal.Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi..
"Dia insan terpilih.."serentak hati masing-masing berbicara.
Sebuah kesilapan..jadikan ia sebagai pengajaran..
Sebuah kegagalan..jadikan ia sebagai batu loncatan..
Sebuah persahabatan..jadikan ia berkekalan..
Sebuah impian...jadikan ia sebagai satu kenyataan.
Pemergian seseorang,merupakan sesuatu yang pasti.
Selagi mereka masih di sisi,mohon supaya menghargai.
Akhir kata,
Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
#Tinta_Cahaya ~ Tamat ~
Subhanallah sebuah cerita yang sgt sedih dan penuh hikmah.. Sifatnya mempunyai ciri ciri Rasulullah SAW.. Ibunya adalah permaisuri dlm hidupnya dn menyayangi ibunya dgn penuh kasih sayang...
ReplyDeleteSemoga kita semua boleh menjadi hamba Allah SWT yang bertaqwa inshaAllah..
Syukron kpd ukhti Intan..😊
Alhamdulillah... Sucinya keperibadian Nabi Muhammad saw.. Sgt digalakkan kita mencontohi baginda sebagai umatnya dn sebagai hamba Allah SWT yang abadi~
ReplyDelete