Thursday, 25 February 2016

Jom Sedekah !!!!

Assalamualaikum wbt, oriat hari ni saya nk share tentang fadhilat bersedekah..

** .. Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”(Qs. Al Hadid: 18)

Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

 

Keberkatan Dalam Rezeki.

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya  keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Kaya Jiwa

Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)

Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.

Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang

Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.
(Saya ada bc dilaman internet..sy tertarik jadi sy copy dan share)

Ustaz sy ada ajar sedekah ni sangat2 bagus.. Jadi kene banyakkan bersedekah tk kiralah time kita tengah senang , happy, susah, sedih ke apa.. Bersedekah lah.. Ya actually sedekah tk semestinya kene bagi duit semata2.. Sedekah ada bermacam2 jenis.. Duit tkde sokay kita tetap boleh bersedekah but how ? Haa kita boleh tolong org yg susah macam tolong dia kait rambutan ke, tolong kemas rumah dia ke tk kesah lah segala jenis tolong.. Asal kan pertolongn yg kita nk bg tu halaalantoyyiba haha.. Tk blh bg juga ? Tkapa ada lagi sedekah lain iaitu menggembirakn org.. Selalu buat org tenang , tk datangkan masalah kt org.. Org pon suka klau kita dtg... Haa tu pon sedekah tauu.. Dtg kt org jgn lh nk mengkritik sampai terguris hati someone, nak membebel sesuka hati , marah tiba2 wahal bende ciput je pon, or something else lh... Rasa macam tk lh jiga nk sedekah yg tu ? Haa ada lagi.. Kita tarik sikit urat kt muka kita kt mulut kita kasi senyum sikit lh... Senyum kan sedekah ? Haha so senyum je.. Jumpa sapa2 senyum, jumpa lagi senyum.. Senyumlah bak semanis kurma disalut madu, ditabur gula haha.. In shaa Allah.. Semoga ALLAH SWT sentiasa dengan kita...  Kita selalunya klau nk bersedekah mesti akan cari org yg susah, miskin dan sebagainya..  Ada juga yg suka menderma kt surau atau masjid , tapi seeloknya kita bersedekah dengan family kita sendiri bukan hanya dapat pahala bersedekah malah dapat pahala merapatkan silaturrahim lagi.. Tak ke bonus tu ? Kita bagi duit kt mak ayah, adik beradik , anak bini suami ,  pak cik mak cik, datuk nenek dan sebagainya..  Kita memudahkan segala urusan mereka inshaaAllah Allah swt akan mudahkan urusan kita di kemudian hari...
Semoga kita sama2 memperoleh manfaat didunia dan Di akhirat.. In shaa Allah wallahualam..

No comments:

Post a Comment