Tuesday, 13 June 2017

Aku dan novel

Assalamualaikum wbt. Hari ni tk thu nak cakap pasal apa..  So its likee emm random topic lh eh..  Okay nk cakap. Pasal novel hahah..  Yaaa sy mmg berjiwa novel,  kaki novel 😍alah tkde emoticon kaki. La pulak.  K abaikan
Sometimes pernah la macam berangan wujud ke eh lelaki macam watak hero novel hahah yaa thu tk logic en..  Perfect thooo..  Package lengkap kaya, hensem, pandai, sweet, protecter, aduh mak sapa je yg tk suka kan?  Tpi tu hnya dlm novel..  Ya novel ni macam angan2 penulis maybe sort of la yg dtg real tpi mesti akan ditambah sikit perencahnya untuk sedapkan cerita ya tk?  Tapi kt dunia realiti ni always set in our mind tht nobody's perfect.  Setiap kelebihan ada kekurangan, setiap kekurangan ada kelebihan.  Dan setiap pasangan tu saling melengkapi.  Macam dlm novel jugak (hahah again sy kaitkan dgn novel)  bila bini dia jenis hyperactive laki dia diam je..  Klau laki dia jenis sweet talker bini garang baq hang ataupon bini dia tu jenis perabgai budak2..  Macam citer suamiku paling sweet tu.. Laki dia sweet mashaAllah tapi bini dia comel jedeee..  Eii.  Hhaha. 
Tapi tk kira nk berangan jugak hahah mana la thu kot kot dari berangan tu jadi kenyataan fuuuuh fuuuh.  Haaa kau macam bomoh dah main fuuh fuuuh 😅 ..
Mesti mana yg bukan peminat novel tu macam pelik en,  apa la yg best sgt dgn novrl tu dh la tebal gila, pasal conta pulak fuh ngantuk..  Biat bedtime story boleh aaa.  Hahaha guys look..  Mostly Peminat novel ni perempuan.. Kenapa diorg suka sbb hero dia la ofkos hahah😂😂😂 diorg imagined yg hero tuu hensem baq hang, terkaya diduniaaa sweet tahap 4 tk thu la nk describe macam mana..  Tu perempuan diorg mmg suka berangan.  Terutamanya aq hahahahahahaha k.  Tapi jenjs sy pulak tk suka novel yg cinta terlebih (even mostly novel more tu cinta) sy suka yg jenis kelakar pastu ada la sweet sweet dia tu..  :3 pastu konflik dia tk over..  Klau yg over tu silap silap buku tu pon terbang ke udara bak burung burung hahaha..  Dan kadang2 akan pilih novel yg MACAM ehh pahal macam sama dgn situation aq ni hahaha (acah kaaan) yaaa itulah novel..  Novel dan perempuan tk boleh dipisahkan. Tapi maybe tk semua perempuan suka baca novel kan. 
Dan lagi satu sy suka novel tu yg happy ending,klau yg last2 hero mati ke apa Ya Allah rasa macam kenapaa laaa aq bukak novel nii!!! 
Haa lagi satu tabiat sy bila beli novel atau baca novel baru..  Mmg fisrt akan bukak bab awal la en DAN akan bukak bab akhir sbb nk tgk ending dia njce ke tk nice :3 pelik en? Tk semua yg suka baca ending dlu, sbb diorg nk suprise..  But not me Hehehehe..  Of course ill read the last chapter dlu after tht barulah read the whole novel..
Okay tu je hehehe Assalamualaikum.
Oh ya nk share kata2 kot yeke tapi ni hasil gabugan otakku dan kazenku hahaha lepas berangan nk buat buku sendiri (katanyaa lah) ...

[6/14, 10:34 AM] Nana My Kazeeen 🌹: Setiap ape yg kita bt.. Setiap ape yg ujian kita dapat.. Setiap ape yg berlaku diats bumi.. Sume nya diperhatikn...
[6/14, 10:39 AM] me: Ingat Allah itu memerhati. Setiap apa yang kita lakukan Dia Melihat.  Baik atau buruk semua dilihat. Besar atau kecik semua dilihat. Behave urself always do a good deed
[6/14, 10:42 AM] me: Tiap kali kita melakukan maksiat, kita gembira, leka, laghah sometime dengan nafsu dan bisikan iblis. Kita lupa , Allah itu melihat.  Bila mana kita berniat untuk melakukan maksiat, melakukan perkara mungkar. Kita lupa, Allah itu melihat. Tapi baikkan Allah.  Allah masih bagi kita peluang untuk hidup untuk kita bertaubat,beribadat lagi.  Tapi kita leka dengan nikmat dunia
Sekian, coloteh bdkbaek.

Monday, 5 June 2017

Beautiful manifesto on living a full life

This is your LIFE, do what you love, and do it often.
If you dont like something, change it.
If you dont like your job then quit.
If you dont have enough time, stop watching tv.
If you are looking for the love of your life, stop. They will be waiting for you when you start doing things you love.
Stop over analyzing, all emotions are beautiful. When you eat, appreciate every last bite.
LIFE IS SIMPLE
open your mind, arms, and heart to new things and people,  we are united in our differences. Ask the next person you see ewhat their passion is,  and share you inspiring dream with them.
TRAVEL OFTEN
Getting lost will help you find yourself. Some opportunities only come once, seize them.  Life is about the people you meet, and the things you create with them,  so go out and start creating.
LIFE IS SHORT
live Your dream and sharr your passion.

Sunday, 4 June 2017

Wanita hijrah I

Perkongsian yang dipetik pada akaun tumblr beliau yang diterjemah dalam bahasa Melayu ini menceritakan segala-galanya. Ternyata hijrahnya penuh suka duka.  Semoga beliau istiqamah dan kisah ini memberi inspirasi buat wanita lain yang dalam usaha melakukan hijrah.

Saya rasa bagai dilahirkan semula

Mungkin ada terfikir atau ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada saya? Pada saya hidup adalah suatu perjalanan mencari diri sendiri. Dunia adalah  dugaan untuk kita. Allah mahu hamba-Nya benar-benar pasti dan bahagia. 

Allah memberi banyak peluang kepada kita. Ramai yang tidak tahu bahawa saya pernah mengenakan niqab sebelum ini semasa proses hijrah. Kecuali anda yang mengikuti akaun instagram lama saya. Namun saya tidak lagi memakainya sejak setahun lalu. Selepas hijrah pada tahun 2012 dulu, saya mengambil inisiatif untuk menyambung pelajaran. Saya mengambil diploma dan ijazah dalam Pengajian Islam.

Mendekati agama telah membuka mata saya. Saya rasa seperti dilahirkan semua. Saya mula mencintai agama dan menjadi ekstrim serta ketagih untuk mempelajarinya. Saya menghadiri semua kelas, kursus dan seminar agama yang ada. Saya jadi sangat dahagakan ilmu pengetahuan.

Saya turut mempengaruhi orang di sekelilingnya. Namun, bukan semua tertarik untuk mengikut jalan yang sama seperti saya. Tapi tak mengapa. Saya katakan pada diri tak perlu buang masa lagi. Hidup ini singkat dan saya mesti buat yang terbaik untuk saya dan mereka yang disekeliling saya.

Hidup saya ibarat roller coaster. Datang dari perkahwinan campur dan keluarga yang bercerai berai. Saya anak sulung yang terpaksa berdikari mencari wang dalam dunia hiburan dan glamour, pernah dilanda kontroversi kerana bercerai di usia muda, pernah menjadi ibu tunggal, memperoleh wang yang banyak daripada kerjaya dalam dunia hiburan tapi ke semua itu tidak membawa saya ke mana-mana kecuali kekosongan yang bersarang di dalam diri.

Dia memberi hadiah yang tak pernah saya terima

Saya sekali lagi berkahwin dengan lelaki yang telah dikenali sejak zaman remaja.  Kami mengenali antara satu sama lain selama 3 tahun sebelum berkahwin. Dan ketika itu saya masih lagi tidak pasti dengan keputusan yang saya buat. Tapi rancangan Allah lebih besar.

Suatu hari sebelum kami berkahwin dia memberi saya hadiah yang tidak pernah diberi oleh sesiapa pun kepada saya sebelum ini. Tiket penerbangan ke tempat yang paling indah di dunia. Saya mahu bertaubat dan menyembuhkan luka-luka lama dari masa silam. Ia adalah tempat yang betul-betul ingin  saya kunjungi iaitu Makkah dan Madinah Al Munawarah.

Dia pergi dahulu ke tanah suci dan saya menyusul. Itu merupakan peluang untuk kami mencari petunjuk Allah kerana kami berdua memang mahukan jawapan. Alhamdulillah, tidak lama selepas pulang dari tanah suci kami berkahwin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di masjid dan dihadiri oleh keluarga
dan rakan-rakan.

Kami mempunyai 3 orang cahaya mata dan hingga sekarang dia tidak pernah putus asa untuk membimbing saya. Dia tak pernah berhenti mendorong dan mengingatkan saya. Dia mahukan kehidupan yang baru dan keluarga yang mendapat panduan yang betul.

Pernah hilang kawan, hilang kerja

Hijrah bukannya mudah. Saya dapat kawan baru, hilang kawan dan pernah hilang kerja. Kita fikir orang sekeliling kita baik dan semuanya sempurna tapi percayalah kita semua sakit dan jiwa kita perlu dirawat. Terlalu banyak ujian yang menimpa dan saya terpaksa mencari petunjuk Allah berulang kali. Iri hati, cemburu dan tamak adalah sifat yang membunuh manusia. Saya mahu menjauhkan diri dari segalanya yang mencemarkan.

Saya katakan pada diri bahawa kadang-kadang kita perlu bersendirian. Ia adalah cara terbaik untuk mencari ilmu dan kepastian tentang diri kita. Kita perlu merawat hati kita sendiri.  Beberapa kali saya meninggalkan chat grup yang saya sertai untuk mengasingkan diri dan kawan-kawan mungkin tertanya apa yang terjadi pada saya sekarang.

Sukar untuk saya jelaskan apa yang saya lalui. Secara mental dan fizikalnya, ia mengambil masa untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Hijrah itu pengalaman yang berlaku setiap hari. Saya dikelilingi orang bijak pandai dan insan-insan hebat yang membuatkan saya mahu lebih ke hadapan. Semakin banyak ilmu yang ditimba, semakin saya ingin mengasingkan diri dari semua orang dan meninggalkan segala hal-hal duniawi.

Saya rasa seperti mahu meninggalkan kerja dan bisnes saya. Saya letih dengan kecantikan dan perhatian dari orang lain. Saya juga berasa penat mencari wang sehinggalah satu hari saya mengambil keputusan untuk memakai semula niqab dan terus mencari Allah. Keputusan itu memang mengejutkan. Saya harus membiasakan diri dengan batasannya.

Ia merupakan medan perjuangan buat saya kerana ada kalangan yang rapat  memanggil saya Wahabi dan saya di diskriminasikan tapi saya tak peduli. Saya lakukan ini kerana Allah dan Dia tahu apa dalam hati saya.Itu yang penting. Sebenarnya saya sudah penat dengan pandangan orang ke mana-mana saya pergi. Mereka berbisik nama saya dan mengambil gambar. Saya cuma mahukan privacy.

Tak lama kemudian saya hamil anak ketiga dan ketika ini saya berdepan dugaan paling besar. Saya perlu ke kelas setiap hari, kepenatan dan emosi mula tidak stabil. Saya jadi cepat marah, stres dan tak sanggup lagi mengenakan niqab. Lama kelamaan saya semakin jauh dan satu tahap saya menanggalkannya. Ketika itu iman saya di tahap yang rendah.

Saya takut pada banyak perkara. Saya jadi tidak yakin dan kembali pada kehidupan lama dengan khimar tanpa niqab. Pada masa itu saya tak takut lagi pada perhatian orang lain, saya jadi lali. Selama lebih setahun membesarkan anak-anak saya diuji. Saya rasa kehilangan. Saya mencari dan saya kembali kepada dunia fesyen blogger. 

Adakah ini petanda dari-Nya

Saya mahu mencari sumber kewangan untuk famili. Saya mulakan bisnes dan saya berjaya. Ia menyeronokkan tapi tak memberi kepuasan. Sekali lagi tertanya-tanya adakah ini petanda dari-Nya. Saya mohon jawapan. Kata suami, berdoalah banyak-banyak. Walau pun begitu, saya tidak berhenti dari pergi ke majlis-majlis agama. Saya mahukan jawapan dan mahukan asas yang kukuh. Saya juga mahukan kerjaya yang lebih baik.

Ketika itu saya rasa seperti mahu mengajar. Saya sukakan kanak-kanak. Tapi saya tidak mendapat peluang itu lagi. Pada masa yang sama saya tidak sihat beberapa bulan kebelakangan ini. Ia memberi kesan kepada mental dan fizikal saya. Saya rasakan hijrah itu telah hilang dalam diri saya. Saya tak tahu apa yang berlaku kepada diri saya dan meletakkan segalanya pada ketentuan Allah.

Apabila perkara yang kita rancang dan harapan tidak menjadi seperti yang kita mahukan ia buat saya terfikir. Apa sebenarnya yang saya cari. Kenapa semua ini terjadi kepada saya. Kesedihan dan kemurungan yang saya lalui selepas melahirkan anak ketiga menyedarkan saya tentang apa yang berlaku. Saya kepenatan dan hilang kekuatan serta semangat. Title 'supermom' yang saya pegang dulu entah ke mana.

Saya tak dapatkan rawatan atau terapi kerana saya bimbang bosan dengan ubat-ubatan dan juga kos rawatan yang mahal. Tapi saya ada bercerita tentang apa yang saya alami dengan rakan-rakan. Saya cuba jadi kuat, tenang dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT. Dan al Quran menjadi ubat saya.

Teringin berniqab semula

Beberapa bulan lalu saya teringin untuk memakai niqab kembali. Saya banyak membaca buku tentang niqab, sejarahnya, tentang agama, nabi dan sahabat-sahabat baginda. Baru-baru ini seminar Nouman Ali tentang Aisyah dan pendedahan berkaitan hijab memberi inspirasi kepada saya. Saya bertuah di kelilingi dan dipertemukan dengan rakan-rakan baru yang berniqab.

Mereka sungguh cukup mengagumkan saya, cukup tenang. Semua ini petunjuk seakan dari-Nya. setiap surah yang saya dengar atau kelas yang saya hadiri ada mesej tersendiri. Seperti ia ditujukan untuk saya. Saya merasakan Allah memanggil saya kembali, memberi saya petunjuk. Saya kembali mendalami agama,
cuba membetulkan bacaan dan memahaminya.

Saya cukup berterima kasih dengan ustazah dari Syria yang banyak membantu dan  cukup sabar dengan saya. Saya juga seperti sebelum ini membawa anak ke kelas, mereka perlu didedahkan sejak awal. Saya mula rasa tenang dan dekat dengan Quran. Bacaan saya semakin baik. Saya tidak lagi stres tentang apa yang berlaku. Dari situ saya mula mengajar Sirah, Pengajian Islam, hadis dan hafazan ringkas kepada kanak-kanak.

Allah sebaik-baik perancang

Saya pergi ke rumah mereka yang memerlukan khidmat saya. Saya bahagia apabila segalanya berlaku seperti yang sepatutnya. Saya mula merasakan ingin kembali memakai niqab beberapa hari lalu dan dengan ketentuan-Nya saya telah ditawarkan untuk mengajar kanak-kanak serta tawaran-tawaran lain juga yang datang secara tiba-tiba.

Allah adalah sebaik-baik perancang, kini saya mendapat semua jawapan saya cari. Saya dapat peluang mencari diri dan mengenali diri saya yang sebenar. Saya gembira dengan keputusan ini. Anak-anak menyokong keputusan saya terutamanya puteri sulungnya yang berumur 8 tahun. Dia ternyata rindukan saya yang berniqab dan dia juga mahu memakainya. Insya-Allah.

Saya mengharapkan doa daripada semua yang membaca kisah ini dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana agar mengambil satu langkah pada satu masa untuk berhijrah. Bacalah Quran, belajar sebanyak mungkin tentang agama dan kembali kepada realiti. Kita tidak perlu menggembirakan orang lain kecuali Pencipta kita.

Wednesday, 31 May 2017

Limited Edition

Assalamualaikum wbt,  topik kali ni sy rasa macam nak post pasal limited edition.  Hahaha apa yang limited editionnya.  Sy nak post pasal manusia limited edition.  Kat dunia susah kita nak jumpa orang yang bersyukur dan bersabar. Haaa soo dorang nilah yang limitednya. Susah nak jumpa dengan dorang ni, klau korang ada jumpa spesis limited ni MashaAllah beruntungnya korang. Tak kesahlh orang tu kawan ke, mak ayah ke, siblings ke, bakal wife/husband to be ke tk kesahlh..korang jaga Dan belajar dari orang yang limited ni.. Jadi apa yang sy tahu, apa yang sy dengar tentang mereka yang limited ni insyaAllah sy cuba kongsikan.. Nak mintak maaf awal2 klau ada kekurangan boleh tegur.. :)

1) Bersyukur
Haaa macam mana nak tahu.. Hahah okay orang yang bersyukur ni bukan hanya bersyukur time bola goal ke, dapat dekan ke apa apa lh yang kita usually akan buat sujud syukur, ucap alhamdulillah  tapi orang limited ni dorang bangun je pagi tu dh ucap alhamdulillah sebab dorang bersyukur masih diberi peluang untuk hidup, benda yang kita sometimes tak perasan untuk ucap alhamdulillah tu..  Selamat sampai ke destinasi, lepas makan minum, dsb..  Banyak sebenarnya kalau nak senaraikan.  Banyak nikmat Allah swt yang telah diberi kepada kita.  Why not kita bersyukur? Tunjukkan rasa syukur tu.. Bukan hanya ucap alhamdulillah tapi kita guna nikmat Allah swt dengan sebaiknya..  Guna untuk buat kebaikan, guna untuk ajak orang lain bersyukur jugak.

2) bersabar
Orait sabar ni..  Orang cakap sabar ni ada limit.  Tapi sebenarnya kita yang letakkan limit tu.   Kalaulh kita nampak besarnya ganjaran jadi orang yang sabar ni, Ya Allah mesti aman damai dunia ni penoh dengan orang yang bersabar.  Sabar ni bukannya dah lepaskan marah baru kita nak cakap "sabar jelah" .. Contohnya, kereta kita kene langgar sket kat belakang..  Kita keluar.. Kita hamburkan marah, maki pesemua kat orang yang terlanggar belakang kereta kita tu pastu baru kita cakap sabar.  NOPEEEE!!!  sabar ni sebenarnya perkataan pertama yang keluar saat diri kita diuji.
Contoh lagi hahah,  "bila belakang kereta kita ada orabg tersalah langgar,  then kita keluar dengan senyuman dan cakap dengan baik kt org yg terlanggar tu..kita maafkan dia. Tkde marah marah, maki maki pesemua " yaaazzz tulah sabar..  Subhanallah indahnya dunia.

Haaa hari tu ada ustaz saya cakap..  Dia kata kt dunia ni memang orang sabar dan bersyukur sangatlh limited..  Susah baq hang nak jumpa.
Tapi antara dua tu bersyukur lah yang paling susah nak jumpa sebab apa?  Sebab contohnya lakan as perempuan bila keluar jerawat even satu je pon dia punya gelabah risau macam esok kiamat..  Ya Allah..  Cuba kita bersyukur satu je jerawat tu keluar.. Jerawat tu tak bawak geng pon.. Cuba kita bandingkan dengan mereka yang lagi kurang dari kita yang mana muka ada banyak jerawat ke apa apa lh.. 

Bila kita rasa down dengan apa yang kita ada,  cuba pabdang mereka yang lebih kurang dari kita..  InsyaAllah moga wujud perasaan bersyukur tu.
Bila diri tiba2 rasa macam nak riak ke apa hahaha cuba pandang mereka yang lebih tinggi dan lebih nikmatnya dari kita agar kita behave sikit dan tkdalh wujud perasaan riak ijub bangga berlebihan dan seangkatan dengannya.  Insyaah semoga ada ilnu yang kita dapat kongsi sama-sama.  Okay Assalamualaikum😊

Sunday, 28 May 2017

Cerita dari Pakcik Yaasin

Assalamualaikum dan selamat berpuasa sekadar berkongsi cerita untuk renungan bersama...bacalah hanya 5 minit sahaja....mari kita menghayatinya kisah kadih sayang adik beradik.

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua

kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat

pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan

kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
semoga bermanfaat perkongsian ini.
Pengorbanan sekecil mana pun,pasti diingati..dikenang..janganlah berharap balasan semahal mana...kerana yg sikit itu sebenarnya ..itulah yg bernilai besar..
Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..
❤❤❤❤❤❤❤❤.

Saturday, 27 May 2017

Ramadhan Kareem, Allah Al-Akram

Alhamdulillah sekarang kita berada dibulan yang suci yakni bulan Ramadhan . Sekarang dh masuk 2 Ramadhan.  Tadi ada tazkirah di surau area rumah.. Ini sedikit isi yang ayah share dgn kitorg kt rumah..

GANJARAN YANG SANGAT BESAR UNTUK MEREKA YANG DIKURNIAKAN REZEKI HIDUP DAN BERAMAL IBADAH PADA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

Daripada Saidina Tolhah bin 'Ubaidillah Radhiayallahu 'Anhu menyatakan bahawa terdapat dua orang daripada kabilah Baliy telah memeluk Islam dengan Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam.

Salah seorang di kalangan mereka sangat kuat beribadah dan telah menyertai peperangan lalu mati syahid. Manakala seorang lagi meninggal dunia setahun selepasnya.

Tolhah Radhiayallahu 'Anhu berkata :

"Saya telah melihat dalam mimpi bahawa ketika saya bersama dengan mereka berdua di hadapan pintu syurga, keluar seorang lelaki dari syurga lalu memberi izin kepada lelaki yang mati paling akhir di antara mereka berdua untuk memasuki syurga. Kemudian, lelaki tersebut keluar dan memberi izin pula kepada lelaki yang mati syahid untuk masuk ke dalam syurga."

Kemudian dia kembali kepadaku dan berkata :

"Kamu pulanglah dulu kerana giliranmu belum tiba masanya."

Keesokan paginya, Tolhah bercerita dengan orang ramai dan mereka merasa pelik dengan mimpi tersebut. Kisah itu sampai kepada Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam dan para sahabat menyatakan rasa pelik mereka kepada Baginda.

Baginda bertanya :

"Perkara apakah yang kalian rasa pelik?"

Para sahabat menjawab :

"Ya Rasulallah, kenapa lelaki yang kuat beribadah dan telah mati syahid ini masuk syurga lewat berbanding dengan lelaki yang mati kemudian daripadanya?"

Baginda bertanya :

"Bukankah lelaki yang mati kemudian ini dapat hidup setahun lebih daripada lelaki yang mati syahid itu?"

Para sahabat menjawab : Ya.

Rasulullah bertanya lagi:

"Bukankah dia dapat hidup pada bulan Ramadhan dan dapat berpuasa serta mendirikan solat dan sujud sekian banyak dalam tahun tersebut?"

Para sahabat menjawab : Bahkan.

Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Kedudukan dan ganjaran di antara mereka berdua adalah lebih jauh di antara langit dan bumi."

Hadith Sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Imam Ibnu Majah rahimahumallah.

"Ya Allah, kurniakanlah rezeki kepada kami untuk hidup dan melakukan ibadah sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan dan terimalah amal kami di sisi-Mu."

اللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لنا، وَتَسَلَّمْهُ مِنَّا مُتَقَبَّلا.

الفقير إلى رحمة الله و مغفرته،
أبو عمار مدني،
عفا الله عنه وعن والديه وعن جميع المسلمين.

Kata Mereka

Kata Dr. 'Aidh al-Qarni :
Dalam musibah itu terdapat empat seni iaitu mencari pahala daripada Allah SWT, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik. Dan menunggu kelembutan daripada Allah SWT.

Kata Imam Syafi'e :  Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantu mu dalam rangka ketaatan kepada ALLAH, maka pegang erat-erat tangannya, jangan pernah kau lepaskannya, kerana mencari teman baik itu susah, tapi melepaskannya sangat mudah sekali.. Terima Kasih Sahabat Dunia Akhiratku.

Drp Ibnu Mas'ud r.a Rosululloh s.a.w bersabda maksudnya:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf
Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya
(Hadis Riwayat Muslim)

Rosulullah saw bersabda
Sesiapa menghafaz 10 ayat dari permulaan Al Kahfi maka terhindar drp Al Dajjal
Hadis Riwayat Muslim

Rosulullah saw bersabda
Sesiapa yang membaca ketika bangun subuh Auzubilla himinash syaitoonirrojim, kemudian membaca 3 ayat akhir surah Al Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya sehingga petang, begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
Hadis riwayat At Tafmidzi

Drp Abu Hurairah ra, Rosulullah saw bersabda
Siapa saja yg mengajak kpd kebenaran, maka ia memperoleh pahala spt pahala org yg mengerjakannya tanpa dikurangai sedikitpun. Dan sesiapa saja yg mengajak kpd kesesatan, maka ia mendapat dosa spt dosa org yg mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun.
Hadis riwayat Muslim

#bacaqurandantajwid