Wednesday, 31 May 2017

Limited Edition

Assalamualaikum wbt,  topik kali ni sy rasa macam nak post pasal limited edition.  Hahaha apa yang limited editionnya.  Sy nak post pasal manusia limited edition.  Kat dunia susah kita nak jumpa orang yang bersyukur dan bersabar. Haaa soo dorang nilah yang limitednya. Susah nak jumpa dengan dorang ni, klau korang ada jumpa spesis limited ni MashaAllah beruntungnya korang. Tak kesahlh orang tu kawan ke, mak ayah ke, siblings ke, bakal wife/husband to be ke tk kesahlh..korang jaga Dan belajar dari orang yang limited ni.. Jadi apa yang sy tahu, apa yang sy dengar tentang mereka yang limited ni insyaAllah sy cuba kongsikan.. Nak mintak maaf awal2 klau ada kekurangan boleh tegur.. :)

1) Bersyukur
Haaa macam mana nak tahu.. Hahah okay orang yang bersyukur ni bukan hanya bersyukur time bola goal ke, dapat dekan ke apa apa lh yang kita usually akan buat sujud syukur, ucap alhamdulillah  tapi orang limited ni dorang bangun je pagi tu dh ucap alhamdulillah sebab dorang bersyukur masih diberi peluang untuk hidup, benda yang kita sometimes tak perasan untuk ucap alhamdulillah tu..  Selamat sampai ke destinasi, lepas makan minum, dsb..  Banyak sebenarnya kalau nak senaraikan.  Banyak nikmat Allah swt yang telah diberi kepada kita.  Why not kita bersyukur? Tunjukkan rasa syukur tu.. Bukan hanya ucap alhamdulillah tapi kita guna nikmat Allah swt dengan sebaiknya..  Guna untuk buat kebaikan, guna untuk ajak orang lain bersyukur jugak.

2) bersabar
Orait sabar ni..  Orang cakap sabar ni ada limit.  Tapi sebenarnya kita yang letakkan limit tu.   Kalaulh kita nampak besarnya ganjaran jadi orang yang sabar ni, Ya Allah mesti aman damai dunia ni penoh dengan orang yang bersabar.  Sabar ni bukannya dah lepaskan marah baru kita nak cakap "sabar jelah" .. Contohnya, kereta kita kene langgar sket kat belakang..  Kita keluar.. Kita hamburkan marah, maki pesemua kat orang yang terlanggar belakang kereta kita tu pastu baru kita cakap sabar.  NOPEEEE!!!  sabar ni sebenarnya perkataan pertama yang keluar saat diri kita diuji.
Contoh lagi hahah,  "bila belakang kereta kita ada orabg tersalah langgar,  then kita keluar dengan senyuman dan cakap dengan baik kt org yg terlanggar tu..kita maafkan dia. Tkde marah marah, maki maki pesemua " yaaazzz tulah sabar..  Subhanallah indahnya dunia.

Haaa hari tu ada ustaz saya cakap..  Dia kata kt dunia ni memang orang sabar dan bersyukur sangatlh limited..  Susah baq hang nak jumpa.
Tapi antara dua tu bersyukur lah yang paling susah nak jumpa sebab apa?  Sebab contohnya lakan as perempuan bila keluar jerawat even satu je pon dia punya gelabah risau macam esok kiamat..  Ya Allah..  Cuba kita bersyukur satu je jerawat tu keluar.. Jerawat tu tak bawak geng pon.. Cuba kita bandingkan dengan mereka yang lagi kurang dari kita yang mana muka ada banyak jerawat ke apa apa lh.. 

Bila kita rasa down dengan apa yang kita ada,  cuba pabdang mereka yang lebih kurang dari kita..  InsyaAllah moga wujud perasaan bersyukur tu.
Bila diri tiba2 rasa macam nak riak ke apa hahaha cuba pandang mereka yang lebih tinggi dan lebih nikmatnya dari kita agar kita behave sikit dan tkdalh wujud perasaan riak ijub bangga berlebihan dan seangkatan dengannya.  Insyaah semoga ada ilnu yang kita dapat kongsi sama-sama.  Okay Assalamualaikum😊

Sunday, 28 May 2017

Cerita dari Pakcik Yaasin

Assalamualaikum dan selamat berpuasa sekadar berkongsi cerita untuk renungan bersama...bacalah hanya 5 minit sahaja....mari kita menghayatinya kisah kadih sayang adik beradik.

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua

kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat

pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan

kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
semoga bermanfaat perkongsian ini.
Pengorbanan sekecil mana pun,pasti diingati..dikenang..janganlah berharap balasan semahal mana...kerana yg sikit itu sebenarnya ..itulah yg bernilai besar..
Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..
❤❤❤❤❤❤❤❤.

Saturday, 27 May 2017

Ramadhan Kareem, Allah Al-Akram

Alhamdulillah sekarang kita berada dibulan yang suci yakni bulan Ramadhan . Sekarang dh masuk 2 Ramadhan.  Tadi ada tazkirah di surau area rumah.. Ini sedikit isi yang ayah share dgn kitorg kt rumah..

GANJARAN YANG SANGAT BESAR UNTUK MEREKA YANG DIKURNIAKAN REZEKI HIDUP DAN BERAMAL IBADAH PADA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

Daripada Saidina Tolhah bin 'Ubaidillah Radhiayallahu 'Anhu menyatakan bahawa terdapat dua orang daripada kabilah Baliy telah memeluk Islam dengan Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam.

Salah seorang di kalangan mereka sangat kuat beribadah dan telah menyertai peperangan lalu mati syahid. Manakala seorang lagi meninggal dunia setahun selepasnya.

Tolhah Radhiayallahu 'Anhu berkata :

"Saya telah melihat dalam mimpi bahawa ketika saya bersama dengan mereka berdua di hadapan pintu syurga, keluar seorang lelaki dari syurga lalu memberi izin kepada lelaki yang mati paling akhir di antara mereka berdua untuk memasuki syurga. Kemudian, lelaki tersebut keluar dan memberi izin pula kepada lelaki yang mati syahid untuk masuk ke dalam syurga."

Kemudian dia kembali kepadaku dan berkata :

"Kamu pulanglah dulu kerana giliranmu belum tiba masanya."

Keesokan paginya, Tolhah bercerita dengan orang ramai dan mereka merasa pelik dengan mimpi tersebut. Kisah itu sampai kepada Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam dan para sahabat menyatakan rasa pelik mereka kepada Baginda.

Baginda bertanya :

"Perkara apakah yang kalian rasa pelik?"

Para sahabat menjawab :

"Ya Rasulallah, kenapa lelaki yang kuat beribadah dan telah mati syahid ini masuk syurga lewat berbanding dengan lelaki yang mati kemudian daripadanya?"

Baginda bertanya :

"Bukankah lelaki yang mati kemudian ini dapat hidup setahun lebih daripada lelaki yang mati syahid itu?"

Para sahabat menjawab : Ya.

Rasulullah bertanya lagi:

"Bukankah dia dapat hidup pada bulan Ramadhan dan dapat berpuasa serta mendirikan solat dan sujud sekian banyak dalam tahun tersebut?"

Para sahabat menjawab : Bahkan.

Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Kedudukan dan ganjaran di antara mereka berdua adalah lebih jauh di antara langit dan bumi."

Hadith Sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Imam Ibnu Majah rahimahumallah.

"Ya Allah, kurniakanlah rezeki kepada kami untuk hidup dan melakukan ibadah sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan dan terimalah amal kami di sisi-Mu."

اللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لنا، وَتَسَلَّمْهُ مِنَّا مُتَقَبَّلا.

الفقير إلى رحمة الله و مغفرته،
أبو عمار مدني،
عفا الله عنه وعن والديه وعن جميع المسلمين.

Kata Mereka

Kata Dr. 'Aidh al-Qarni :
Dalam musibah itu terdapat empat seni iaitu mencari pahala daripada Allah SWT, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik. Dan menunggu kelembutan daripada Allah SWT.

Kata Imam Syafi'e :  Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantu mu dalam rangka ketaatan kepada ALLAH, maka pegang erat-erat tangannya, jangan pernah kau lepaskannya, kerana mencari teman baik itu susah, tapi melepaskannya sangat mudah sekali.. Terima Kasih Sahabat Dunia Akhiratku.

Drp Ibnu Mas'ud r.a Rosululloh s.a.w bersabda maksudnya:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf
Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya
(Hadis Riwayat Muslim)

Rosulullah saw bersabda
Sesiapa menghafaz 10 ayat dari permulaan Al Kahfi maka terhindar drp Al Dajjal
Hadis Riwayat Muslim

Rosulullah saw bersabda
Sesiapa yang membaca ketika bangun subuh Auzubilla himinash syaitoonirrojim, kemudian membaca 3 ayat akhir surah Al Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya sehingga petang, begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
Hadis riwayat At Tafmidzi

Drp Abu Hurairah ra, Rosulullah saw bersabda
Siapa saja yg mengajak kpd kebenaran, maka ia memperoleh pahala spt pahala org yg mengerjakannya tanpa dikurangai sedikitpun. Dan sesiapa saja yg mengajak kpd kesesatan, maka ia mendapat dosa spt dosa org yg mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun.
Hadis riwayat Muslim

#bacaqurandantajwid

Tuesday, 23 May 2017

Sedar ke kita?

Sibuk kejar kehidupan.

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

@medandakwah

Monday, 22 May 2017

Dari group sebelah

Buat anak dara yg dihormati .. Just sharing ..         
          ''Oh , sebenarnya saya mahu share sesuatu daripada lecturer yang saya hormati .
Dalam kelas tadi , ada seorang sahabat bertanya , "Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar??" .
Jawapan doktor sangat menarik bagi saya .. Katanya , "Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar , akhlaknya bagus , pengurusan dirinya tersusun , hubungan dengan Allah terjaga , maka saya akan kahwinkan dia terus .. Lebih² lagi kalau satu kelas atau satu universiti .. Tapi , kalau anak perempuan saya yang minta nak kahwin tu , hidupnya dengan TV memanjang , akhlaknya entah ke mana , solatnya di hujung waktu , sudah tentu saya tak bagi"..
"Why?" .. Soal saya dalam hati .. Kemudian hati saya menjawab kembali , "Yela , maybe tak bersedia lagi la tu" .. Tapi ternyata jawapan doktor cukup berbeza ..
Katanya , "Kalau anak perempuan saya tu akhlak tak jaga , bangun tidur pun lewat dan saya pulak bagi dia kahwin , then what do you expect from her husband? A very good husband ke? Sedangkan janji Allah adalah lelaki yang BAIK adalah untuk perempuan yang BAIK .. Anak perempuan saya belum cukup baik , jadi saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik" ..
Jawapan yang ringkas , tapi amat bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri .. Saya suka pendekatan Dr Ridhwan .
Antara tips lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan doktor pada kami which is , "Lepas ni bila you all kahwin , ada isteri atau suami , then suami atau isteri you all buat masalah atau sakit , benda pertama yang you all kena buat adalah SOLAT TAUBAT ..
Sebab ape??
Sebab dosa kita , boleh jadi asbab isteri atau suami atau anak kita jadi nakal , tak dengar cakap orang dan sebagainya" .. REFLECTING .. That is the concept .. So , sebelum kita nak tuduh orang lain salah , better kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana .. Fuhhhhh !! Memang TERBAIK tips doktor !!! 
          Share dan sebarkanlah agar ibu bapa dan rakan² anda membacanya !!! Tak salah kalau kita bermuhasabah untuk jadi much better kan 😉   Wallahua'lam ..
#worthreading
Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.
👍  👍  👍  👍 
Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya.
👍  👍  👍  👍 
Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)
👍  👍  👍  👍 
Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran.
👍  👍  👍  👍 
Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia.
👍  👍  👍  👍 
3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan)
👍  👍  👍  👍 
Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.
Pringatn:~ buatlah baik walau sekecil kecilnya. '' ..

#Al Iffa Tasleema

Budak bernama Zali

Assalamualaikum wbt, post kali ni more tu luahan perasaan la kot Heheeh.
Pagi tadi mak admin crita pasal kawan adik.  Kawan adik ni nama dia zali.  Zali ni selalu gak dtg rumah sebab nak panggil adik admin pegi surau, baguskan.  Tapi tulah admin tk kenal la pulak dia even selalu dtg rumah pon ahahaahah (nmpakkan admin ni tk skondeng org pon😁) nak dijadikan cerita ada satu hari tu zali ni pegi la panggil sorg member dia nk ajak pi surau pastu budak tu keluaq la cakap dia tkleh pegi sbb kene tolong ayah..  Tapi zali ni ajak jugak yela nk pegi solatkan kt rumah Allah pulak tu takkan tkblh tinggal sekejaaaaaaaaaaaaap je utk pi dating dgn Allah.  Tapi budak tu still ckp tkblh suddenly Bapak budak tu keluaq haih.  Nk thu bapak dia cakap apa ?  Admin tk ingat la the exact words yg bapak dia cakap (hasil penceritaan adik hamba)  apa yg ingat bapak dia ada cakap
1. "ni kenapa ajak anak pakcik/aku(tk ingt mana satu)  pegi surau ha?  Dia sibuk.  Nk tolong pakcik/aku."
2. "Kau tu pegi surau ingat kau baik sgt ke?  Betolkan niat tu balik "

Ya Allah Ya Rabbi kesian budak zali tu,  niat pegi rumah member dia nk ajak pegi surau last2 kene sembur pulak.  Tpi tkpe dik pahala hang dh dapat Allah Maha Mengetahui.  Kalau akak kt situ lakan tk thu la .. Maybe akk cakap "okay pakcik sorry kacau tpi pakcik one day nnt kita akan pegi surau jugak duduk depan sekali pulak,  tpi kita tkyah solat sebab nanti org yg solatkan kita" haaaa sentap tk sentap.
Kita nk ke surau ofkos la untuk solat kan ya Allah bila dgr je crita tu terus admin bertukar macam super saiyan dalam cerita dragon ball tuuu maghah ni maghah tk sangka wujud manusia macam tu.  Tkpelah semoga Allah bg hidayah kt pakcik tu. 
Jadi guys  korang pon kene ingat ni as reminder la JANGAN TINGGAL SOLAT sebab nanti dalam kubur benda pertama yang akan disoal adalah SOLAT.  yang lelaki amat amat digalakkan untuk solat berjemaah.  Yang perempuan seeloknya solat dirumah kalau ada bilik solat dalam bilik.  Kalau kita sesibuk mana pOn kalah PM pon solat jangan tingaaaaaal.  Azan masuk pap terus kita pi solat.  InsyaAllah kita akan rasa Ya Allah urusan kita dipermudahkan masa kita terasa panjang Subhanallah..  Haaa nampakkan?  Kita utamakan Allah,  Allah bantu kita.  Solat.  Jangan jadikan solat ni satu bebanan buat kita.  Jadikan solat ni macam waktu kita untuk rehat dari segala hal dunia.  Solat ni untuk kita recharge balik energy kita yang habis kt keje kita sakni.
InsyaAllah semoga dilindungi Allah.
3 days left for Ramadhan insyaAllah.  Dah nampak pintu gerbang Ramadhan melambai-lambai.. Bulan pon terang je pagi2 MashaAllah. 
Sekian sahaja Assalamualaikum 😊.