Sunday, 22 February 2015

WAHAI REMAJA, NAK NASIHAT MEMBER PASAL KAPEL, TPI SUSAH EN.. BACA NI..

Jujur aku tak tahu nak mulakan macam mana entri kali ni.

Ini soal hati.

Directly cakap,

Dalam memburu solehah, ada kala dia lelah. Dia lemah, dia tersalah langkah. Dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar.

Dalam menggapai gelaran si musleh, syabab itu terjatuh. Sangkanya itu tak mengapa. Namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya.

Member minta aku buat entri ni. Untuk tegur dia, untuk tegur orang yang dia sayang, untuk tegur aku, untuk tegur kita. Kadang kita leka dengan dunia.

Kita tahu, berubah ni step by step. Tapi kadang kita lupa, syaitan punya stail nak sesatkan manusia pun step by step.

Sedangkan syaitan ni dah hasut berjuta manusia dari zaman Nabi Adam, setakat kita yang iman tak kuat mana ni lagi senanglah kan diorang nak hasut. Lalu tanpa sedar, masing-masing tergelincir.

Aku tak kata tak boleh langsung berhubung dengan ajnabi. Tapi ada batas. Selagi belum nikah, selagi tu ada batas. Ingat?

Mula-mula berbual benda penting. Mesej bila ada urusan. Contact pun benda-benda yang ada kepentingan. Lama-lama, makin pelik konsep perbualan tu. Benteng batasan syariat tu macam pecah secara perlahan.

Akhirnya berbual bertanya khabar, benda-benda yang tak penting sangat sebenarnya. Sejam tak dapat mesej dari orang tu, hati dah mula resah. Rasa serba tak kena. Waktu tu kondisi iman mula yanqus, menurun. Lemah. Goyah. Tapi kita tak sedar. Kita rasa, "Ala biasalah ni. Nama pun sayang."

And perkara ni aku dah lama cakap dengan kawan aku ni. Dia pun, mula-mula malas nak dengar. Abaikan nasihat aku, nasihat member lain. Iyalah, kadang kita nampak yang berbeza jantina ni lebih ambil berat pasal kita, sedangkan yang sejantina ni ramai lagi yang sudi ambil berat sebenarnya.

Aku dan geng-geng RKS (Remaja Koya Sejati) ni pun basuh punya basuh budak sorang ni, akhirnya dia mengalah. Okay aku tahu sakit tu macam mana. Pedih. Yes. Lepaskan orang yang kita sayang, sebab nak tengok dia bahagia raih cinta Dia.

"Macam mana kalau aku bangun tidur, tak ada mesej dari dia? Kosong doh hidup."

"Kau mampu, insyaallah. First week mungkin susah sikit, lama-lama kau boleh."

"Tapi aku sayang gila kat dia. Aku sayang gila."

"Kalau sayang, mesti sanggup melepaskan, kan?"

"Kau bukan kat tempat aku, bolehlah cakap."

"Ya, memang aku bukan kat tempat kau. Tapi kau kena faham, aku tak sanggup tengok orang-orang yang aku sayang, tergelincir free-free je sebab syaitan."

"Kami bukan cakap benda lagha pun."

"Okay tak lagha. Tapi aku tahu, dalam solat kau, kau ingat dia, kan?"

"Mestilah ingat."

"Waktu study kau ingat dia kan?"

"Ya..."

"Waktu makan kau teringat conversation kau dengan dia, kan?"

"Hm."

"Sebelum tidur, kau mesej dia kan?"

".........."

"Bangun tidur, kau cari phone, check ada mesej dari dia tak, kan?"

"Hm."

"Kau buat apa pun kau ingat dia, kan?"

"Aku sayang dia!"

"Kalau sayang, kau mesti nak tengok dia ke syurga, kan?"

"Ya."

"Jadi kau kena lepaskan dia, atas dasar sayang kau pada dia, sayang kau pada agama, sayang kau pada yang ciptakan korang berdua. Lepaskan dia, boleh?"

Dia nangis. Untuk pertama kali, aku guna cara paksaan sampai orang menangis sepanjang lalui proses tarbiyah dakwah ni.

Aku minta maaf. Ini bukan sengaja. Aku sayang kau. Kami sayang kau. Macam mana kau sayang dia, aku nak kau tahu, kasih sayang Allah pada korang berdua, pada kita semua lebih luas daripada tu.

Itu antara satu scene dalam mem'basuh' member aku ni, dan aku tahu sampai sekarang dia masih susah nak melepaskan. Tapi dia minta aku buat entri ni. Supaya orang di sebelah sana juga faham situasi. Sebab dia tak ada kekuatan nak jelaskan sendiri. Hatta aku juga tak ada kekuatan tengok member aku yang kuat, yang jarang menangis, yang sentiasa nak menang, yang susah kalah, yang susah tundukkan ego, akhirnya terjatuh.

Aku tak salahkan mana-mana pihak, aku salahkan diri aku. Diri aku yang tak cegah dari awal. Salahkan diri aku, yang biarkan semuanya berlarutan. Salahkan diri aku, sampai semuanya jadi makin payah untuk dilepaskan. Maafkan aku, kawan.

Untuk si mawar berduri yang aku hormati, ini pesanan dari dia untuk kamu. (Tapi dah dialih bahasa juga di edit sikit sebab ayat dia jiwang sangat. Nanti lain pula jadinya. Saya ambil part yang boleh dikongsikan secara umum saja.)

Semoga dipinjamkan kekuatanNya dalam hatimu, untuk menjalani hari-hari dengan penuh keyakinan dan redha atas setiap yang berlaku.

Bukan tak sayang, jauh sekali membenci. Tapi perpisahan ini perlu, untuk aku dan kamu cari semula makna soleh dan solehah dalam diri.

Janji saya, berpisah di dunia, bertemu di syurga.

Permintaan yang saya buat, bukan atas kerelaan diri. Tapi atas paksaan iman. Tak sanggup tengok orang yang saya sayang terus tertipu dengan hasutan syaitan.

Saya berdosa. Sebab saya, awak leka. Itu tak apa. Tapi saya taknak, awak sama.

Allah ciptakan pertemuan, kemudian Allah ajarkan saya banyak perkara.

After that Allah aturkan perpisahan. Untuk tengok sebenarnya siapa lebih kita utamakan. Dia atau dia?

I admit it, it isn't easy to let you go. But for His sake, untuk kebaikan kita, untuk kebaikan iman dan hati kita, untuk tak wujudkan fitnah kepada agama, saya minta. Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak.

Keep in touch dalam doa, okay?

Jumpa di syurga.

Jangan nangis-nangis,

Allah uji kita dengan pertemuan, sekarang Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ni juga satu ujian? Untuk sejauh mana kekuatan iman.

C/p

Semoga kuat. Allahu yubarik fik.

Assalamualaikum wbt.

Monday, 16 February 2015

KISAH BENAR banyak memberi kesedaran kepada dirini.. Saya ambil dari team tazkirah.. In shaa Allah

Abrar
'Wehh, aku ahli Syurga der. Perghh.'

Apahal mamat ni tetiba ngaku ahlul jannah? haha

Aku tumbuk lembut. 'Perasan ah lu'

'Jealous le tu.' Kami gelak kuat. Haha.

Semua ushar slack kitorang. Erghh lupa sekarang ni kelas tafsir quran dengan Ustaz Hadi.

Ustaz Hadi?

Gulp

'Sedap borak. Cerita sikit cerita gempak korang tuh.' Suara Ustaz menerjah kalbu.

Aku dan Abrar hanya senyap. Kelu lidah diam seribu bahasa. Rasa bersalah gila.

Arghh it's all your fault Abrar. Tetiba mengaku diri ahli Syurga. Tak leh blaa.

'Luqman, ulang balik ayat quran dalam ulum tafsir kita belajar hari ni.'

Hampeh. Memang tak ah. Aku tadi dok fikir pasal the upcoming SPM. 3 hari lagi kot. Tak dengar sepatah pun apa Ustaz ajar kat depan. Hehe. Don't do this at home tau.

'إِنَّ الأبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ'

Suddenly Abrar tolong jawab. Abrar, you are my hero!

'Awak nama Luqman ke? Nak bajet hero sangat, sila bagi Ustaz tafsiran sepenuhnya pasal ayat itu.'

'Tak tahu Ustaz. Tadi tak dengar. Hehe.' Abrar tunduk malu.

Aku gelakkan Abrar. Haha. Hero poyo kita kena serang.  Siapa suruh kacau aku tadi.

'Tekan tubi 100 kali dan yang lain tolong kira' Hukuman mandatori Ustaz Hadi kami terima.

Gulp. Tersedak. Aku henti gelak.

Perghh selalunya 50 je kot. Why 100?

'It's our pleasure Ustaz. Kami sanggup mengira 100 beramai-ramai.' dengan sarkastik mereka menerima amanat itu.

Syok ah diorang dengan hukuman mandatori tersebut. Kurenggg

***

'Abrar, tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat.' Abrar baca tafsiran ayat 13 surah Al-Infithaar.

Pecah gelak kami. Teringat kisah pagi tadi. 100 kali tekan tubi beb.

'No wonder kau ngaku ahli Syurga pagi tadi. Regarding ayat tafsir yang Ustaz ajar rupanya. Haha.'

Abrar tumbuk lembut aku semula. 'Aku bukan apa Luqman. Aku tengok kau termenung panjang. Ustaz mengajar kat depan tu kau buat dek je. Tak nak ah tengok kau dok risau pasal SPM sangat. Ilmu akhirat ni penting jugak. Kita nak jadi Da'ie professional kan? Dunia & akhirat dua-dua kita awesome!'

Aku terharu. Terharu sangat. Kawan tersasar sikit, tarik terus. Itulah Abrar. 
Masuk Syurga bersama bukan sorang, Syurga Allah luas beb. Itu katanya. Haha

'Sayang jugak kau kat aku ye.'

'Ofkos lah bro. Kata nak berjiran sebelah Istana kat Syurga?'

'Nanti boleh kita main lawan perang antara Istana. Hehe'

Haha. Tak habis kami gelak berdua. Bergurau tak habis-habis.

'Sekarang jom sambung belajar. 3 days left nak SPM der.'

Baru nak lupakan Inche SPM. Arghh

'Luqman, you promise me straight A's right? Aku nak tuntut straight A's tu masa ambik result nanti. Kalau tak belanja keropok lekor 10 ringgit. Ingat deal kita dulu? Hehe.' Abrar ugut aku. Hampehh

'Mentang-mentang pelajar harapan sekolah nak bajet. Blaa ah mamat poyo.' Aku sindir dia. hehe

Abrar memang pelajar harapan sekolah kami. Walaupun sekolah kami sekolah Tahfiz serta ada pengajian kitab agama, dia tetap komited dalam akademik.

Katanya mahu jadi Muslim yang perfect segenap aspek. Baru boleh jadi pemburu Syahid di Palestin.
Nak Syahid tapi badan ketot kecik pendek. Ekeke. Gurau je bro.

'Haha. Pelajar terbaik tu cikgu salah kasi kat aku. Salah nama. Hehe. Apa-apa pun Alhamdulillah untuk rezeki itu ya Allah!'

Abrar tiba-tiba senyap.

'Luqman, kau tahukan result PMR aku macam mana?'

Aku angguk. Result PMR dia tidak seperti apa yang dia harapkan.

'Aku nak bangkit ah. PMR aku dulu tak gempak. Aku sedih. Aku dulu tak belajar pun, nak dekat-dekat PMR baru nak terhegeh-hegeh nak belajar. Last minute belajar. Hasilnya result aku hampeh.'

'Allah itu maha Adil, mana mungkin Allah tidak berlaku Adil. Kalau spend masa kat futsal most of the time dan tak belajar, tapi result gempak sama dengan orang yang most of the time spend masa rajin belajar, itu tidak patut. Allah kasi setimpal dengan usaha kita. Aku faham konsep itu.' Abrar menambah.

Benar kata Abrar. Nak benda awesome, usaha kena awesome. Tak cukup dengan berdoa, beribadat sahaja tanpa usaha tapi nak result gempak.

You get what you give. Allah itu maha Adil.

'Eheh tetiba emotional pulak lu. Shuh shuhh. Jom kita sambung belajar.'

Sepanjang tahun ni kami study sama-sama kat masjid, tahajud, dhuha, baca quran. Everything together ah. Romantic till Jannah katakan.

'Luqman, it's already 1 am. Should we do our routine?' Abrar tunjuk jam tangan dia.

Routine?

'Dunia itu dunia juga. Hubungan dengan Allah kena jaga. Ingat, cinta Allah nombor satu, cinta lain Allah akan bantu. Let's do our routine bro!'

Eheh, boleh lupa pulak dengan routine kami. Ni mesti effect tekan tubi 100 kali tadi. Haha

'Jom!'

Wudhu' diambil. Solat tahajud didirikan.

Kata-kata Cinta terucap indah disaksikan tikar sejadah malam itu. Hajat diminta agar Allah permudah urusan kami menghadapi SPM yang bakal menjelma.

Allah bersama kami. InshaaAllah.

***

Cuti panjang SPM.

Dulu tak sabar nak cuti, sekarang dah muak dengan cuti.

Aisehmen, masa cuti panjang SPM ni memang dugaan gila beb. Istiqamah itu hilang mana entah.

Kalau kat sekolah dulu memang senang nak beribadah. Bila kat rumah ni memang rasa graviti bumi meningkat 10 kali ganda. Susah gila nak buat ibadah. Erghh.

Luqman, where have all your tahajud, qiamullail, dhuha, ma'thurat gone?

Tahajud, Dhuha wa Ma'thurat itu bila ada mood je.

Err, ada satu je istiqamah, Qiamullail.

Tapi bukan Qiamullail, Qiamonline.
bangun untuk online. hehe

Tapi okay apa. Aku istiqamah berdakwah kat alam maya. I created blog for dakwah and I even active in sharing tarbiah in Facebook and Twitter.

Pheww. Letih juga berdakwah kat alam maya nih. Kena kutuk, kena cemuh.

'Tak rasa lagi dakwah kat dunia realiti luar. Tak rasa lagi cara Nabi dalam berdakwah. Setakat dakwah kat alam maya dah bangga? Puih.'

Teringat kata-kata sarkastik Abrar kat aku. Perghh sentap beb.

Lagipun aku naqib untuk usrah kat kawasan perumahan aku. Okay apa?
Eheh, bajet pulak aku. Astaghfirullah.

Tengah scrolling timeline Facebook tiba-tiba ada satu status yang menarik perhatian.

"20.3.14" tak sabar. Haha :)

Abrar update status facebook.

'Eheh, tahu laa 6 hari lagi nak ambik result SPM bro. Tak payah ah nak ingatkan aku.'

Aku nak taip sebenarnya kat ruang komen. Tapi, tiba-tiba hati kata tak payah.

Lagipun masa itu aku tengah busy usrah online kat group Facebook. Rasa malas pulak nak comment-comment kat status orang.

Bukan aku tak rindu Abrar. 3 bulan tak berjumpa kot. Rindu sangat.

Tapi 6 hari lagi kita akan berjumpa kat sekolah masa ambik result SPM. Masa tu aku nak peluk kau erat-erat!

Allahu, rindu sangat dengan Abrar.

Moga Ukhuwwah kami hingga Syurga.

Ameen

***

Pagi jumaat.

Ramai yang update status pasal kelebihan hari jumaat serta sunnah hari jumaat. Belambak.

Alhamdulillah banyak kesedaran dalam menyebarkan dakwah & tarbiah.
Ramai sudah merasakan diri mereka Da'ie.

Bukankah qualification menjadi Da'ie hanyalah perlu ucap : Laa ilaha illa Allah?

Ya badroteem, Ya badroteem. Min hadza kulla kamaalee

Smartphone aku berqasidah. Peghh bakal smartphone Syurga katakan. Hehe

'Assalamualaikum. Wehh Luqman. Kau tahu cerita tak?'

'Waalaikumussalam. Apehal kalut-kalut nih?'

'Sahabat kita meninggal beb. Pagi tadi. Kena langgar bas masa on the way ke masjid.'

'Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Wehh relax relax. Siapa?'

'Abrar Bakri.'

...

'Err Luqman, are you there?'

'Aku tak faham. Kenapa mesti Abrar? Kenapa bukan orang lain? kenapa mesti Abrar?'

'Ketentuan Allah bro, sabar lah. Kita doakan Abrar. Sabar ye.'

'Sabar ape? Wehh kau senang cakap. kenapa mesti Abrar? Kenapa bukan orang lain? Kenapa sekarang? JAWAB SOALAN AKU!'

Aku terus matikan talian. Rasa hangat butiran air mata kat tangan.

Eh. Kenapa aku nangis ni?

Abrar meninggal dunia?
Bukan dia baru update status malam semalam?
Bukan aku nak komen kat status Facebook dia?

Makin kuat aku nangis.

Aku tutup phone.
Aku tutup laptop.

Nangis. Itu sahaja yang aku mampu.

***

'Luqman, main futsal jom!'

Main futsal?

Tengok bola futsal aku dah ingat Abrar.
Setiap petang main dengan dia.

Teringat Abrar sikit aku terus nangis.

What happened to me?

Nak main futsal nangis.
Nak solat tahajud nangis.
Nak solat Dhuha nangis.

Nak berdakwah pun nangis.

Semuanya mengingatkan aku kat Abrar.

'Luqman, kalau aku mati nanti jangan nangis. Tembak kat aku doa banyak-banyak tau.'

Aku nak doakan kau pun aku nangis, macam mana ni Abrar?

Aku menangis bukan sebab aku tak redha kau pergi,

Aku tahu air mata tidak bisa mengembalikan yang pergi.
Namun setidaknya mampu mengurangi sedikit beban yang ada di hati

Abrar,
Aku cuma rindu kau...

***

'Luqman okay?' Adam tanya tanda ambil berat.

Aku mengeluh panjang 'Ana okay je InshaaAllah.'

Kalau tak disebabkan amanah aku sebagai naqib Usrah, dah lama aku escape Usrah hari nih. haihh

Abrar sama Usrah dengan aku.
Aku naqib, dia penolong naqib.

Aku rasa nak nangis je depan diorang nih. Allahu.

'Kat mana kita berhenti hari itu'

'Tak tahu. Dah lupa'

'Come on, serious lah Luqman.'

'Ana dah lupa nak buat macam mana huh! Nak paksa ana balik ambik ke apa?' Aku jawab dengan kasar.

Erghh. aku takde mood langsung nak berusrah. Semua benda persediaan usrah yang aku nak kongsi aku lupa.

'By the way ana tak bawak buku usrah pun hari ni. Maaf. Ana memang tak layak jadi naqib.' Aku tiba-tiba emotional.

'Please stop all this nonsence Luqman. Abrar dah takde. Lupakan dia. Kau nangis macam mana sekalipun dia takkan hidup balik. Teruskan hidup kau.'

Kurang ajar. Lupakan?

Aku jeling Adam.
Tanpa banyak cakap, aku tinggalkan majlis Usrah.

'Kurang ajar kau nak kutuk Abrar. Jangan harap aku jejak kaki join Usrah ni lagi.'

Apabila hati dikuasai marah, beginilah jadinya.

Aku pencen jadi naqib terus.
Halang-halang aku nak stop berdakwah terus.

Tak effect pun Ummah kalau aku stop berdakwah.
Ramai lagi yang berdakwah selain aku.

Selamat tinggal dunia Dakwah & Tarbiah.

Sayounara!

***

'Where is the old Luqman? yang hebat berdakwah tu?'

Aku tersenyum baca inbox Facebook aku. Naqib usrah lamaku, Bro Ameer.
Aku terus phone call. Rindu kat Bro Ameer. Apa khabar dia agaknya?

'Err Bro Ameer, I don't know. Cuba cari the old Luqman dalam gaung. Ana dah buang dalam gaung hari tu.'

Ameer gelak. 'I want to speak with the old Luqman, not the new Luqman. I hate the new Luqman!'

Haha. Pecah gelak aku. The old Luqman dah hilang. Hilang sekali dengan pemergian Abrar.

'I miss your Facebook status and tweets. Kenapa pencen dengan job yang bawa enta ke Syurga?'

'You know what happened to me right? You know about Abrar. You should understand my feelings right now. Ana rindu Abrar sangat-sangat. Dalam segala perbuatan ana sekarang ana teringat akan Abrar. Tak boleh nak buang. Serious! Ana sangat-sangat rindu Abrar!'

Ameer mengeluh panjang. 'So that's why you stop Dakwah and Tarbiah huh?'

'Without Muhammad Luqman bin Hakeem, Dakwah and Tarbiyyah masih berjalan lancar dalam Ummah. Bukannya tanpa ana Dakwah dan Tarbiyyah terus berhenti. Itu mustahil. So, nothing change if i give up in dakwah & tarbiyyah.' Panjang penerangan aku. Pheww

Ameer senyap agak lama.

'Luqman, dengar apa yang ana nak kata ni. Dengar dulu, nak terima atau tak kemudian. Dengar dahulu. Boleh?' Ameer seperti ada banyak benda nak cakap.

'Err my pleasure bro...'

'Give up in Dakwah & Tarbiyyah?

Remember this bro.

Kalau enta kata:
'Malas nak berdakwah. Ramai dah berdakwah'
samalah macam enta kata
'Malas nak masuk Syurga. Ramai dah masuk Syurga'

So Luqman dah give up nak masuk Syurga ke? Ramai dah masuk Syurga. Haha.'

Give up masuk Syurga? Erghh sentap

'Luqman rindu Abrar ye? Ye ana faham Luqman rindu Abrar. Sahabat katakan.

Kadangkala kita rasa kita sangat rindu kat seseorang.
Sama ada hidup atau yang sudah mati.

Rindu yang teramat.

Tapi sebenarnya kita lupa.
Kita lupa siapa yang menciptakan perasaan rindu itu.

Siapa yang cipta perasaan rindu itu?

Ingat selalu Luqman, Allah yang cipta perasaan rindu itu.

Sebenarnya bukanlah si Abrar yang kamu rindu itu, kamu rindu Allah sebenarnya.
Luqman rindu dengan Sang Pencipta Rindu...

Oleh itu Allah kurniakan rasa rindu kerana Allah rindu cinta Luqman kepadaNya.

Allah rindu Luqman. Tak nak balas ke rasa rindu Allah itu?

by the way Luqman, please answer my questions...

Di mana Allah kat hati Luqman?
Sehinggakan Luqman mampu rindu Abrar melebihi rindu kepada Allah?

Di mana Allah kat hati Luqman?
Sehinggakan Luqman mampu cinta Abrar melebihi cinta kepada Allah?

Luqman sahabatku, di mana Allah di hati Luqman?'

Bro Ameer henti berbicara. Ucapan salam diberi.

Talian dimatikan.

Allah Allah,

DI MANA ALLAH DI HATI AKU?

***

Alhamdulillah.
Kini aku sudah pulih.

Aku Da'ie professional. Bak kata Abrar:
'Kita nak jadi Da'ie professional kan? Dunia & akhirat dua-dua kita awesome!'

Aku juga pulih daripada silap meletakkan Cinta.

Sepatutnya Cinta Allah nombor satu,
Cinta lain Allah akan bantu.

Ketika scrolling timeline Facebook, ada satu status Facebook yang tarik perhatian aku:

---------------------------------------------

Tetiba pagi tadi phone ringing.
Azim call.

'Wehh, Abrar meninggal dunia pagi tadi.'

'Abrar mana ni?'

'Abrar mana lagi? Abrar kauthar ah.'

'Abrar kena langgar bas masa on the way balik daripada masjid.'

'Abrar mana ni?'

'Abrar mana lagi? Abrar kauthar ah.'

'Abrar kena langgar bas masa on the way balik daripada masjid.'

Abrar?

What?

Menangis. Aku menangis.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.

Mustahil.

Dia masih muda. Baru 17 tahun.
Mana mungkin dia mati!

Itu getus dalam hati aku.
Aku tidak percaya khabar itu.
Tak masuk logik akal aku!

Tapi,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati (Ali Imran: 185)

Siapa kata mati masa tua kerepot je?
Silap. Sungguh aku silap!

Aku tengok status Facebook dia, tak sabar tunggu 20.3.2014
Dia excited nak ambik result SPM.

Dia yakin result dia gempak!

Mungkin selepas dia berusaha sungguh-sungguh untuk SPM.
Bersungguh untuk bangkit setelah tewas dalam PMR.

Aku tahu dia memang berusaha betul untuk SPM.

Tapi,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati (Ali Imran: 185)

Aku tahu itu.
Aku maklum aku akan mati.
Aku hafal ayat itu.

Tapi,

Apa yang aku fikir sekarang?
Apa yang berlegar dalam otak aku sekarang?
Apa yang aku fikir sekarang SPM SPM SPM!

Mati aku tak fikir langsung.
Aku tak kesah langsung.

Mati aku tahu ke bila?
Apakah aku dah sedia nak mati?

Aku ni yakin gila aku mati lepas result SPM.
Aku macam yakin 100% yang aku mati lepas SPM.

Padahal,

Mati bila-bila.
Boleh 5 saat lagi.
Boleh 5 jam lagi.

Namun mengapakah aku amat yakin aku mati lepas ambik result SPM?
Astaghfirullah.

Abrar,
6 hari lagikan kita nak ambik result?

Tapi Abrar tak tahu dia mati hari ini.
Ketentuan Ilahi dia mati hari jumaat.

Benar. Hari Jumaat.
MasyaAllah hari jumaat.

Moga Allah bagi Syurga kat Abrar.
Ada berkat Abrar meninggal dunia hari ini.

mati dalam pakaian ke Masjid.
mati dalam pakaian Sunnah.
mati setelah solat subuh di Masjid.

Aku doakan kau Syahid Abrar!
Aku doakan kau jadi Ahli Syurga.

Tunggu aku.
Aku akan menyusuli.
Dengan title Syahid InshaaAllah.

---------------------------------------------

Lepas sahaja baca status tersebut, aku teringat satu kata-kata Abrar

'Luqman, aku ingin nak join program Pencetus Ummah. Doakan aku dehh...'

Abrar, doa kau makbul.
Abrar, sesungguhnya kaulah pencetus Ummah.

Benar.

Sekarang kau telah menjadi seorang Pencetus Ummah.
Pencetus kepada para pelajar yang menunggu result SPM.

Pencetus agar ingat mati.
Pencetus agar ingat Allah.

Tarikh result SPM tahu bila, tarikh mati tahu?

So why must we cuak dengan something yang tahu bila berbanding something yang mungkin 5 saat lagi, mungkin 10 saat lagi.

Allah Allah.

Kuat sungguh keyakinan kita mati bila ya?

Taubat.

Apa-apa pun, tahniah aku ucapkan.

Tahniah sebab berjaya meraih gelaran Syahid.

Syahid yang diidam-idamkan oleh semua orang.
Manakan tidak, syahid dijanjikan Syurga Allah beb!

Mengapa aku kata Abrar Syahid?

Abrar dalam perjalananmu ke Masjid, kau digilis oleh sebuah bas sejauh 120 meter.

Benar, 120 meter kau telah digilis oleh bas.

Namun,
Badanmu dijaga oleh Allah!
Badan kau tiada calar sedikit pun!

Adakah disebabkan dirimu penghafal quran?
Adakah disebabkan perjalanan kau ke masjid untuk solat subuh?
Adakah disebabkan kau meninggal dunia pada hari jumaat?

Kenal Ammar As-Syahid?

Daripada ibu arwah Ahmad Ammar As-Syahid:
'Pakaian yang dipakai Ammar semasa kemalangan langsung tiada darah sedikit pun. Cermin mata yang dipakai sikit pun tidak pecah. Baju pun tidak koyak sedikit pun'

Digilis bas sejauh 120 meter tanpa sebarang calar?

Allahu Rabbi,
Syahid itu telah kau kecapi sepertimana Ammar As-Syahid kecapi.

Sungguh, aku kini cemburu denganmu.

Abrar, tunggu aku.
Tunggu aku di Syurga.

Tunggu aku!

Sunday, 4 January 2015

Biodata Rasulallah

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Se
tiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

SALAM MAULIDUL RASUL..
AW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..

Wallahua'lam Bissawab ....
BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuh- kan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad S

Wednesday, 17 December 2014

Kasih Seorang Ibu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan... Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya,agar tidak membebankankan kehidupan anak - anaknya.........
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.
Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya.
si Ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.........
Dalam senyumnya, dia berkata, 'Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah".
Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.
Sahabatku semua..renung2kanlah..
"Orangtua" bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam keadaan Susah, hanya 'orangtua' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
"Orangtua" mereka  tidak pernah meninggalkan kita, macammanapun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada orangtua. Namun Ibu dan ayah  kita akan tetap mengasihi kita.
Mulai sekarang, mari kita lebih mengasihi orangtua kita
selagi mereka masih hidup.Hadiahkanlah Al-Fatihah buat ibu bapa kita sebelum tidur..walaupun ibu bapa kita masih ada di alam nyata ini mahupun sebaliknya.
*I ❤ YOU AYAH. ...I  ❤ U IBU*

Tuesday, 16 December 2014

Saidina Othman ada akaun bank di Saudi ?

TRUE STORY...

Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi...?Siapakah yg membina Hotel Othman Ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah ... adakah anak cucu nya yg membinanya dan meletakkan namanya sbg nama hotel? Ikuti kisah ini :

Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yg sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering...
Nama Telaga itu Bi'ru Rummah         ( telaga pemanah )
Org Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorg Yahudi
Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dgn. harga yg sgt mahal..
Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan ( SOBA) lantas SOBA bertemu yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut...
Yahudi tak mahu jual sbb dia tahu dia untung besar...SOBA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu... yahudi pun setuju ... bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lg milik SOBA... Yahudi sangka dia cerdik sbb SOBA mmg peniaga yg glamour dikenali oleh org Arab tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan...
Rupa2 nya Allah takdirkan sebaliknya bila org tak lagi beli air dpd yahudi itu sbb pd hari milik SOBA dia beri org2 Islam dan bukan Islam air percuma... jadi hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli ...
akhirnya yahudi bankrap dan nak jual kpd soba separuh bhg lg telaga rummah tu kpd soba sbb dia dah rugi...
Soba beli dgn 20,000 dinar ...
kemudian dia waqafkan kpd org Islam... kemudian ada seorg sahabt lain yg juga hartawan minta nak beli telaga tu dpd SOBA... SOBA tanya brp harga yg dia sanggup bayar....?
Hartawan menjawab bhw dia sanggup membayar 3 kali ganda harga yg dibeli oleh SOBA. SOBA tidak setuju dan bertanya lagi, brp sanggup bayar?
Hartawan menjawab, 9 kali ganda harga yg dibeli SOBA.
SOBA Masih x setuju.
Hartawan bertanya kehairanan.. Siapa lagikah yg sanggup membeli dgn harga yg lebih mahal daripadanya.
Maka SOBA menjawab 'ALLAH'
Akhirnya org Islam dapat minum air telaga itu secara percuma...
Dengan takdir Allah ditepi telaga itu akhirnya tumbuh bbrp pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dgn sangat lebat...
kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar2 itu dan menyimpan nya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yg ambil alih dan tubuhkan akaun bank
atas nama SOBA di salah satu bank Saudi.Duit itu akhrnya terkumpul dgn banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah ditepi Masjid Nabawi dgn tujuan membina hotel lima bintang... hasilnya nanti dibahagi kpd
dua ... separuh diinfaq utk anak yatim dan miskin yg sbhg lg disimpan dalam akaun SOBA ... yg anehnya setelah 14 kurun sedekah SOBA masih bercambah dan membiak membuak buak tanpa hentinya... inilah kelebihan Sedekah ... oleh itu marilah sama sama kita ringan tangan utk bersedakah dan yg paling mudah adalah dgn menyebarkan kisah ini dalam group dan fb anda... InsyaAllah anda akan dapat pahala sedekah yg berganda2
MOGA MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT
والله اعلم....

- DR JAMNUL AZHAR B MULKAN
Alor Setar

10 amalan terbalik masyarakat melayu

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Monday, 15 December 2014

Istighfar dan Kisah Imam Ahmad dengan Seorang Pembuat Roti

Kisah ini terjadi pada masa Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Ketika itu Imam Ahmad hendak menghabiskan malamnya di dalam masjid, akan tetapi ia terhalang untuk bermalam di dalam masjid, karena larangan penjaga masjid. 

Ia terus berusaha meminta izin, namun tidak membuahkan hasil. Lalu, Imam Ahmad berkata kepada si penjaga,” Saya akan tidur di tempat kakiku berpijak ini.” Dan, benar, Imam Ahmad bin Hanbal tidur di tempat kakinya berpijak. 

Lalu penjaga masjid mengusirnya dari lokasi masjid. Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang syaikh yang berwibawa, serta terlihat tanda-tanda keshalihan dan ketakwaan pada dirinya. Lalu ada seorang tukang roti yang melihat Imam Ahmad.

Begitu si tukang roti melihat penampilannya, ia menawarkan tempat bermalam. Maka, Imam Ahmad bin Hanbal pergi bersama tukang roti itu, dan ia begitu memuliakannya. Lalu si tukang roti mengambil adunan untuk membuat roti. Imam Ahmad mendengar si tukang roti membaca istighfar dan terus membaca istighfar. 

Waktu berlalu sekian lama dan ia tetap dalam kondisi tersebut. Imam Ahmad merasa takjub, keesokan harinya ia bertanya kepada si tukang roti tentang tindakannya membaca istighfar semalam. Ia menjawab bahwa selama membuat adonan ia terus membaca istighfar.

Imam Ahmad bertanya,” Apakah kamu mendapatkan buah dari istighfar yang kamu baca?” Imam Ahmad mengajukan pertanyaan ini, sedangkan ia mengetahui bermacam buah istighfar. Ia mengetahui keutamaan istighfar, dan ia mengetahui faedah-faedah istighfar. 

Si tukang roti menjawab,” Ya, demi Allah. Tidak sekalipun aku memanjatkan doa melainkan doaku terkabulkan, kecuali satu permohonan.” Imam Ahmad bertanya,” Permohonan apa itu?” Si tukang roti menjawab ,” Melihat Imam Ahamd bin Hanbal.” Imam Ahmad berkata,” Akulah Ahmad bin Hanbal. Demi Allah, sungguh aku telah ditarik untuk mendatangimu!” 

Subhanallah... Semoga kita bisa mengambil pelajaran dan diberi kemudahan oleh Allah untuk mengamalkannya. Aamiin. Jom kita amalkan! perbanyakkan istighfar. 

Astagfirullah...Astagfirullah...Astagfirullah...