Wednesday, 17 December 2014

Kasih Seorang Ibu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan... Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya,agar tidak membebankankan kehidupan anak - anaknya.........
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.
Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya.
si Ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.........
Dalam senyumnya, dia berkata, 'Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah".
Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.
Sahabatku semua..renung2kanlah..
"Orangtua" bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam keadaan Susah, hanya 'orangtua' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
"Orangtua" mereka  tidak pernah meninggalkan kita, macammanapun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada orangtua. Namun Ibu dan ayah  kita akan tetap mengasihi kita.
Mulai sekarang, mari kita lebih mengasihi orangtua kita
selagi mereka masih hidup.Hadiahkanlah Al-Fatihah buat ibu bapa kita sebelum tidur..walaupun ibu bapa kita masih ada di alam nyata ini mahupun sebaliknya.
*I ❤ YOU AYAH. ...I  ❤ U IBU*

Tuesday, 16 December 2014

Saidina Othman ada akaun bank di Saudi ?

TRUE STORY...

Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi...?Siapakah yg membina Hotel Othman Ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah ... adakah anak cucu nya yg membinanya dan meletakkan namanya sbg nama hotel? Ikuti kisah ini :

Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yg sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering...
Nama Telaga itu Bi'ru Rummah         ( telaga pemanah )
Org Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorg Yahudi
Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dgn. harga yg sgt mahal..
Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan ( SOBA) lantas SOBA bertemu yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut...
Yahudi tak mahu jual sbb dia tahu dia untung besar...SOBA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu... yahudi pun setuju ... bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lg milik SOBA... Yahudi sangka dia cerdik sbb SOBA mmg peniaga yg glamour dikenali oleh org Arab tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan...
Rupa2 nya Allah takdirkan sebaliknya bila org tak lagi beli air dpd yahudi itu sbb pd hari milik SOBA dia beri org2 Islam dan bukan Islam air percuma... jadi hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli ...
akhirnya yahudi bankrap dan nak jual kpd soba separuh bhg lg telaga rummah tu kpd soba sbb dia dah rugi...
Soba beli dgn 20,000 dinar ...
kemudian dia waqafkan kpd org Islam... kemudian ada seorg sahabt lain yg juga hartawan minta nak beli telaga tu dpd SOBA... SOBA tanya brp harga yg dia sanggup bayar....?
Hartawan menjawab bhw dia sanggup membayar 3 kali ganda harga yg dibeli oleh SOBA. SOBA tidak setuju dan bertanya lagi, brp sanggup bayar?
Hartawan menjawab, 9 kali ganda harga yg dibeli SOBA.
SOBA Masih x setuju.
Hartawan bertanya kehairanan.. Siapa lagikah yg sanggup membeli dgn harga yg lebih mahal daripadanya.
Maka SOBA menjawab 'ALLAH'
Akhirnya org Islam dapat minum air telaga itu secara percuma...
Dengan takdir Allah ditepi telaga itu akhirnya tumbuh bbrp pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dgn sangat lebat...
kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar2 itu dan menyimpan nya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yg ambil alih dan tubuhkan akaun bank
atas nama SOBA di salah satu bank Saudi.Duit itu akhrnya terkumpul dgn banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah ditepi Masjid Nabawi dgn tujuan membina hotel lima bintang... hasilnya nanti dibahagi kpd
dua ... separuh diinfaq utk anak yatim dan miskin yg sbhg lg disimpan dalam akaun SOBA ... yg anehnya setelah 14 kurun sedekah SOBA masih bercambah dan membiak membuak buak tanpa hentinya... inilah kelebihan Sedekah ... oleh itu marilah sama sama kita ringan tangan utk bersedakah dan yg paling mudah adalah dgn menyebarkan kisah ini dalam group dan fb anda... InsyaAllah anda akan dapat pahala sedekah yg berganda2
MOGA MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT
والله اعلم....

- DR JAMNUL AZHAR B MULKAN
Alor Setar

10 amalan terbalik masyarakat melayu

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Monday, 15 December 2014

Istighfar dan Kisah Imam Ahmad dengan Seorang Pembuat Roti

Kisah ini terjadi pada masa Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Ketika itu Imam Ahmad hendak menghabiskan malamnya di dalam masjid, akan tetapi ia terhalang untuk bermalam di dalam masjid, karena larangan penjaga masjid. 

Ia terus berusaha meminta izin, namun tidak membuahkan hasil. Lalu, Imam Ahmad berkata kepada si penjaga,” Saya akan tidur di tempat kakiku berpijak ini.” Dan, benar, Imam Ahmad bin Hanbal tidur di tempat kakinya berpijak. 

Lalu penjaga masjid mengusirnya dari lokasi masjid. Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang syaikh yang berwibawa, serta terlihat tanda-tanda keshalihan dan ketakwaan pada dirinya. Lalu ada seorang tukang roti yang melihat Imam Ahmad.

Begitu si tukang roti melihat penampilannya, ia menawarkan tempat bermalam. Maka, Imam Ahmad bin Hanbal pergi bersama tukang roti itu, dan ia begitu memuliakannya. Lalu si tukang roti mengambil adunan untuk membuat roti. Imam Ahmad mendengar si tukang roti membaca istighfar dan terus membaca istighfar. 

Waktu berlalu sekian lama dan ia tetap dalam kondisi tersebut. Imam Ahmad merasa takjub, keesokan harinya ia bertanya kepada si tukang roti tentang tindakannya membaca istighfar semalam. Ia menjawab bahwa selama membuat adonan ia terus membaca istighfar.

Imam Ahmad bertanya,” Apakah kamu mendapatkan buah dari istighfar yang kamu baca?” Imam Ahmad mengajukan pertanyaan ini, sedangkan ia mengetahui bermacam buah istighfar. Ia mengetahui keutamaan istighfar, dan ia mengetahui faedah-faedah istighfar. 

Si tukang roti menjawab,” Ya, demi Allah. Tidak sekalipun aku memanjatkan doa melainkan doaku terkabulkan, kecuali satu permohonan.” Imam Ahmad bertanya,” Permohonan apa itu?” Si tukang roti menjawab ,” Melihat Imam Ahamd bin Hanbal.” Imam Ahmad berkata,” Akulah Ahmad bin Hanbal. Demi Allah, sungguh aku telah ditarik untuk mendatangimu!” 

Subhanallah... Semoga kita bisa mengambil pelajaran dan diberi kemudahan oleh Allah untuk mengamalkannya. Aamiin. Jom kita amalkan! perbanyakkan istighfar. 

Astagfirullah...Astagfirullah...Astagfirullah...

Sunday, 7 December 2014

Penyeksaan yang dihadapi oleh Mustafa Kamal Attaturk

Saksikan Penyeksaan Yang Dihadapi Oleh Mustafa Kamal Ataturk Disaat Kematiannya | Peringatan Kepada Penguasa Yang Tidak Amanah |

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. 
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. 
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). 

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!.

SIAPA MUSTAFA KAMAL ATTARTUK?

Siapa Mustafa Kamal Attartuk?

Mustafa  Kamal Atartuk  merupakan seorang pemerintah zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah. Beliau adalah pengasas negara Turki moden yang dilahirkan di Salonika iaitu sebuah Bandar dalam wilayah Mecadonia  yang ketika itu masih sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah.Beliau dilahirkan pada 12 Mac 1881 dan nama penuhnya Gazi Mustafa Kemal Pasha. Sebalik namanya, ada makna yang tersendiri iaitu ‘Kamal’ yang bermaksud “manusia pilihan”. Gelaran Gazi atau Gazi Mustafa Kemal telah digunakan  semasa  berlaku Perang Kemerdekaan Turki. Beliau diberikan gelaran  nama 'Atarturk' selepas undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934. Atartuk  bermaksud 'Bapa Rakyat Turki.

Ideologi Yang Dibawa
Mustafa Kamal telah menggunakan  ideologi Kemalisme. Berdasarkan ideologi ini, beliau telah meletakkan enam prinsip yang utama iaitu republik, nasionalis (kebangsaan), populis (mengutamakan kepentingan rakyat), etatis (mementingkan campurtangan negara dalam ekonomi), sekular dan revolusionari ( menyukai perubahan yang cepat lagi radikal). 

Sekularisme Mustafa Kamal Atartuk
Sekularisme ialah ideologi  bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran, dan undang- undang  harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini dipanggil golongan sekularis.  Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, kebebasan dari ajaran agama yang dipaksa oleh pemerintah kepada rakyat , sebuah negara yang neutral dalam hal ehwal keagamaan dan tidak memberikan sebarang keistimewaan dalam mana-mana agama. Berikut adalah sekularisme yang telah dilakukan oleh beliau:

Penghapusan kuasa sultan dan khalifah serta pengisytiharan Republik ditambah dengan perlembagaan baru  1922-4. Di dalam penubuhan yang baru ini, Fasal tentang Islam sebagai agama negara Turki dikeluarkan daripada perlembagaan dalam 1928.

Madrasah dan kolej keagamaan dimansuhkan dan institusi tersebut diambil alih oleh sekolah para paderi dan juga fakulti ahli teologi yang telah dibina di Universiti Istanbul. Kedudukan para ulama turut diketepikan juga sekali gus mereka tidak terlibat dalam pentadbiran. Mereka tidak lagi diberi peluang untuk membantu mentadbir.

Undang-Undang Awam  Turki di bawah Dikri undang-undang keluarga memberikan wanita hak untuk bercerai dan mengambil kuasa perkahwinan daripada pihak berkuasa keagamaan dan diserahkan kepada pihak  kerajaan. Persetujuan isteri adalah penting jika suami ingin mengamalkan poligami. Selain itu juga, perkahwinan secara berdaftar dibenarkan iaitu dengan mengikut undang-undang sivil. 

Akad nikah yang diwajibkan dalam islam hanya dibenarkan untuk sesiapa yang mahu melakukannya sahaja dan tidak diwajibkan. 

Pada 1932, mustafa Kamal telah memutuskan untuk menggantikan azan ke dalam bahasa Turki. Azan dalam bahasa Turki ini telah dibuat oleh Himpunan Linguistik dan disiarkan oleh Pejabat Urusan Agama. 

Al-Quran telah diperintahkan supaya hanya dibaca terjemahannya di dalam bahasa Turki bukan Arab.

Mustaffar Kamal Attartuk juga telah mengubah fungsi mahkamah dengan menutup segala mahkamah syariah. Segala hal ehwal agama telah diserahkan kepada mahkamah sivil untuk melaksanakan apa-apa tindakan yang dirasakan perlu. 

Pembaratan Mustafa Kamal Attartuk
Menurut Mustafa Kamal, peradaban ialah peradaban barat. Pandangan tentang pembaratan adalah Turki harus menjadi bangsa Barat dalam segala tindaklakunya. Mustafa Kamal cuba untuk membawa proses pembaratan kepada Turki iaitu dalam kesimpulan yang logik. Hal ini kerana beliau sendiri terpesona dengan tamadun Barat. 

Pada Oktober 1925, undang-undang topi telah diluluskan, undang-undang ini menjelaskan bahawa pemakaian topi ke atas golongan lelaki adalah diwajibkan. Topi yang tinggi adalah melambangkan status pemakainya. Manakala penutup kepala yang lain seperti tarbus adalah diharamkan sama sekali.

Pada tahun 1925 juga, pembasmian tarbus telah dilakukan. Perkara ini telah menyebabkan rakyat yang cintakan tradisi Islam menentang undang-undang tersebut. Namun, para penentang ini telah digantung.

Sebelum ini, Turki menggunakan tiga kaedah yang berbeza untuk menentukan masa dan hari. Sistem kalender islam bermula dengan tahun dimana Nabi Muhammad s.a.w melakukan penghijrahannya dari kota Mekah ke Madinah. Seterusnya, pada 26 Disember 1925, perhimpunan telah menetapkan penggunaan kalendar Gregorian  (kalendar kristian) dan penggunaan takwim islam telah dimansuhkan. 

Pengambilan sistem jam dan kalender barat, sistem pernomboran barat pada 1928 serta sistem sukatan dan timbangan barat dalam tahun 1931 tidak hanya memberi gambaran  mengenai cara pembaratan Turki, tetapi perkara ini telah memudahkan Turki untuk mengadakan komunikasi dengan pihak barat itu sendiri.

Beliau telah memberi peluang wanita untuk mengundi di dalam pilihanraya munisipal dan menjanjikan mereka hak mengundi di dewan Persidangan Rakyat. Malah, pada Disember 1934, kaum wanita dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya Parlimen dan pada 1935, 17 orang wanita telah dilantik sebagai wakil rakyat. 

Beliau juga menggalakkan wanita membuka tudung dan mendedahkan aurat seperti wanita-wanita di Eropah, dan menceburkan diri dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, majoriti golongan wanita yang berkerjaya tidak lagi memakai tudung. 

Muzik Turki yang dipengaruhi oleh alunan muzik Arab telah diharamkan atas alasan ianya adalah muzik bagi kaum yang mundur. Oleh itu, beliau menganjurkan agar muzik klasik dari Barat seperti Waltz dimainkan melalui stesen radio Turki.

Seni lukis dan ukiran menurut stail barat telah dipopularkan, manakala seni Khat hanya tinggal sebagai satu amalan dalam kalangan golongan tua dan orang tertentu sahaja.

Dalam bidang kesusasteraan, perhatian telah diberi kepada penulisan sajak, dan pementasan drama yang berbau Barat.  

Pada 28 Jun 1934, satu undang-undang telah dipersetujui yang mengharuskan bahawa setiap masyarakat Turki perlu mempunyai nama keluarga mulai 1 Januari 1935. Persidangan telah mengundi untuk menganugerahkan Mustafa Kamal Pasha menggunakan nama Ataturk. Nama Ataturk itu secara khasnya untuk diri Mustafa Kamal dan keturunannya sahaja. Akan tetapi, setelah kematiannya dan tidak mempunyai waris, tiada lagi orang Turki yang digelar atau dipanggil Ataturk. 

Beliau membuang semua gelaran-gelaran kuno dan hanya membenarkan perkataan Mr. Mrs dan Miss sahaja.
Pembaharuan yang penting adalah menggantikan huruf Latin untuk huruf Turki. Sebelum ini, apabila Empayar Uthmaniyah didirikan, Turki mempunyai bahasanya. Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang dibawa dari Asia Tengah. Bagaimanapun, ianya dipinjam dari Bahasa Parsi dan Arab. Penggunaan perkataan Latin sewaktu pemerintahannya ini telah memutuskan hubungan antara masyarakat Turki dan Arab serta Parsi.

Cuti pada hari Jumaat dibatalkan pada tahun 1935 dan cuti itu mula diganti mulai jam 1.00 tengah hari  Sabtu hingga Isnin pagi. Cuti hari ahad menggantikan cuti hari jumaat sebagai cuti mingguan ini adalah dalam perkara-perkara seperti perniagaan dan perhubungan dan ini dilihat telah mengikut dunia barat. 

Kesimpulannya, jelaslah Atartuk telah melaksanakan banyak pembaharuan kepada masyarakat Turki. Sunguhpun beliau seorang Islam, ternyata sesetengah tindakan yang dilakukannya tidak menunjukkan beliau seorang pemimpin yang cuba menegakkan ajaran Islam.

Wednesday, 3 December 2014

la Tahzan

hai assalamualaikum.. Okay pada kali ni saya nak share sikit pasal ceramah yang dengar kat tv.. Okay ni sebab saya ada dengar ceramah ustaz kazim alias ke elias ? Ntah antara dua tu hehehehe (lupa) ceramah ustaz kazim pasal la tahzan.. Dia ada kasi a few tips yang ada kaitan dengan la tahzan..
Antaranya ialah JANGAN BERHUTANG. Susah kita nk tenang kalau berhutang sebab org asyik mintak duit. Betol tk? Yela tkkan tk mintak sebab duit dia kan mestilah mintak especially bank kaaaaan.. Keduanya JANGAN BERBOHONG . cubalah berbacakp benar walau apa keadaan sekalipun.. Nak ke bahagia dengan penipuan? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.. Kalau si suami atau si isteri tu bahagia dengan penipuan kita, kita? Bahagia ke? Kalau pasangan kita tu thu kita menipu dia selama ni? Haaa tk ke naya tu tk pasal-pasal terbang rumah kan.. Yang ketiga JANGAN MENGORAT ISTERI ORANG JANGAN MENGORAT SUAMI ORANG inshaaAllah hidup bahagia tidur lena malam-malam pun handphone tk payah tutup kan? Tkde sapa nak telepon ..
Elakkan hidup kita daripada masalah, berbelanja mengikut keperluan & kemampuan. Hidup ceria.. Dengan senyuman dapat menutup masalah.. "La tahzan"
Ada 18 golongan yang Allah taala tidak terima ibadat antaranya ialah MENIPU DALAM PERNIAGAAN , orang yang menipu dalam perniagaan ibadah ditolak.. Kalau barang tu tak bermutu.. Kita cakap elok-elok " encik moto saya semua okay lampu okay terang cantik cuma masalahnya minyak hitam bocor" haaa kan? Kita cakap leklok .. Kalau kita menipu cakap semuanya okay tk cakap pon masalah barang kita tu .. Berdosa kita..  Jadi kita cakap apa kekurangan benda ini apa kelebihan benda ini .. Kalau dorang beli alhamdulilah .. Kalau dorang tk beli syukur ada orang lain yang akan beli .. Okay itu aja inshaaAllah yang saya kongsikan dari apa yang saya dapat dari ceramah ustad kazim.. InshaaAllah .. Nanti sy akan share lagi..